Jepun mempunyai “empat musim”, iaitu, musim bunga(bulan Mac hingga Mei), musim panas(bulan Jun hingga Ogos), musim luruh(bulan September hingga November) dan musim sejuk(bulan Disember hingga Februari). Kesemua musim tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
- Musim Bunga
Musim bunga adalah musim yang paling selesa dan ideal sepanjang tahun. Selain mengingatkan tentang kehidupan, “Hanami Sakura” juga dapat dinikmati ketika musim ini yang mana ianya merupakan tradisi bermusim di Jepun. “Hanami Sakura” bermaksud aktiviti berkelah di bawah pokok sakura bersama keluarga atau rakan-rakan, di mana mereka menjamu selera serta berpesta sambil menikmati keindahan bunga Sakura. Di Tokyo, masa terbaik untuk Hanami Sakura adalah pada akhir bulan March hingga awal bulan April.
- Musim Panas
Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Jepun pada tahun 2016, suhu purata musim panas di Jepun adalah 27.6 darjah Celsius, tetapi kita akan merasakan ianya lebih panas daripada itu kerana kelembapan musim panas di Jepun adalah sangat tinggi. Terdapat pelbagai acara yang dilakukan pada musim panas; contohnya pesta “Natsu Matsuri” (pesta musim panas) dan pesta “Hanabi” (pesta bunga api). Pesta-pesta ini akan diadakan sepanjang bulan Julai dan Ogos di seluruh Jepun. Kita boleh melihat masyarakat Jepun berarak sambil mengangkat Omikoshi (tokong kecil) dan bunga-api dilepaskan pada waktu malam.
- Musim Luruh
Sama seperti musim bunga, musim luruh juga adalah musim yang selesa dan ideal. Suhu akan menurun dan kelembapan udara juga akan mengurang, menjadikan ia musim yang sesuai untuk pelancong. Hari-hari yang bercuaca baik akan berterusan dan musim daun luruh juga akan tiba. Sama seperti aktiviti “Hanami”, “Kouyou” iaitu aktiviti melihat daun luruh akan menarik pelancong ke Jepun, terutamanya di Kyoto dan Nara.
- Musim Sejuk
Suhu di Jepun akan menurun secara drastik pada bulan Disember dan cuaca akan menjadi sangat sejuk. Suhu boleh mencecah sehingga 0 darjah selsius dan di kawasan utara seperti Hokkaido, salji tebal akan meliputi seluruh bandar. Salji yang tertimbun boleh mencecah sehingga beberapa meter tingginya. Namun begitu, kawasan yang menghadap Lautan Pasifik tidak akan bersalji dan hari cerah bercuaca sejuk akan berterusan
31 Disember dipanggil Hari “Omisoka” di Jepun. Pada hari ini, orang Jepun mempunyai budaya memakan mee soba pada waktu tarikh bertukar ke tahun baru (tengah malam).