Cara Menempah Tiket Penerbangan Murah

Kapal terbang adalah pengangkutan yang biasa digunakan oleh pelancong untuk melancong ke mana-mana sahaja negara termasuklah Jepun. Antara syarikat penerbangan yang popular di Malaysia untuk melancong ke Jepun adalah Malaysia Airlines ( MAS ) dan Air Asia. Namun begitu, masih terdapat pelbagai syarikat penerbangan lain yang menawarkan perkhidmatan penerbangan ke Jepun, contohnya seperti di bawah :

1

Cara membeli tiket kapal terbang

Selain membeli tiket kapal terbang secara online di laman web rasmi syarikat penerbangan yang anda pilih, anda juga boleh membeli tiket kapal terbang di tempat-tempat seperti di kaunter jualan di lapangan terbang, pejabat jualan, kios dan pusat panggilan. Ini adalah langkah-langkah untuk membeli tiket kapal terbang secara online :

2

 

Langkah 1 : Daftar sebagai ahli dan isikan maklumat di dalam kotak yang disediakan

Sila layari laman web rasmi syarikat penerbangan yang anda pilih dan login sebagai ahli. Ini bagi memudahkan urusan semakan ataupun sebarang pindaan terhadap booking yang dilakukan adalah sangat-sangat digalakkan untuk anda log in sebagai ahli terlebih dahulu. Sekiranya anda masih belum lagi mendaftar sebagai ahli atau baru pertama kali membeli tiket kapal terbang secara online, anda digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu sebelum ke langkah yang seterusnya. Anda hanya perlu klik pada daftar atau sign up. Kemudian isikan borang yang bakal keluar di paparan skrin anda. Pastikan anda mengisikan nama mengikut ejaan yang tertera pada kad pengenalan ataupun passport semasa mendaftar sebagai ahli. Jika anda sudah mendaftar sebagai ahli sebelum ni, anda boleh teruskan membuat tempahan dimulai dengan login menggunakan alamat email yang pernah anda daftarkan sebelum ini. Sila masukkan password sekali dan password adalah gabungan antara huruf dan nombor. Kemudian, isikan maklumat yang berkenaan di dalam kotak yang telah disediakan.

 

Langkah 2: Lihat jadual perjalanan dan pilih tarikh yang sesuai

Lihat jadual perjalanan pada tarikh yang dipilih dan juga harga. Pilih tarikh yang mana sesuai untuk anda. Sila tandakan tarikh dan harga yang sesuai untuk anda dan tekan “sambung”.

 

Langkah 3 : Isikan maklumat yang diminta

Anda dikehendaki untuk mengisi maklumat seperti nama, tarikh lahir dan nombor kad pengenalan, dan lain-lain. Kemudian anda diminta untuk memilih tempat duduk.

 

Langkah 4 : Isikan juga maklumat tambahan

Isikan maklumat tambahan seperti insurans dan lain-lain.

 

Langkah 5 : Bayaran

( Sila rujuk contoh cara pembayaran di bawah )

 

Cara pembayaran

Bagi anda yang membeli tiket kapal terbang secara online, kebiasaanya anda dikehendaki membayar tiket tersebut menggunakan kad kredit iaitu Visa, MasterCard, JCB dan American Express. Selain daripada itu, anda juga boleh membuat pembayaran menggunakan 3rd-party transfer melalui account bank anda (Maybank, CIMB dan sebagainya). Bagi anda yang membeli tiket kapal terbang selain daripada kaedah online, berikut adalah cara bayarannya :

3

Lapangan terbang Narita atau Lapangan terbang Haneda ?

Ramai daripada pelanggan kami yang bertanyakan soalan ini kepada pihak kami. Lapangan terbang manakah yang harus mereka pilih jika ingin melancong ke Tokyo, lapangan terbang Narita atau Haneda?

Untuk pengetahuan anda, bagi syarikat penerbangan Malaysia Airlines ( MAS ), di Tokyo, kapal terbang MAS hanya akan landing dan departure di lapangan terbang Narita sahaja. Waktu landing kapal terbang MAS di lapangan terbang Narita adalah berbeza-beza. Tetapi kebiasaannya kapal terbang MAS ini akan landing pada waktu awal pagi iaitu pada pukul 8.45 pagi. Namun begitu terdapat juga kapal terbang yang landing pada waktu tengah hari dan maghrib tetapi kuantitinya sangat sedikit. Untuk departure pula, melalui pengalaman kami, kapal terbang MAS hanya akan departure pada awal pagi sahaja.

4

Bagi syarikat penerbangan Air Asia pula, di Tokyo, kapal terbang Air Asia akan landing dan departure di lapangan terbang Narita dan Haneda. Untuk kapal terbang Air Asia di lapangan terbang Haneda, kebiasaanya kapal terbang akan landing pada pukul 10.30 malam dan akan departure kebiasaanya pada pukul 11.45 malam. Namun begitu, waktu landing dan departure di lapangan terbang Haneda ini mungkin akan berubah tetapi waktunya tetap pada lewat malam.

5

Berbeza pula bagi kapal terbang Air Asia di lapangan terbang Narita, waktu landing dan departure kapal terbang ini adalah pada awal pagi, lebih kurang seperti syarikat penerbangan Malaysia Airlines ( MAS ) di lapangan terbang Narita. Waktu departure bagi kapal terbang Air Asia di Narita ini pula biasanya pukul 10 pagi.

6