HOSTEL DAN GUEST HOUSE

Di Jepun terdapat pelbagai jenis penginapan. Disini akan menghuraikan tentang ciri-ciri dan cara penggunaan jenis penginapan yang turut terkenal di luar negara, iaitu hostel dan guest house.

  1. Apa itu hostel?

Hostel pada mulanya di Jerman. Sejarahnya telah bermula lebih 100 tahun yang lalu. Ianya telah diperkenalkan di Tokyo dan Nikko di wilayah Kanto, serta di Fuji dan Izu di wilayah Tokai. Kini ianya telah berkembang ke seluruh Jepun, dari Hokkaido hinggalah ke Okinawa, dan mempunyai lebih kurang 200 buah kemudahan yang sedang beroperasi. Kemudahan ini dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan umur dan jantina.

Cara menggunakan hostel

Untuk mendapat lebih keuntungan ketika menggunakan hostel ini, lebih baik jika anda mendaftar sebagai ahli. Walaupun pengunjung biasa boleh menggunakannya, ahli yang berdaftar akan mendapat diskaun penginapan serta servis di kemudahan pelancongan yang berkaitan dengannya. Malah ianya memudahkan ahli untuk menggunakan hostel di luar negara juga. Bilik penginapan biasanya mengasingkan bilik asrama lelaki dan perempuan. Kelebihan hostel ini adalah pada harganya yang murah jika dibandingkan dengan hotel atau ryokan (penginapan ala Jepun).

  1. Apakah itu Guest House?

Guest House memiliki ciri-ciri yang mirip dengan hostel. Perbezaan yang ketara antara keduanya adalah berbanding dengan hostel yang menyasarkan pelbagai golongan pengguna, guest house pula dibina dengan menyasarkan pelancong perseorangan ataupun backpacker. Selain daripada itu, lokasinya juga lebih terhad kepada kawasan-kawasan yang digemari pelancong asing seperti di Tokyo, Kyoto, Okinawa, dan sebagainya. Ruang tamu, dapur, tandas dan bilik mandi dikongsi bersama pengguna yang lain membolehkan pengunjung berkenalan sesama sendiri.

Cara menggunakan Guest House

Setiap guest house mempunyai ciri-ciri serta servis yang sangat berbeza. Ia tidak menyediakan kemudahan seperti di hotel, jadi pengunjung perlu menyediakan sendiri berus gigi, tuala, dan sebagainya. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran deposit untuk menggunakan kemudahan ini. Sebahagian guest house mengamalkan sistem keahlian dan tidak mengenakan bayaran deposit kepada ahli.

 

  1. Terdapat banyak kemudahan yang unik

Di antara hostel dan guest house yang kebanyakannya mempunyai gaya bebas, terdapat juga kemudahan yang unik. Kemudahan yang menggunakan kominka (rumah ala Jepun yang lama) contohnya terkenal di kalangan pengunjung asing kerana dapat merasai suasana Jepun. Kuil buddha dan shinto juga membolehkan pengunjung merasai suasana yang sama. Malah terdapat juga kemudahan yang menggunakan tapak tinggalan sekolah.