Artikel kali ini akan membicarakan tentang cahaya Islam di negara matahari terbit Jepun (Nippon). Bagaimana Islam dahulu, sekarang dan akan datang. Bangsa Jepun telah ditakdirkan oleh Allah SWT untuk menjadi sebuah bangsa yang maju, hebat dan kuat.
Selain itu orang Jepun juga dianugerahkan oleh Allah sebuah negara yang cantik dengan dikelilingi lautan dan terdiri dari ribuan pulau-pulau yang sangat menarik. Tajuk Islam di Jepun telah dipilih sebagai penghargaan kepada rakyat Jepun yang memiliki ciri Islam walaupun ia negara bukan Islam.
Sejarah Islam di JepunDari segi sejarah, hubungan antara agama Islam dengan negara Jepun adalah masih baru berbanding dengan negara-negara yang lain di seluruh dunia. Secara amnya, tidak terdapat rekod yang nyata mengenai hubungan antara agama Islam dan negara Jepun mahupun sebarang kesan peninggalan sejarah Islam yang datang ke Jepun melalui penyebaran agama dalam apa jua bentuk sekalipun. Yang ada hanyalah beberapa kes terpencil hubungan yang dijalinkan antara penduduk Jepun dengan negara-negara Islam lain sebelum tahun 1868.
Islam pada pertama kalinya diperkenalkan kepada orang Jepun pada tahun 1877 sebagai sebahagian daripada pemikiran keagamaan Barat. Pada masa yang sama kehidupan Nabi Muhammad (SAW) telah diterjemahkan dalam bahasa Jepun. Ini telah membantu agama Islam untuk mendapat tempat dalam pemikiran intelek orang Jepun, tetapi hanya sebagai satu pengetahuan dan sebahagian sejarah budaya sahaja.
Satu lagi hubungan yang penting dibuat pada tahun 1890 ketika kerajaan Turki Uthmaniyyah menghantar sebuah kapal tentera laut ke Jepun dengan tujuan memulakan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara serta memperkenalkan orang Muslim dan orang Jepun antara satu sama lain. Kapal yang dikenali sebagai “Ertugrul” dikatakan telah tenggelam semasa dalam perjalanan pulang ke Turki, yang mengorbankan 540 orang daripada 609 penumpang dan anak kapal.
Kapal ‘Eutgrul’ yang tenggelam pada tahun 1890
Kehidupan komuniti Muslim yang sebenar tidak bermula sehinggalah ketibaan beratus-ratus pelarian Islam dari Turki, Uzbekistan, Tajikistan, Kirghiztan, Kazakhstan dan Tatar Turki yang lain dari Asia Tengah dan Rusia ekoran daripada Revolusi Bolshevik semasa Perang Dunia I. Orang-orang Muslim ini diberi perlindungan menetap di Jepun di sekitar beberapa bandar utama di Jepun dan menubuhkan komuniti-komuniti Muslim yang kecil. Sebilangan orang Jepun memeluk Islam melalui hubungan mereka dengan orang-orang Muslim ini.
Dengan pembentukan komuniti-komuniti Muslim yang kecil ini, beberapa buah masjid telah dibina. Masjid pertama yang dibina ialah Masjid Kobe pada tahun 1935 dan kemudiannya disusuli dengan Masjid Tokyo (atau dikenali juga Masjid Camii) yang dibina pada tahun 1938. Satu perkara yang perlu ditekankan adalah bahawa bilangan orang Islam Jepun yang sangat sedikit semasa pembinaan masjid ini dan tidak ada orang Jepun setakat ini yang memainkan peranan sebagai Imam di mana-mana masjid.
Masjid Kobe pada tahun 1935
Semasa Perang Dunia II, satu “Ledakan Islam” telah ditubuhkan di Jepun oleh kerajaan tentera melalui pertubuhan-pertubuhan dan pusat-pusat penyelidikan untuk mengkaji Islam dan Dunia Muslim. Dikatakan bahawa dalam tempoh ini lebih 100 buah buku dan jurnal mengenai Islam telah diterbitkan di Jepun. Walau bagaimanapun, pertubuhan-pertubuhan dan pusat-pusat penyelidikan ini tidak dikuasai atau dikendalikan oleh orang-orang Islam dan tujuannya bukan untuk penyebaran agama Islam. Tujuan yang sebenarnya ialah untuk melengkapkan tentera Jepun dengan pengetahuan yang diperlukan mengenai Islam dan orang Islam kerana terdapat kerana terdapat komuniti Islam yang besar di kawasan-kawasan yang diduduki oleh tentera Jepun di negara China dan Asia Tenggara. Sebagai hasilnya, dengan berakhirnya perang pada tahun 1945, pertubuhan-pertubuhan dan pusat-pusat penyelidikan juga hilang begitu sahaja.Satu lagi “Ledakan Islam” telah ditubuhkan kali ini di bawah naungan “Arab Boom” selepas “krisis minyak” pada tahun 1973. Media massa Jepun telah memberikan publisiti yang besar kepada dunia Islam secara umum dan Dunia Arab khususnya selepas menyedari kepentingan negara-negara ini untuk ekonomi Jepun. Dengan publisiti ini banyak orang Jepun yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang Islam mempunyai peluang untuk menonton siaran Haji di Makkah dan mendengar seruan azan serta bacaan Al-Quran. Selain dari terdapatnya orang Jepun yang memeluk Islam ketika itu secara berseorangan, terdapat juga banyak upacara pengislaman beramai-ramai orang Jepun. Walau bagaimanapun, dengan berakhirnya kesan krisis minyak, kebanyakan mereka yang memeluk Islam kembali semula kepada agama asal mereka.
