Cara Derma Darah di Jepun: Apa yang Perlu Anda Tahu dan Lakukan

1

Menurut Japanese Red Cross Society (JRCS), pengurangan dalam kadar kelahiran dan populasi warga tua yang terlalu ramai telah menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap bekalan darah di Jepun. Oleh itu, untuk memastikan bekalan penderma darah sentiasa stabil, tindakan segera perlu diambil.

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kekeliruan mengenai siapa yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan menderma darah mengikut peraturan di Jepun, terutamanya apabila ia melibatkan penderma asing. Namun begitu, terdapat berita baik kerana anda tidak perlu pun menjadi seorang warganegara untuk menderma darah di Jepun! Jika anda seorang warga asing sedang melancong atau menetap di Jepun dan masih ingin membantu sesiapa dengan menderma darah, berikut adalah beberapa perkara yang anda mungkin perlu tahu sebelum anda pergi ke pusat menderma darah.

A. Di manakah tempat yang anda boleh pergi untuk menderma darah?

2

Terdapat banyak pusat derma darah di hampir semua wilayah di Jepun. Di Tokyo, ianya boleh didapati berdekatan dengan stesen-stesen utama, seperti Shinjuku, Shibuya, Ikebukuro, atau Akihabara. Berikut merupakan beberapa tempat yang disarankan beserta dengan maklumat panggilan:

Pusat Derma Darah Shinjuku-Barat

3

Fasiliti Pusat Derma Darah Shinjuku-Barat ada mengadakan kempen yang dipanggil “Tahun Baru Kenketsu (derma darah)” Jika anda menderma darah pada bulan Januari, anda akan menerima mini tuala.

Alamat: Nishi-guchi Chika-gai 1 chome, Nishi Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo JAPAN,160-0023

Tel: 03-3348-1211

Waktu Operasi: 11:00 a.m – 12:45 p.m (untuk 400ml)/14:00 – 18:45 (untuk 200ml)

Ditutup pada: Dec 31 dan Jan 1

Pusat Derma Darah SHIBU2

4

SHIBU2 memberi penderma darah jam penggera, poster Kenketsu-chan (maskot derma darah dicipta oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan) atau satu set alat tulis jika anda mempunyai 20 mata terkumpul di kelab mel telefon mudah alih untuk derma darah.. Untuk menjadi ahli kelab melalui telefon mudah alih, anda boleh mendaftarkan diri sehingga Mac 31. Pendaftaran juga memerlukan anda untuk hadir.

Alamat: Village 101 Bldg 8F, Sakuragoaka-cho, Shibuya, Tokyo

Tel: 03-3770-0820

Waktu Operasi: 10:00 a.m -11:30 p.m/1:30 p.m – 5:00 p.m (Hari bekerja untuk plasmapheresis), 10:00a.m – 12:00 p.m/1:30 p.m ~5:00 p.m (Hari minggu dan Cuti Umum untuk plasmapheresis), 10:00 a.m – 12:15 p.m /1:30 p.m – 5:45 p.m (untuk 400ml dan 200ml)

Ditutup pada: Dec 31, Jan 1

Pusat Derma Darah Ikebukuro-Timur

5

Jika anda mendaftar dengan kelab mel telefon mudah alih pusat ini, anda berpeluang menerima hadiah premium. Anda mendapat mata point apabila anda menderma darah, dan apabila anda mendapat 20 mata terkumpul, anda akan menerima hadiah.

Alamat: Takase Central Bldg 8F, 1-1-4 Higashi Ikebukuro, Toshima, Tokyo

Tel: 03-3988-9000

Waktu Operasi: 10:00 a.m – 11:30 a.m /1:30 p.m – 5:00 p.m (untuk plasmapheresis), 10:00 a.m – 12:15 p.m /1:30 p.m – 5:45 p.m (untuk 400ml and 200ml)

Ditutup pada: Dec 31 dan Jan 1

Pusat Derma Darah Akiba:F

6

Pusat Derma Darah Akiba:F menggunakan Twitter untuk tweet keadaan semasa pada masa operasi dan bagaimana sesaknya di situ. Pusat ini juga mengadakan beberapa aktiviti dan tweet maklumat tentangnya di twitter . Jika anda tweet “@ (at) Akiba:F sekarang” dan tunjukkan kepada kakitangan, anda akan diberi hadiah.

Alamat: Asakaze Ni Go Kan Bldg, 1-16-9 Soto Kanda, Chiyoda, Tokyo

Tel: 03-3251-8201

Waktu Operasi: 10:00 a.m – 11:30 a.m /1:30 p.m – 5:00 p.m (untuk plasmapheresis), 10:00 a.m – 12:15 p.m /1:30 p.m – 5:45 p.m (untuk 400ml dan 200ml)

Ditutup pada: Dec 31, Jan 1

B. Siapa yang TIDAK layak untuk menderma darah?

7

Sebelum anda bercadang untuk menderma, sila pastikan bahawa anda tidak mempunyai salah satu daripada kriteria berikut, orang-orang yang dilarang daripada menderma darah di Jepun. Anda boleh membaca senarai lengkap di laman web rasmi Japanese Red Cross Society (JRCS), tetapi ini adalah beberapa syarat asas yang anda boleh baca untuk pra-semakan.

 Sesiapa yang telah menerima rawatan pergigian mengakibatkan pendarahan dalam tempoh 3 hari yang lepas.

