Soalan ini kerap kali diajukan kepada pihak kami. Kami cuba untuk membantu anda untuk memilih taman tema mana yang perlu anda lawati. Tokyo Disney resort sebenarnya terdiri daripada dua taman tema iaitu Tokyo Disneyland dan Tokyo DisneySea. Anda perlu memilih satu taman tema sahaja untuk dilawati dalam masa sehari supaya lawatan pada hari itu lebih bermakna dan teratur. Jadi taman tema yang mana lebih baik untuk anda? Berikut adalah cadangan kami, termasuk apa yang anda patut tidak ketinggalan dalam kedua-dua taman tema Disneyland dan Disneysea.
TOKYO DISNEYLAND
Tokyo Disneyland adalah taman tema seperti “Magic Kingdom”. Selain di Tokyo, Jepun, taman tema “Magic Kingdom” ini juga ada di Florida, California dan Hong Kong. Oleh itu, Tokyo Disneyland tidaklah begitu unik kerana anda juga boleh melawatinya di negara-negara lain.
Terdapat tujuh tempat bertemakan alam Disney di dalam Tokyo Disneyland yang dikelilingi Istana Cinderella, ( replika yang sama yang boleh ditemui di Florida). Tujuh tempat tersebut adalah World Bazaar, Tomorrowland, Toontown, Fantasyland, Critter County, Westernland dan Adventureland.
Walaupun Tokyo Disneyland dikatakan tidak berbeza daripada taman-taman tema Disney lain di seluruh dunia, namun masih terdapat banyak sebab yang mungkin anda boleh pertimbnagkan sekiranya anda ingin ke sana :5 Sebab untuk pergi ke Tokyo Disneyland
I. Terdapat istana Cinderella
Tidak lengkap lawatan anda ke taman tema Disneyland tanpa mengambil gambar di hadapan istana ikonik ini. Tanpa istana di taman tema ini, pelancong terpaksa melawat Disneyland di negara lain jika mereka mahukan pengalaman istana ajaib.
II. Berorentasikan keluarga dan kanak-kanak
Disneyland mempunyai lebih tarikan pada kanak-kanak yang lebih muda. Salah satu daripada kawasan-kawasan ini adalah Toontown, di mana kanak-kanak boleh meneroka rumah Mickey dan kawan-kawan. Secara umum, taman ini dipenuhi dengan kanak-kanak dan keluarga yang lebih besar jika dibandingkan dengan DisneySea.
III. Tarikan dan permainan yang lebih banyak
Selain mempunyai lebih permainan untuk kanak-kanak, Disneyland juga mempunyai lebih permainan secara keseluruhan daripada DisneySea. Ia adalah hampir mustahil untuk menerokai semua tempat di Disneyland dalam masa satu hari, kerana garisan beratur yang panjang, lain pula dengan DisneySea yang boleh diterokai dan dilawati dalam masa satu hari sahaja.
IV. Dapat merasai perasaan Disney itu sendiri
Disneyland kelihatan dan rasanya sama seperti Disney resort yang lain di seluruh dunia. DisneySea pula, langsung tidak sama seperti taman tema Disney dimana anda boleh melihat banyak costume watak-watak mereka.
V. Perbarisan dan persembahan bunga api yang hebat
Anda pasti akan berasa sedikit kecewa apabila mengetahui bahawa DisneySea tidak membuat apa-apa yang istimewa pada masa penutupan, terutamanya apabila anda boleh mendengar bunga api terkeluar dari sebelah pintu taman tema. Oleh itu, jika anda ingin melihat perarakan di waktu malam atau bunga api, anda perlu pergi ke Disneyland!
Perkara yang anda tidak boleh lepaskan :
• Pooh’s Hunny Hunt
Walaupun terdapat banyak permainan bertemakan Pooh di seluruh dunia, versi di Tokyo Disneyland ini adalah tidak sama seperti yang lain. Keunikannya menjadikan ia kegemaran di kalangan pengunjung, masa menunggu yang lama juga menjadi bernilai.
• Monster’s Inc. Ride and Go Seek
Perjalanan ini melibatkan permainan “lampu suluh tag”, di mana pelbagai watak muncul dan tindakan yang perlu diambil adalah dengan menyuluh lampu suluh anda pada mereka. Ia adalah satu perjalanan yang menyeronokkan kerana agak interaktif, dan sukar untuk menerokai segala-galanya di dalam suasana yang gelap.
• Big Thunder Mountain
Tidak ada apa-apa yang istimewa tentang versi Big Thunder Mountain ini. Premis dan ceritanya pada dasarnya sama sahaja dengan lain iaitu kereta mine yang bergerak perlahan melalui gua, bagaimanapun, ia mungkin perjalanan yang paling mendebarkan di Disneyland ini
• Electrical Parade: DreamLights
DreamLights Parade mungkin menjadi perarakan yang paling tenang yang anda lihat di Disneyland. Ia mempunyai lampu pelampung LED yang terang diilhamkan oleh filem kegemaran Disney, termasuk beberapa watak yang dilihat kian dilupakan di taman-taman tema lain seperti Aladdin, Pete Dragon, Pinocchio dan Finding Nemo.
Apa yang boleh anda elakkan :
• Captain EO
Tarikan ini menampilkan Michael Jackson yang pernah sangat popular suatu ketika dahulu, dan ianya pernah ditutup di taman tema Disney. Pada tahun 2010, tarikan ini dibuka semula, dan ia mungkin satu penghormatan baik untuk Michael Jackson, tetapi ianya yang tidak berbaloi untuk dilawati dan menunggu selama 30 minit.
