Berjalan di negara 4 musim seperti Jepun akan mendatangkan risiko demam panas, selsema dan lain-lain pada musim sejuk, musim bunga atau perubahan musim dan cuaca. Ramai orang mengambil mudah tentang perkara ini dan tidak membawa bekalan ubat dari Malaysia.
Perkara pertama yang anda perlu tahu mengenai sistem perubatan di Jepun adalah kos perubatannya yang agak mahal. Bayaran konsultasi sahaja lebih mahal daripada harga ubat. Tambahan pula, tidak semua hospital di Jepun mahu menerima pesakit luar terutamanya jika anda tiada penterjemah dan sukar berbahasa Jepun.
Mujurlah sekarang ada beberapa hospital di Jepun yang sudah dapat memberikan rawatan kepada pesakit luar. Setidaknya, anda tiada masalah komunikasi kerana mereka boleh berbahasa inggeris tetapi masih memerlukan penterjemah untuk beberapa keadaan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kad kredit ataupun insurans antarabangsa untuk membayar bil di hospital-hospital ini.
Jadi, apa yang anda perlu lakukan bila anda rasa tidak sihat?
- Pergi ke laman web Japan National Tourism Organization (JNTO) https://www.jnto.go.jp/emergency/eng/mi_guide.html
- Lihat simptom yang anda alami untuk memeriksa rawatan di jabatan mana yang anda perlu pergi.
- Cari hospital mengikut kawasan yang terdekat dengan anda untuk mendapatkan butiran lanjut.
- ATAU muat turun senarai hospital-hospital ini dalam PDF atau dapatkan di tempat kemudahan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah sebagai rujukan jika perlu.
Bagaimana cara nak dapatkan rawatan?
Prosedur pembayaran bil hospital
Sediakan paying sebelum hujan
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu anda di saat kecemasan.
Jangan lupa ambil insurans pelancongan antarabangsa ya.
Lagi bagus kalau insurans jenis cashless, lebih mudah dan anda tidak perlu dahulukan duit sendiri sebelum claim.
Nanti MKJ akan kongsikan pula dengan anda senarai bekalan ubat-ubatan yang perlu anda bawa apabila melancong ke luar negara (*^_^*)