Geta: Sandal Salji Jepun
Geta adalah sandal platform yang memastikan kimono anda daripada terseret di atas tanah. Ia juga boleh memastikan kaki anda tinggi dan sentiasa kering ketika berada di atas salji dan air hujan. Ini kerana Jepun adalah sebuah negara bersalji dan hujan.
- Gigi
Dalam bentuk yang paling mudah, geta adalah sandal kayu tebal yang dibentukkan daripada satu blok kayu. Bahagian bawah sandal ini dipanggil gigi (ha). Berjalan dengan memakai geta adalah memerlukan pengimbangan diri yang baik kerana geta mempunyai satu gigi.
Kebanyakan geta moden pada masa kini mempunyai dua gigi di bahagian bawah. Ini adalah jauh lebih praktikal.
- Bila Seharusnya Memakai Geta
Geta adalah tidak begitu formal. Ia biasanya dipakai dengan yukata dengan kaki yang terdedah. Anda dapat melihat ramai orang memakai geta ini pada musim panas dan bunga api.
Kimono adalah pakaian rasmi yang dipakai secara lebih formal dengan sandal zori dan sarung kaki tabi. Ia merupakan perkara yang jarang berlaku untuk memakai stoking tabi dengan geta.
- Tetsu Geta
Tetsu geta adalah geta besi dengan berat 3 hingga 5 kilogram. Secara sejarahnya ia digunakan oleh pelajar-pelajar seni mempertahankan diri seperti karate untuk mengukuhkan kaki.
- Karankoron
Geta akan membuatkan bunyi yang kuat apabila anda berjalan. Dalam bahasa Jepun, bunyi ini dipanggil “karankoron”. Kebanyakkan orang Jepun yang lebih tua akan memberitahu anda bahawa mereka merindui bunyi karankoron ketika berjalan-jalan. Ia adalah satu bunyi yang boleh mencetuskan banyak nostalgia.
- Tali Yang Terputus
Tali yang terputus pada geta anda dianggap nasib malang. Atas sebab ini, ramai orang mengelak daripada membeli geta ¥100 yang murah. Geta kelihatan kukuh tetapi ia mudah untuk terputus. Tukang geta tradisional masih menawarkan perkhidmatan membaiki geta di beberapa kawasan kejiranan yang lama.