• It’s a Small World
Small World adalah perjalanan klasik yang disukai oleh semua orang. Ia adalah salah satu daripada permainan asal yang dibuka di Tokyo Disneyland, tetapi selepas 30 tahun, ia menunjukkan permainan ini tidak lagi sesuai untuk waktu sekarang. Terdapat banyak lagi versi permainan yang lebih moden di taman tema lain.
TOKYO DISNEYSEA
Tokyo DisneySea adalah sebuah taman bertemakan laut dan unik di Jepun.
Tiada istana di DisneySea, yang ada hanyalah Mermaid Lagoon yang terletak cukup dekat dengan istana Ariel. Pusat pertengahan taman tema ini adalah Mount Prometheus, iaitu gunung berapi yang secara rawak akan “meletus” sepanjang hari.
Ia mempunyai tujuh “pelabuhan panggilan” dan ini termasuk: Mediterranean Harbor, American Waterfront, Port Discovery, Lost River Delta, Arabian Coast, Mermaid Lagoon, dan the Mysterious Island.
5 Sebab untuk melawat Tokyo Disney Sea
i. Pelbagai jenis pelabuhan yang memberikan rasa “Epcot” kepada anda
Semua kawasan bertema dihiasi dengan baik, anda akan berasa seolah-olah anda telah dihantar ke negara itu. Berjalan di sepanjang jalan-jalan di Agrabah, iaitu semua yang pernah ada di Timur Tengah. Sekiranya anda menyukai Epcot di Walt Disney World, anda pasti akan merasai keseronokkan untuk menerokai DisneySea.
ii. Permainan yang lebih mendebarkan
DisneySea dilihat mempunyai lebih banyak permainan yang menyeronokkan seta mencabar, dan sangat sedikit permainan untuk kanak-kanak kecil. Dari Tower of Terror hingga ke Indiana Jones Adventure: Temple of the Crystal Skull, anda pasti menikmati hampir semua permainan di DisneySea. Dan pastikan anda menaikki Raging Spirits roller coaster !
iii. Berorentasikan dewasa dan pasangan
Anda pasti sukar untuk menjumpai pelawat yang berkeluarga di taman tema ini seperti yang anda lihat di Disneyland. Di DisneySea anda akan lihat lebih banyak pasangan dan orang dewasa atau kumpulan pelajar kolej di merata-rata tempat.
iv. Duffy the Bear
Duffy the Bear amat popular di Jepun, dan rumahnya adalah tidak lain tidak bukan daripada DisneySea. Anda boleh mencari rancangan Duffy, barangan Duffy, restoran Duffy, dan Duffy sendiri di dalam taman tema ini. Terdapat juga banyak tempat yang direka oleh gambar Duffy, jadi anda boleh meletakkan patung Duffy anda di sini untuk mendapatkan gambar yang sempurna.
v. Ia unik
Benar! DisneySea begitu unik. Ia tidak sama seperti taman tema Disney seperti yang lain, dan ini menjadikannya sebuah tempat yang istimewa untuk peminat Disney.
Perkara yang anda tidak boleh lepaskan :
Toy Story Mania
Ini adalah permainan terbaik Disney, Toy Story Mania adalah permainan yang anda tidak boleh terlepas. Anda perlu mengambil pas dengan cepat untuk perjalanan mungkin 30 minit selepas pembukaan taman tema ini, dan jika boleh anda peruntukkanlah masa anda untuk slot terakhir di waktu malam. Kebiasaannya, barisan akan ditutup pada waktu petang kerana ramai pengunjung masih menunggu dalam barisan untuk permainan ini.
Venetian Gondolas
Jika anda mahu teringin untuk menaiki gondola pasti anda akan gembira kerana dapat merasai pengalaman ini di DisneySea. Walaupun ia mungkin tidak sama dengan pengalaman menaikinya di Venice, tapi kita masih dapat bersyukur dan sekurang-kurangnya harganya tidak semahal di Venice^^
Mermaid Lagoon Theater
Apabila ditanya siapakah puteri kegemaran anda , ramai yang menjawab Ariel tanpa berfikir panjang. Dengan itu kami boleh katakana yang ramai memilih untuk meneroka kawasan Mermaid Lagoon dan menonton persembahan di teater. Tetapi, malangnyaa anda tidak boleh mengambil gambar atau video semasa pamentasan itu. Ia adalah salah satu pementasan yang terbesar yang anda dapat lihat hanya di DisneySea.
Journey to the Center of the Earth
Anda pasti mempunyai harapan yang tinggi untuk permainan ini. Ia adalah perjalanan yang berbaloi untuk dirasai. Selain itu, di mana lagi yang anda boleh rasakan pengalaman untuk mengelak dari gunung berapi meletus?
Apa yang boleh anda elakkan :
20,000 Leagues Under the Sea
Satu lagi taman klasik Jules Verne, permainan ini adalah agak terlalu perlahan dan menyedihkan. Mereka mempunyai versi permainan ini di taman-taman Disney yang lain, walaupun bagimanapun semuanya telah ditutup pada awal tahun 90an kerana sambutan yang kurang memberangsangkan.
StormRider
StormRider adalah perjalanan simulasi yang jelas menunjukkan bagaimana anda terbang ke dalam mata ribut. Ia adalah satu konsep yang hebat untuk simulasi, namun tidak seperti permainan simulasi yang lain yang mengambil masa sekitar 5 minit, StormRider berlangsung selama 15 minit, di mana ianya adalah terlalu lama.
KESIMPULAN
Di sini kami membuat kesimpulan dimana ramai pelawat lebih menyukai DisneySea. Walaupun Disneyland adalah lebih besar dan menarik, namun ianya adalah terlalu serupa dengan taman tema Disneyland lain, termasuk Disneyland Hong Kong, Florida dan Carlifornia.
Jom dapatkan Itinerary Percutian dan Quotation Harga secara percuma. Klik link di bawah sekarang!