Fundoshi adalah satu pakaian dalam iaitu cawat tradisional yang disebut dalam catatan sejarah pertama Jepun. Pada abad ke-19 ia merupakan pakaian dalam utama untuk lelaki. Fundoshi juga sering dipakai sebagai seluar pendek oleh buruh-buruh dan pemandu beca.

 

Festival Fundoshi

Tokyo adalah sebuah bandar yang formal. Pada waktu pagi, kereta api bawah tanah yang dipenuhi oleh lautan sut hitam. Anda akan berasa pakaian anda tidak formal jika berseluar seluar pendek, walaupun dalam kepanasan pada musim panas di Jepun.

Pada waktu perayaan, jalan-jalan akan dipenuhi oleh orang yang memakai fundoshi ini. Kebanyakkan daripadanya adalah lelaki yang tidak pernah dan tidak biasa memakai seluar pendek, namun mereka akan memakai fundoshi kerana ianya simbol tradisional kepada budaya Jepun.

 

Keberanian Untuk Berlawan

Fundoshi cenderung untuk dikaitkan dengan keberanian untuk melawan kekuatan dan ketahanan diri seperti membawa mikoshi atau berenang di musim sejuk.

Ia agak luar biasa untuk memakai fundoshi secara bersendirian. Biasanya ia dipakai secara sepasukan yang seragam bagi orang yang terlibat secara langsung di dalam perayaan Matsuri ini.

(Berenang pada musim sejuk)

 

Formal Fundoshi

Dalam keadaan tertentu fundoshi boleh dianggap sebagai pakaian rasmi atau formal yang boleh dipakai di dalam acara tradisional seperti ritual di Shinto iaitu tempat suci. Dalam keadaan ini, sut hitam dan fundoshi boleh dipakai pada majlis yang sama. Walaupun pakaian seperti ini boleh diterima, namun untuk menjumpai orang yang memakai pakaian seperti ini pada majlis seperti itu amat agak jarang berlaku.

 

Sumo

Ahli Gusti Sumo tidak memakai fundoshi di gelanggang tetapi mereka memakai sesuatu yang dipanggil mawashi. Mawashi ini mempunyai tali pinggang yang berat.

 

Fundoshi Wanita

Dari segi sejarah, jarang sekali wanita akan memakai fundoshi. Namun pengecualian yang ketara adalah diberikan kepada penyelam yang menjadi pengumpul kepada mutiara perempuan yang dikenali sebagai Ama. Pada masi kini, Ama yang moden tidak lagi memakai cawat.