- Tidak berbual ketika berada di dalam kereta api atau di tempat awam.
Di Jepun, berbual di telefon semasa berada di dalam kereta api dianggap sangat biadap. Malah, pelancong luar juga tidak terkecuali dan mereka akan ditegur supaya memutuskan perbualan di telefon. Orang Jepun sangat berhati-hati mengenai waktu dan tempat untuk mereka bercakap di telefon. Ini kerana ianya boleh membuatkan orang awam lain berasa tidak selesa dan terganggu. Tidak seperti di negara lain, di mana sesetengah orang tidak kisah jika ada orang lain yang mendengar perbualan mereka.
- Kebanyakkan golongan dewasa juga bermain permainan video di telefon pintar.
Siapa kata permainan video hanya untuk kanak-kanak? Andaian bahawa hanya kanak-kanak sahaja yang kelihatan bermain permainan video di telefon mereka sangat berfikiran sempit. Bagi mereka, permainan video adalah cara yang terbaik untuk menghabiskan waktu semasa berada di dalam kereta api sama ada warga lelaki mahupun wanita.
- Jarang sekali menggunakan “hands-free” ketika bercakap.
Menggunakan ‘hands-free” semasa berbual di telefon adalah perkara biasa didengar. Di Malaysia juga, boleh dikatakan ramai yang menggunakannya terutama semasa memandu. Jika di U.S atau di U.K ramai menggunakan “hands-free” semasa berjalan pulang dari tempat kerja. Tetapi di Jepun, jarang sekali untuk melihat mereka menggunakannya semasa berbual di telefon. Mereka lebih selesa berbual sambil mendekatkan telefon ke mulut semasa berjalan di tempat awam.
- Ramai yang menggunakan gambar anak-anak atau karakter kartun sebagai hiasan skrin telefon.
Ramai orang di Jepun amat mementingkan hak peribadi dan ramai di antara mereka yang menggunakan nama samaran dalam media sosial seperti Facebook dan Instagram. Mereka juga tidak menggunakan gambar wajah mereka sebagai gambar profil. Jika anda layari laman temu janji di Jepun, anda akan mendapati ramai yang cuba menyembunyikan wajah sebenar mereka. Ia adalah satu fenomena yang agak pelik, namun bagi orang Jepun mereka lebih suka mengasingkan hal kerja dan kehidupan peribadi.
- Ramai yang menngunakan telefon pintar semasa berjalan.
Dikenali sebagai Aruki-sumaho (telefon pintar-berjalan) amalan ini biasanya di pandang renda di Jepun. Namun, ia berlaku di mana-mana terutama di bandar-bandar sesak seperti Tokyo, ia boleh membahayakan penjalan kaki itu sendiri. Ia lebih berbahaya semasa berada di di platform kereta api di mana hanya dengan satu langkah kesilapan, ia boleh membahayakan nyawa orang lain.