CARA KE TOKYO DARI LAPANGAN TERBANG NARITA

Bagi pelancong yang pertama kali ke Jepun, pasti akan sedikit terkejut kerana pintu masuk antarabangsa Tokyo (Lapangan Terbang Narita) sebenarnya bukanlah berdekatan dengan bandar Tokyo. Malah ianya begitu jauh dan terpencil yang dikelilingi pemandangan sawah padi. Oleh itu, pelancong perlu memilih pengangkutan yang sesuai dengan bajet mereka semasa menuju ke bandar Tokyo.

  1. Bas dari Narita ke Tokyo

Bas Limosin di Lapangan Terbang Narita

 

  • Bas Limosin – Tambang berharga 3,100 yen untuk perjalanan satu hala dan 4,500 yen untuk perjalanan dua hala.
  • Tokyo Shuttle – Tambang hanya berharga 900 yen bagi mereka yang membuat tempahan dan 1,000 yen untuk yang tidak membuat tempahan. Manakala, tambang bas dari Tokyo ke Narita tanpa tempahan adalah 2,000 yen.
  • Narita Access – Perjalanan satu hala menaiki Narita Access berharga 1,000 yen  bagi dewasa dan 500 yen untuk kanak-kanak.

 

 

 

  1. Kereta Api – Keisei Limited Express

Keisei Limited Express

 

Kereta api yang mempunyai tambang termurah dari bandar Tokyo ke Narita adalah Keisei Line. Kereta api ini bersambung dengan laluan kereta api bawah tanah Asakusa Toei dan laluan Yamanote serta  boleh dilalui dari pelbagai stesen di Tokyo.

 

  1. Sky Access Express dan Skyliner

Skyliner

Perjalanan Skyliner dari Narita ke Nippori atau Ueno hanyalah kira-kira 40 minit sahaja. Harga tiket untuk pengangkutan ini adalah 2,470 yen satu hala namun harga berbeza sedikit jika dibeli secara online sebelum datang ke Jepun, iaitu dengan harga 2,200 yen.

 

  1. Narita Ekspress dan N’EX Tokyo

JR N’EX

 

N’EX Tokyo memperkenalkan tiket perjalanan dua hala dari Narita ke Tokyo dan sebaliknya dengan harga 4,000 yen untuk dewasa dan 2,000 yen bagi kanak-kanak. Tiket ini boleh didapati di lapangan terbang Narita dan hanya ditawarkan kepada pemegang pasport asing yang mempunyai tempoh sah laku selama 14 hari.

 

 

 

  1. Private Shuttle Mini-Bus

Private Shuttle Bus

 

Kebiasaannya tambang teksi daripada Narita ke pusat bandar Tokyo sangat mahal iaitu sekitar 20,000 yen. Walau bagaimanapun, ada cara yang lebih murah sedikit iaitu menaiki bas mini terus ke hotel anda dengan tiket berharga 5,000 Yen.