Hampir 700,000 orang Jepun generasi muda kini hilang. Mereka seolah-olah jatuh dan hilang dari permukaan muka bumi ini. Mereka tidak bekerja, tidak melibatkan diri secara sosial, dan mereka telah hilang selama bertahun-tahun pada satu masa.

Sebahagian besar daripada jumlah ini adalah lelaki muda yang berumur di antara 15 hingga 34 tahun. Mereka ini akan tiba-tiba keluar dari sekolah, kolej atau kerjaya yang cerah, dan terdapat juga kes dimana kita langsung tidak pernah lagi mendengar khabar dari mereka ini semula.

Bunyinya seperti masalah besar bukan? Pastinya anda akan berfikir, “Mengapa saya tidak pernah mendengar perkara ini sebelum ini?”. Kami yakin pasti anda pernah mendengar perkara ini namun mungkin ianya dalam keadaan yang berbeza. Kehilangan seperti ini seringkali dikenal dengan istilah Jepun iaitu “hikikomori (引 き こ も り)” atau “orang berkurung di dalam rumah.” Belia-belia ini sebenarnya tidaklah benar-benar hilang, tetapi mereka menjauhkan diri dengan masyarakat dengan berkurung di dalam bilik mereka.

Oldboy adalah salah satu filem antarabangsa yang boleh dikatakan amat menarik untuk ditontoni. Di dalam filem itu, seorang pekerja pejabat secara purata telah menguncikan dirinya di dalam sebuah apartment kecil selama hampir 20 tahun dan secara tiba-tiba telah mengasingkan diri dari dunia. Beliau telah hampir menjadi tidak waras dan gila. Ini merupakan kesan daripada pengasingan sosial yang dilakukan oleh mereka.

Satu lagi filem yang sama adalah 2015’s Room di mana seorang wanita dan anaknya berkurung di dalam sebuah pondok selama lebih 10 tahun. Tetapi di dalam filem-filem Barat, jenis pengasingan yang biasa dilakukan adalah disebabkan oleh beberapa tekanan kuasa luar. Manusia secara semulajadinya merupakan makhluk sosial, jadi ia adalah mustahil untuk kita bayangkan seseorang dengan sengaja mengasingkan diri mereka daripada masyarakat.

Walaupun kami yakin ia sekali-sekala akan juga berlaku, The Catcher in the Rye yang dikarang oleh J. D. Salinger sebagai contoh, tetapi ia merupakan perkara yang agak luar biasa. Namun begitu, jika anda bertanyakan kepada mana-mana orang Jepun mengenai hikikomori, sebahagian besar daripada mereka akan memberitahu anda bahawa mereka pernah mengenali seseorang yang mengalaminya secara langsung, atau mereka mengetahui seseorang yang tahu berkaitan dengan perlara ini.

Mengapa hikikomori menjadi satu masalah yang besar di Jepun? Dan bagaimana hikikomori boleh membawa Jepun kepada masa depan yang buruk?

 

  • Penyakit Tanpa Diagnosis

 

Melalui karya-karya beliau, Sun Tzu mencadangkan pembaca untuk mengetahui musuh-musuh mereka jika mereka ingin mengalahkan mereka. Ini akan membawa kita kepada salah satu daripada perkara yang paling tidak masuk akal dan sukar untuk dibincangkan mengenai hikikomori, kerana tiada siapa yang tahu apakah ia.

 

Hikikomori bukanlah diagnosis, namun ia hanyalah satu nama kepada masalah sosial. Salah satu perkara di Jepun yang benar-benar jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara Barat adalah psikologi. Kesihatan mental adalah dilihat sebagai satu subjek yang agak sensitif.

 

Ramai orang Jepun mempunyai masalah teragak-agak untuk membincangkan masalah mereka dengan orang lain. Mereka seolah-olah bergelut dengan kemurungan. Mereka ini sekeras-kerasnya menolak untuk berbincang dengan doktor, dan orang yang berkaitan. Mereka mempunyai sikap  “gamann suru (我 慢 す る)” atau “bertahan.”

 

Ini seolah-olah seperti satu tindak balas biasa untuk kebanyakkan masalah kesihatan mental di Jepun. Atas sebab itu, sebahagian besar daripada kes hikikomori tidak dilaporkan. Satu tinjauan yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Masyarakat Jepun menganggarkan terdapat hampir 200,000 hingga 500,000 kes hikikomori, tetapi semua pakar-pakar dalam bidang ini mencemuh angka tersebut.