Ke Arah Fasa Baru
Orang-orang Turki telah menjadi masyarakat Islam yang terbesar di Jepun sehingga kini. Pasca perang Jepun terkenal dengan sifat simpati orang Jepun terhadap umat Islam di Asia Tengah, melihat mereka sebagai sekutu anti-Soviet. Pada masa itu sebilangan orang Jepun yang bertugas di bahagian perisikan mempunyai hubungan dengan orang-orang Muslim di Asia Tenggara. Sebahagian daripada mereka membuka mata kepada Islam melalui hubungan ini, dan memeluk agama ini selepas perang berakhir. Terdapat juga antara mereka yang pergi ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia sebagai tentera semasa perang. Para juruterbang telah diarahkan untuk mengucapkann “La ilaha illa Allah”, jika pesawat mereka ditembak jatuh di kawasan-kawasan ini supaya mereka tidak dibunuh. Sebenarnya salah satu pesawat telah ditembak jatuh dan juruterbangnya ditangkap oleh penduduk tempatan. Sesudah ia mengucapkan perkataan “ajaib” ini kepada mereka, dia berasa hairan kerana penduduk tempatan mengubah sikap mereka terhadapnya dan melayannya dengan baik. Kemudian dia telah menjaga kalimah itu sehingga ke hari ini.
Ini adalah orang-orang Muslim “generasi lama”. Mereka mendapati diri mereka sebagai kumpulan minoriti Islam Jepun selepas perang, dan hidup dengan komuniti Islam asing yang sedia ada. Secara umumnya, orang Jepun pada masa itu mempunyai prasangka agak kuat terhadap Islam dan pengetahuan masyarakat antarabangsa mereka adalah sangat terhad. Sebagai contoh, dalam artikel yang disiarkan dalam majalah pada tahun 1958, lima rukun Islam telah diterangkan di bawah tajuk “Adat pelik Mohammad,”. Jepun mempunyai imej stereotaip Islam bahawa ia adalah “agama pelik negara-negara mundur”. Malah hari ini, walaupun telah diubahsuai dan diperbetulkan dalam banyak aspek, imej seperti ini tidak pupus. Dalam beberapa tahun yang lalu, seorang penulis terkenal dalam media sosial boleh mengatakan dalam program TV bahawa Islam adalah agama yang pengikutnya menyembah matahari.
Pencerobohan orang Jepun di negara China dan Asia Tenggara negara semasa perang dunia kedua telah membawa kepada hubungan antara orang Jepun dengan orang Islam. Orang-orang yang telah memeluk agama Islam melaluinya ditubuhkan pada tahun 1953, pertubuhan Islam Jepun yang pertama, iaitu Persatuan Islam Jepun di bawah pimpinan Allahyarham Sadiq Imaizumi. Bilangan ahlinya seramai enam puluh lima orang pada masa persatuan ini ditubuhkan, dan bertambah dua kali ganda sebelum ini meAllahyarham Sadiq Imaizumi meninggal dunia enam tahun kemudian.
Buku yang diterbitkan menceritakan penduduk islam di timur tengah Jepun
Presiden kedua persatuan itu adalah Umar Mita-an, seorang lelaki yang sangat berdedikasi. Mita adalah contoh tipikal generasi lama, yang mempelajari agama Islam di wilayah yang diduduki oleh Empayar Jepun. Beliau telah bekerja untuk Syarikat Keretapi Manshu yang menguasai hampir seluruh wilayah Jepun di wilayah timur laut China pada masa itu. Melalui hubungannys dengan Cina Muslim, beliau yakin dengan kebenaran, dan memeluk Islam di Peking. Apabila dia kembali ke Jepun, selepas perang, beliau menunaikan haji, orang Jepun pertama yang melakukannya dalam tempoh selepas perang. Beliau juga membuat terjemahan al-Quran dalam bahasa Jepun dari perspektif Islam buat kali pertama.
