Kadang-kadang Jepun suka membuatkan perkara rumit menjadi lebih mudah. Bagi kes kali ini adalah katil Futon Jepun. Ia mungkin tidak kelihatan menarik tetapi futon ini amat diminati oleh masyarakat di Jepun.
Katil Kejutan Budaya
Selepas melalui hari yang panjang di onsen, jelajah ke kuil atau bandar, meneroka kembali ke bilik anda dan banyak lagi kejutan budaya yang tidak dapat dijangka.
Kebanyakan hotel di Jepun mempunyai katil gaya barat. Tetapi di Ryokan, Minshuku dan hostel mungkin menyediakan futon Jepun.
Futon Jepun ini adalah nipis. Ini bermakna futon ini lebih keras daripada tilam empuk gaya barat.
Penduduk tempatan akan memberitahu anda bahawa katil yang lembut akan menjadikan badan anda lembut. Futon dianggap baik untuk badan dan minda anda. Anda tidak akan nampak sami-sami di Jepun tidur di atas katil gebu.
Namun begitu, sebahagian besar pelancong asing menikmati futon ini dan mempunyai tidur malam yang sangat baik serta lena.
Landskap Futon
Futon ini perlu di jemur di bawah cahaya matahari secara berkala bagi mengelakkan ia menjadi berkulat.
Hasil daripada budaya futon, bangunan di Jepun tidak mempunyai peraturan terhadap menggantungkan pakaian dan tilam dari tingkap. Pengertian Jepun terhadap Mottainai adalah kebanyakan orang lebih suka mengeringkan pakaian mereka dengan menggantungkan ia.
Anda dapat lihat landskap lautan futon di bandar Jepun pada hari yang cerah.
Ramai orang memukul futon mereka dengan kayu buluh khas yang dipanggil Tataki futon untuk membuangkan debu pada futon tersebut.
Pada musim hujan pula, ia merupakan hari yang tidak baik untuk menjemurkan futon di luar. Sesetengah orang memiliki pengering futonnya yang tersendiri untuk digunakan pada majlis-majlis tertentu.
Etika Futon
Futon perlu dilipat dan disimpan pada waktu pagi. Ini bagi menghalang ia daripada kehilangan bentuk. Selain itu, dengan melipat dan menyimpan futon, ia juga memberikan ruang yang lebih luas untuk digunakan pada waktu siang hari.
Jika anda menginap di ryokan, anda boleh meninggalkan futon anda pada waktu pagi kerana seseorang akan membantu anda untuk melipatkannya. Namun begitu, terdapat ramai juga tetamu yang akan melipatkan futon mereka sendiri kerana telah menjadi tabiat atau untuk meluaskan ruang.
Jika anda menjadi tetamu di rumah seseorang, melipat futon pada waktu pagi ini dianggap menjadi akhlak yang baik. Setiap rumah di Jepun ini mempunyai almari khas untuk menyimpankan futon ke dalamnya. Walau bagaimanapun, sebagai tetamu, adalah lebih baik untuk anda melipat dan meninggalkan futon ini di dalam satu sudut bilik jauh sedikit dari laluan keluar.
Terma Futon Yang Perlu Anda Tahu
Di Jepun, kedua-dua tilam futon dan selimut futon boleh dirujuk sebagai “futon”. Terma lain yang anda perlu tahu termasuklah :
- Shikibuton
Tikar yang terletak di atas tilam futon. Ia biasanya disumbat dengan kapas, bulu atau gentian sintetik.
- Kakebuton
Selimut kapas tebal. Seperti yang dinyatakan, ini juga boleh dipanggil “futon”. Pelindung selimut kapas ini biasanya mempunyai jaring yang membolehkan udara bersih mengalir melalui di satu bahagian. Bahagian ini perlulah sentiasa menghadap ke atas.
- Mofu
Selimut
- Makura
Bantal kecil yang biasanya diisi dengan kacang atau buih poliuretana
- Tatami
Tatami adalah tikar lantai tradisional Jepun. Di Jepun, katil anda dapat dipengaruhi oleh jenis lantai yang anda ada. Futon adalah untuk lantai jenis tatami. Katil gaya Barat pula digunakan untuk lantai gaya barat.
- Zabuton
Zabuton adalah tikar nipis untuk duduk di atasnya. Ia sering dilemparkan oleh peminat yang marah ketika perlawanan sumo.