ETIKA UNTUK PELANCONG KALI PERTAMA KE JEPUN

2• Perjumpaan

Tunduk : Tunduk dengan sopan ketika bertemu dengan seseorang, berterima kasih kepada mereka, atau mengucapkan selamat tinggal. Jika orang Jepun tunduk hormat kepada anda, anda juga digalakkan untuk membalasnya. Kadangkala, orang Jepun juga berjabat tangan, tetapi cara yang terbaik bagi mereka adalah menunggu pihak kedua yang menghulurkan tangan terlebih dahulu.

Cenderamata : Beri cenderamata apabila pulang dari melancong, perubahan musim, dan berpindah ke rumah baru adalah antara sebab mengapa sesi bertukar tukar hadiah dilakukan di Jepun. Bagi pengunjung, ia adalah idea yang baik untuk membawa hadiah kecil dari negara asal anda, terutamanya jika anda akan tinggal dengan penduduk tempatan di situ, atau tanda anda mahu ‘berterima kasih’ kepada seseorang semasa lawatan anda. Cara yang paling mudah adalah dengan berkongsi sesuatu dari rumah anda seperti coklat, keychain, dan hadiah-hadiah lain yang hanya ada di negara anda.

Pertukaran kad : Bertukar kad nama perniagaan adalah penting semasa perjumpaan secara formal di Jepun. Anda harus menggunakan kedua-dua belah tangan apabila memberi dan menerima kad tersebut.3• Peraturan kasut

Tanggalkan kasut jika bangunan itu mempunyai pintu masuk ruang legar (dipanggil genkan ), dan letak kasut anda di rak kasut yang disediakan. Anda mestilah menanggalkan kasut apabila memasuki rumah orang lain, ruang kuil, kedai makan yang bertikar, serta sesetengah tempat bersejarah.

Apabila anda menanggalkan kasut anda, anda akan diberikan sepasang selipar untuk berjalan di ruangan tersebut. Akan tetapi, jangan sesekali memakai selipar di bilik yang bertikar (Tatami room). Tanggalkan selipar sebelum melangkah masuk dan letakkannya di pintu masuk.4• Makan dan Minum

Penyepit : Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan berkaitan dengan penggunaan penyepit. Perkara yang paling utama yang perlu diingat adalah tidak meletakkan penyepit di atas mangkuk nasi, atau menggunakannya untuk memberi makanan kepada orang lain. Tindakan ini mengingatkan kepada upacara pengebumian. Juga, elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dianggap ‘bermain’ dengan penyepit anda seperti mengetuk penyepit di meja dan melambaikan penyepit untuk memanggil pelayan restoran.

Minum : Apabila menuang minuman ke dalam cawan dari botol, ianya adat untuk menuangkan minuman untuk orang lain, dan membenarkan orang lain untuk menuang minuman untuk anda. Anda tidak menuang minuman anda sendiri.

Tip : Tiada sebarang adat dalam memberi tip di Jepun. Pelayan restoran akan memulangkan semula wang anda jika anda meletakkan tip di meja makan

Adab di meja makan : Katakan i-ta-da-ki-mas sebelum makan (selamat menjamu selera), dan berkata go-chi-So-sa-ma de-shi-ta sebagai tanda penghargaan selepas anda selesai makan. 6• Tingkah laku di tempat awam

Senyap : Ia dianggap kurang ajar jika anda bercakap di telefon bimbit ketika di dalam kereta api dan bas. Orang juga cenderung untuk tidak bercakap dengan kuat apabila menaiki pengangkutan awam supaya tidak mengganggu penumpang lain.

Beratur : Pada waktu sibuk semasa menunggu untuk menaiki kereta api, Jepun akan beratur dalam barisan sehingga kereta api tiba.

Selsema : Ia dianggap tidak senonoh untuk meniup hidung di khalayak ramai. Anda juga boleh melihat orang berjalan memakai topeng menutup mulut untuk mengelakkan orang lain daripada terkena jangkitan.