Hakama adalah pakaian tradisional Jepun yang dipakai dengan kimono. Ia terikat di pinggang dan terjurai ke bawah sehingga ke buku lali.
Hakama mungkin terbuka seperti skirt atau mungkin mempunyai kaki seperti seluar. Pada asalnya ia hanya dipakai oleh lelaki. Pekerja, petani, samurai, ahli akademik dan golongan bangsawan semua mempunyai gaya hakama yang berbeza dan tersendiri yang dipakai pada setiap hari.
Pada zaman moden kini, hakama dipakai oleh lelaki dan wanita untuk menghadiri majlis-majlis rasmi dan untuk seni mempertahankan diri. Berikut adalah antara sebab mengapa hakama dipakai :
- Perkahwinan
Pengantin lelaki dan saudara mara lelaki yang terdekat seperti bapa pengantin perempuan boleh memakai hakama untuk majlis perkahwinan Jepun gaya Shinto.
- Majlis Tamat Pengajian
Hakama menunjukkan imej akademik. Hasilnya, pelajar lelaki dan wanita secara tradisional memakai hakama untuk ke majlis tamat pengajian di universiti atau kolej mereka.
Hakama wanita dan hakama lelaki berbeza dalam pelbagai cara dan sudut. Ianya dipakai sangat tinggi dari pinggang dan mempunyai ikatan yang berbeza. Hakama cenderung untuk berwarna cerah atau gelap dengan hiasan sulaman seperti bunga.
- Kyudo
Kyudo adalah sukan memanah Jepun. Pengamal Kyudo samada lelaki atau wanita akan memakai hakama ketika bermain sukan ini.
- Kendo
Kendo adalah seni mempertahankan diri Jepun yang boleh diterjemahkan secara literal sebagai “cara untuk membunuh”. Ia melibatkan pertarungan dengan menggunakan sebilah pedang buluh dan perisai pelindung. Pakaian seragam Kendo untuk lelaki dan wanita adalah hakama.
- Aikido
Ini adalah satu lagi seni mempertahankan diri Jepun dengan menggunakan pakaian seragam hakama. Aikido memberi tumpuan kepada cara mempertahankan diri sendiri dan pada masa yang sama melindungi penyerang anda daripada kecederaan. Ia terkenal dengan teknik-teknik dengan menggunakan daya penyerang terhadap mereka. Ia memerlukan kekuatan fizikal yang sedikit.
- Coming Of Age Day
Ini adalah cuti kebangsaan untuk meraikan mereka yang telah menjadi orang dewasa (20 tahun) pada tahun lepas. Wanita akan memakai kimono rumit yang dikenali sebagai furisode untuk menghadiri ke majlis coming of age ceremony mereka. Kebanyakan lelaki pula lebih gemar memilih untuk memakai sut gaya barat. Namun begitu, terdapat juga sesetengah lelaki yang memilih untuk memakai kimono. Apabila mereka berbuat demikian, ia sentiasa dipakai dengan hakama.
- Priests dan Miko
Shinto priest dan Miko biasanya akan memakai hakama.
- Majlis teh
Majlis Teh memerlukan pakaian rasmi. Lelaki boleh memakai hakama tetapi wanita perlu memakai kimono tanpa hakama.
Hakama dengan corak yang berjalur dianggap hakama paling formal. Hakama yang berwarna gelap pula dikaitkan dengan seni mempertahankan diri.
- Pengebumian
Hakama yang berwarna hitam boleh dipakai untuk ke majlis pengebumian di Jepun. Walau bagaimanapun, pada waktu kini ia semakin jarang berlaku kerana rakyat jepun lebih gemar memilih untuk memakai baju sut barat yang berwarna hitam.
- Sensei
Pensyarah universiti dan guru (sensei) di mana-mana sekolah yang mempunyai kod pakaian rasmi tradisional akan memakai hakama.
Ianya dipakai oleh guru lelaki dan perempuan. Tradisi ini dilihat semakin pudar secara perlahan-lahan. Walau bagaimanapun, jika anda berjalan-jalan di seluruh kampus universiti terkemuka Jepun, anda masih dapat melihat orang yang memakai hakama ini. Guru-guru sekolah juga memakai hakama untuk menghadiri majlis-majlis khas seperti majlis tamat pengajian.