CARA PENGGUNAAN COIN LOCKER

Melancong menjadi sukar apabila terpaksa berjalan sambil mengusung bagasi yang besar dan berat. Anda tidak perlu bimbang kerana kemudahan coin locker ada disediakan di hampir semua stesen tren utama, tempat bersiar-siar dan lapangan terbang di Jepun bagi yang ingin menyimpan bagasi. Manfaatkanlah kemudahan coin locker dan anda boleh berjalan dengan selesa.

  • Jenis loker dan cara pembayaran

Terdapat dua jenis coin locker yang anda boleh lihat di Jepun. Yang pertama, loker yang dikendalikan dengan duit syiling (jenis ada kunci) dan satu lagi jenis loker yang menggunakan kad IC atau kod PIN (jenis touchscreen). Loker jenis touchscreen boleh menerima duit syiling 500 yen dan bil 1000 yen, tetapi anda juga boleh memilih untuk membayar dengan kad IC seperti Suica dan PASMO. Loker syiling yang bertanda “Suica” juga menerima kad PASMO, dan sebaliknya. Kad IC yang digunakan di luar kawasan Tokyo (seperti ICOCA, Kitaca, Nimoca, SUGOCA, dan TOICA) juga diterima.

Macam Mana Nak Guna Coin Locker Jenis Kad IC

  • Cara memasukkan barang

Apabila anda membayar secara tunai, resit akan dikeluarkan. Masa anda mengambil bagasi nanti, resit ini diperlukan. Pastikan anda tidak kehilangan resit ini. (Dinasihatkan agar anda mengambil gambar resit ini dengan kamera telefon bimbit dan telefon pintar anda.)

  • Cara mengeluarkan barang

Cara Menggunakan Coin Locker Yang Menggunakan Kunci

 

Coin locker yang tidak menggunakan kad IC mempunyai kunci.

  • Saiz loker

 

Ada tiga saiz coin locker yang berbeza di setiap tempat (stesen train utama). Saiz kecil, sederhana, dan besar. Loker yang paling kecil adalah sesuai untuk beg kecil dan beg galas, manakala untuk beg bagasi anda perlukan loker bersaiz sederhana untuk menyimpannya. Loker besar adalah untuk bagasi yang lebih besar dan lebar. Ada sesetengah tempat juga menyediakan loker lebih besar yang mudah untuk memuatkan dua beg bagasi sekaligus.

■  Contoh saiz coin locker :-

Kecil: ketinggian 257mm × 355mm lebar × 575mm / 317mm ketinggian × 355mm lebar × 575mm

Medium: ketinggian 550mm × 355mm lebar × 575mm

Besar: ketinggian 880mm × 355mm lebar × 575mm

Lebih Besar: ketinggian 1153 mm × 355mm lebar × 575mm

  • Berapakah harganya?

 

 

Harga untuk menggunakan coin locker ini biasanya adalah di antara 300 JPY hingga 1000 JPY sahaja. Di tempat-tempat seperti tempat riadah dan taman rekreasi juga ada disediakan coin locker tanpa bayaran yang akan memulangkan semula duit selepas pengguna menggunakannya. Walaupun sebahagian besar loker yang ada menggunakan kunci tetapi sekarang sudah ada loker yang menggunakan nombor telefon sebagai kunci keselamatan tambahan. Anda dinasihatkan agar berhati-hati ketika memilih loker kerana harga loker adalah berbeza mengikut saiznya. Sejak kebelakangan ini, sudah banyak tempat coin locker yang membenarkan penggunaan kad IC.

  • Jika anda simpan melebihi tempoh masa yang ditetapkan

Bercadang untuk simpan bagasi lebih daripada sehari? Ada 2 jenis bayaran tambahan apabila menyimpan lebih lama daripada tempoh penyimpanan. Pertama, bayaran yang dikenakan melebihi masa yang telah ditetapkan. Contohnya, walaupun menggunakannya dari pukul 9 pagi sehingga pukul 10 malam atau pukul 12 tengah malam, harganya adalah sama. Tapi selepas pukul 12 tengah malam, maka akan dikenakan bayaran tambahan. Yang kedua pula adalah bayaran yang dikenakan mengikut kadar masa yang ditetapkan. Misalnya, setiap 3 jam, atau setiap 6 jam, dan caj tambahan dikenakan jika melebihi tempoh yang telah ditentukan.

  • Berapa lama boleh guna?

Kebiasaannya coin locker ini boleh digunakan paling lama sehingga 3 hari sahaja. Jika anda menyimpannya dalam tempoh masa yang panjang, kebiasaannya syarikat yang menguruskan coin locker akan mengeluarkan dan menyimpan bagasi tersebut. Tempoh menyimpan kebiasaannya selama satu bulan sahaja. Jika tidak dituntut dalam masa sebulan, ia akan dilupuskan.

  • Barang yang tidak boleh disimpan

Wang tunai dan juga barang berharga tidak boleh disimpan di dalam coin locker , namun ia bergantung kepada tempat pemasangan. Jika berlaku kecurian ia adalah tanggungjawab sendiri. Barangan basah, binatang, dan barang yang berbahaya juga tidak boleh disimpan disini.

  • Sila ambil perhatian

Sila pastikan anda tidak mengunci lokar sebelum memasukkan barangan yang sepatutnya. Setelah dikunci, ia akan dikenakan bayaran penggunaan sekali sekiranya ingin membukanya kembali. Manakala, jika melebihi lewat malam, sila pastikan terlebih dahulu waktu penggunaan yang dibenarkan.

 

Untuk bertanya tentang lokasi coin locker ini, sila tanya pada kakitangan yang ada soalan berikut:

すみませんが、コインロッカーはどこですか。

Sumimasen ga, coin locker wa doko desu ka ?

Bagaimana, anda suka? Adakah ini membantu anda?
Jom melancong dengan lebih bijak dan santai.
Have a nice trip in Japan! (*^-^)

 

Image Credit : jpmanual.com