 

Mereka menganggarkan angka ini serendah 700,000 kes dan beberapa penyelidik pula menganggarkan seramai 2,000,000 orang mengalami hikikomori ini. Sesetengah penyelidik mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana orang ramai bersikap diam untuk mendapatkan bantuan profesional kepada anak-anak dan ini juga merupakan cara yang baik untuk lari dari masalah yang mungkin mereka hadapi seperti masalah psikologi atau gangguan perkembangan, seperti sindrom Asperger, skizofrenia, kemurungan manic, atau lain-lain masalah.

 

  • Apakah Itu Hikikomori?

 

Antara kes tipikal hikikomori yang biasa adalah orang muda, selalunya ia merupakan seorang lelaki ini akan mengalami beberapa bentuk gangguan kegagalan, buli, atau lain-lain tekanan sosial yang kuat, dan mereka akan menguncikan diri mereka di dalam bilik jauh daripada orang ramai. Mereka akan menghabiskan masa menguncikan diri mereka di dalam bilik ini selama berbulan atau bertahun lamanya. Biasanya ibu mereka akan membawa makanan ke pintu masing-masing kerana mereka ini tidak menyertai keluarga untuk makan malam bersama. Stereotaip yang biasa adalah mereka tinggal di dalam bilik dengan melayari web, bermain permainan, atau membaca komik.

 

Biasanya dalam senario kes baik, selepas beberapa hari mereka mengambil masa untuk bertenang, orang muda ini akan keluar dari bilik ini dan kembali kepada kehidupan normal. Namun terdapat juga kes-kes yang lebih teruk, iaitu mereka akan mengambil masa selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk bergaul semula dengan masyarakat. Pastinya anda akan terkejut apabila mengetahui seorang yang mengalami hikikomori ketika berusia 20-an, namun mereka kembali bergaul semula dengan masyarakat pada usia 50-an!

 

  • Apakah Yang Menyebabkan Hikikomori?

 

Kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa salah satu punca hikikomori adalah daripada kepercayaan Jepun iaitu “sekentei (世間 体)”, yang pada dasarnya reputasi anda di dalam masyarakat dan satu perasaan tekanan untuk menarik perhatian orang lain. Ini adalah satu konstruk sosial yang amat penting di dalam masyarakat Jepun.

 

Walaupun kebanyakan orang muda Jepun berjaya menangani tekanan ini dalam pelbagai peringkat penerimaan, namun terdapat juga minoriti yang besar yang tidak boleh menerimanya. Dan apabila mereka gagal, mereka akan berasa seperti jumlah kegagalan tersebut dan akan mula untuk menarik diri. Namun, dengan menarik diri daripada masyarakat, perasaan kehilangan sekentei ini menjadi lebih kuat dan keinginan untuk menarik diri lebih tinggi. Kitaran ini akan bermula serta berulang dengan kejamnya.

 

Sama seperti seseorang yang tidak sihat kerana masalah kegemukkan. Mereka pada mulanya makan kerana mereka mengalami tekanan dan masalah, atau tidak berpuas hati. Kesannya, mereka kemudiannya mula bertambah berat badan. Seterusnya mereka mula menjadi lebih tertekan atau tidak berpuas hati kerana berat badan mereka, dan mereka akan terus makan dengan lebih banyak, yang menyebabkan berat badan mereka terus bertambah.

 

 

  • Bagaimana Hikikomori Boleh Menjatuhkan Jepun Pada Masa Akan Datang?

 

Sangat jelas disini golongan belia hikikomori adalah masalah sosial yang serius kepada Jepun, tetapi mereka ini juga boleh menimbulkan ancaman sosio-ekonomi yang lebih besar kepada Jepun. Jika bilangan orang yang mengalamai masalah ini menjadi lebih tinggi, iaitu sekitar 2,000,000 orang, pastinya mereka ini tidak mendapat pekerjaan, tidak menyertai program-program sosial, tidak berkahwin dan mempunyai anak.

 

Purata gaji rakyat Jepun adalah kira ¥3.5 juta setahun (kira-kira AS $ 29,000). Di Jepun, mereka akan membayar lebih ¥70 000 daripada gaji bulanan mereka untuk insurans kesihatan, cukai, dan persaraan. Jadi, jika gaji bulanan mereka ialah ¥290 000 dan maka mereka akan membayar ¥ 70 000 kepada kerajaan, iaitu sebanyak ¥ 840,000 setahun. Namun begitu, jika semua belia yang mengalami masalah hikikomori ini cukup umur bekerja dan tidak mengeluarkan duit mereka untuk perkara-perkara ini, kerajaan Jepun akan mengalami kerugian sebanyak iaitu ¥1 680 000 000 000 pada setiap tahun!