 Sesiapa yang telah datang ke Jepun dalam 4 minggu yang lepas

 Sesiapa yang telah mendapatkan tatu dalam 6 bulan yang lepas

 . Sesiapa yang telah menindik badan dalam sebulan yang lepas

 Sesiapa yang pernah menerima pemindahan darah (tidak termasuk pemindahan autologous), tisu atau pemindahan sumsum tulang, suntikan hormon pertumbuhan manusia, atau ekstrak plasenta manusia.

 Sesiapa sahaja disahkan menghidap AIDS atau HIV.

 Sesiapa sahaja disahkan menghidap sifilis, hepatitis C, malaria, atau penyakit Chagas.

 Sesiapa yang sedang mengandung atau menyusukan bayi.

C. Siapa yang layak untuk menderma darah?

8

Terdapat banyak juga syarat yang diperlukan untuk menjadi seorang penderma darah di Jepun, tetapi berikut merupakan perkara-perkara utama yang anda perlu lulus sebelum anda boleh mengisi borang dan diperiksa oleh doktor untuk memastikan keadaan kesihatan semasa anda adalah sesuai.

Sesiapa yang mempunyai kemahiran berbahasa Jepun dengan baik (bertutur dan membaca), untuk berkomunikasi dengan kakitangan dan mengisi borang keperluan kesihatan. Masih terdapat beberapa orang kakitangan di pusat darah yang boleh berbahasa Inggeris, dan untuk keselamatan penerima darah , dalam banyak kes, pusat darah menolak warga asing disebabkan oleh kesukaran dalam berkomunikasi. Jika anda tidak tahu bahasa Jepun dan masih mahu menjadi penderma, anda mungkin perlu menghubungi Japanese Red Cross Society (JRCS) lebih awal untuk melihat sama ada bahan-bahan Bahasa Inggeris (atau bahan-bahan dalam bahasa ibunda anda) boleh disediakan.

Wanita yang layak untuk menderma mestilah berumur 18 tahun atau lebih. Bagi lelaki pula, mestilah sekurang-kurangnya 16 tahun, 17 tahun untuk derma 400mL dan 18 tahun bagi plasma atau sumbangan platelet. Untuk penderma plasma, umur maksimum ialah 55 tahun. Umur maksimum umum adalah 69 tahun, walaupun begitu ia boleh berubah bergantung kepada jenis sumbangan. Selain itu, sesiapa yang berat badan dan tekanan darahnya berada dalam keadaan baik, mempunyai rekod sejarah kesihatan yang baik dan juga kesihatan semasa yang baik pada hari derma darah adalah golongan yang layak untuk menderma.

Seperti juga mana-mana negara yang lain, sebelum menderma, adalah sangat disyorkan bahawa anda mengambil makanan dan minuman panas. Beberapa pusat darah di Jepun akan menawarkan minuman panas dan biskut manis semasa anda sedang menunggu giliran anda untuk menderma.

D. Apakah jenis derma darah yang boleh anda pilih?

9

Di Jepun, anda boleh memilih empat jenis pendermaan darah. Kakitangan pusat derma darah akan bertanyakan pilihan anda, atau kadangkala mereka sendiri akan menentukan jenis derma yang mana paling sesuai untuk anda. Empat jenis pendermaan darah adalah derma kesuluruhan darah 200mL, derma kesuluruhan darah 400 mL, derma Plasma apheresis dan derma Platelet apheresis.

Secara umumnya, untuk menderma kesuluruhan darah, anda boleh menderma sehingga 1200 mL darah (bagi lelaki) dan 800 mL darah (bagi wanita) dalam satu tahun. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masa yang diperlukan untuk membuat derma yang seterusnya daripada yang kali terakhir anda pernah lakukan.

selepas anda menderma keseluruhan darah 200 mL atau plasma anda dibenarkan melakukan pendermaan darah yang seterusnya selepas 4 minggu, dan bagi selepas derma keseluruhan darah 400 mL pula, anda dibenarkan menderma semula selepas 10-16 minggu. Bagi setiap pendermaaan, anda akan mengumpul mata dan selepas beberapa mata yang terkumpul, pusat darah akan memberikan anda beberapa hadiah.

E. Apa yang anda dapat selepas menderma?

10

Sejurus selepas anda derma darah, anda akan mendapat snek percuma dan minuman panas untuk membantu anda pulih semula selepas derma, dan juga beberapa pusat darah akan memberi banyak buah tangan untuk dibawa pulang (pen, tuala, pek ECO panas, atau kalendar).

Selepas anda selesai derma darah, anda akan mendapat kad ID penderma darah (献血 手 帳, Kenketsu Techo) untuk dibawa semasa derma darah yang seterusnya. Secara amnya, Kenketsu Techo boleh digunakan di seluruh Jepun kecuali di Hokkaido. Di Hokkaido, anda boleh mendapatkan kad Kenketsu (献血 カ ー ド) atau Kenketsu Kirokusho (献血 記録 書).

11

Menderma darah adalah salah satu cara mudah untuk membantu orang lain, dan jika anda boleh memenuhi syarat-syarat sebelum menjadi penderma, anda tidak akan menghadapi sebarang masalah walaupun anda bukan seorang warganegara Jepun. Walau bagaimanapun, setiap negara mempunyai peraturan yang berbeza, terutama apabila ia melibatkan kesihatan, jadi sila beri perhatian yang teliti kepada maklumat di atas. Di samping itu, jika anda dikatakan tidak layak untuk menjadi penderma darah semasa anda datang ke Jepun, masih ada cara lain untuk membantu, seperti memberi sumbangan berbentuk wang kepada Japanese Red Cross Society (JRCS).