Onigiri atau dikenali sebagai nasi kepal yang berbentuk segitiga dan bulat. Onigiri biasanya terdapat di setiap kedai, mini mart, atau pasar raya. Beberapa restoran ada jugak sediakan hidangan onigiri di menu mereka. Jika menonton Anime Jepun, Manga atau Tv Drama, pasti boleh lihat melihat satu atau dua onigiri dalam menu makanan. Anda tidak perlu pakai sumpit untuk makan, cukup dengan tangan sahaja. Kini, onigiri telah popular di serata tempat dan boleh didapati di mana mana restoran Jepun seluruh dunia.
Tetapi kebenarannya, nak membuka onigiri adalah perkara yang sukar. Jika anda salah bukak onigiri , maka hancur la bentuk onigiri yang sebenar. Disini, anda akan diajar cara untuk buka onigiri dengan langkah yang betul.
Untuk petunjuk pertama, lihat bahagian bawah onigiri. Terdapat gambar rajah cara membuka onigiri. Gambar sahaja tidak cukup, mari kita belajar cara buka selangkah demi selangkah.
- Tarik nombor 1 yang berada di bahagian atas terus ke bahagian belakang
- Bila da siap tarik sampai belakang, onigiri anda akan kelihatan seperti ini.
- Di bahagian tepi , terdapat Label nombor 2, tarik bahagian tersebut sehingga plastic itu terkeluar. Tapi jika anda tidak berhati-hati, mungkin rumpai laut yang beradai dibola nasi akan koyak.
- Tarik bahagian last yang terdapat label nombor 3. Perlahan lahan tarik bahagian terakhir untuk mengelakkan rumpai laut terkoyak atau terkeluar.
- Selamat menjamu selera
Beli onigiri lebih banyak dan tunjuk kan kemahiran anda kepada rakan-rakan anda di luar sana.