Oleh itu, ia hanya selepas Perang Dunia II, yang benar-benar boleh dipanggil “masyarakat Islam Jepun” wujud. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan awal, perkembangan kemudiannya agak perlahan dari segi keahlian. Walaupun ramai pertubuhan yang ditubuhkan sejak tahun 1900-an, setiap daripada mereka hanya mempunyai beberapa ahli aktif.Orang Jepun Pertama Memeluk Islam
Sehingga kini tidak diketahui siapakah warga Jepun yang pertama sekali memeluk islam. Namun, hasil kajian menunjukkan terdapat tiga orang warga Jepun yang dikenal pasti sebagai warga Jepun terawal yang memeluk agama Islam.
Warga Jepun Muslim pertama yang direkodkan adalah Mitsutaro Takaoka yang memeluk agama Islam pada tahun 1909 dan mengambil nama Omar Yamaoka selepas menunaikan haji ke Makkah.
Mitsutaro Takaoka orang jepun yang pertama memeluk islam
Pada masa yang sama , seorang lagi rakyat Jepun iaitu Bumpachiro Ariga, telah pergi ke India untuk tujuan perdagangan. Melalui dakwah dari penduduk Islam di sana, beliau telah memeluk islam dan menukarkan namanya kepada Ahmad Ariga.
Walau bagaimanapun, kajian baru-baru ini telah mendapati bahawa terdapat seorang lagi rakyat Jepun yang berkemungkinan merupakan warga Jepun Muslim yang pertama dikenali sebagai Torajiro Yamada. Beliau telah mengunjungi negara Turki kerana bersimpati dengan mangsa korban tragedi kapal karam ‘Ertugrul’. Beliau memeluk islam di sana dengan menukar nama kepada Abdul Khalil dan dikatakan telah menunaikan haji di Mekah.
Islam Kini Di Jepun
A. Jumlah Penduduk Islam di JepunSehingga ke hari ini, masih tidak ada statistik yang menunjukkan jumlah sebenar bilangan orang islam di Jepun. Namun begitu terdapat beberapa sumber yang mendakwa jumlah penduduk islam di sana telah mencapai angka melebihi 100,000 orang dan mereka mempunyai 40 buah tempat ibadat untuk menunaikan solat dan melakukan pelbagai ritual keagamaan lain. Mereka ialah golongan minoriti yang mewakili hanya lebih kurang 0.08% dari seluruh penduduk Jepun.
Hampir 90% orang Islam Jepun adalah pendatang dari Turki, Indonesia, Pakistan, Iran, Bangladesh serta Asia Tengah. Sementara 10% selebihnya adalah rakyat asal Jepun. Majoriti daripada mereka merupakan rakyat Jepun berketurunan bukan Jepun iaitu kumpulan pendatang yang terdiri dari golongan pekerja atau pelajar yang menetap di Jepun dan sudah mendapat status warganegara tetap.
Dengan jumlah penduduk mencapai 128 juta, Jepun merupakan negara yang kesepuluh di dunia yang mempunyai paling ramai penduduk. Pusat bandar raya Jepun kini menampung sekitar 35 juta orang dan merupakan bandar dengan penduduk yang sangat padat serta kos hidup yang termahal di dunia.
Menurut hasil kajian terbaru Analysis of the World Muslim population by Country/ Region dari laman web http://www.factbook.net/muslim_pop.php/ , kira-kira 1% atau 1,254,497 orang rakyat Jepun beragama Islam. Majoriti daripada mereka merupakan rakyat Jepun berketurunan bukan Jepun dari negara-negara Islam yang lain.
Laman web http://boinc.mundayweb.com/onestats.php?userID=4654/ pula menunjukkan bahawa daripada jumlah keseluruhan penduduk Tokyo yang seramai 126,000,000 orang, kira-kira lebih daripada 200,000 orang penduduknya adalah beragama Islam .
Jumlah 1,254,497 orang warganegara Jepun-Muslim adalah satu jumlah yang dianggap terlalu besar bagi sesetengah pihak dan dikatakan tidak tepat.
B. Masjid-masjid di Jepun
Mengikut sejarah, hanya terdapat dua masjid sahaja yang dibina di Jepun sekitar 100 tahun yang lalu. Namun setelah islam berkembang pesat di Jepun, sudah terdapat kira-kira 30 hingga 40 buah masjid pada hari ini dengan ada yang mencapai hingga 40 tingkat bangunan.
Masjid pertama yang dibina ialah Masjid Kobe yang dibina pada tahun 1935 di Nakayamate Dori, Chuo-ku,Kobe. Ia juga dikenali sebagai ‘gate of God atau gerbang Tuhan’. Masjid Tokyo kemudiannya telah dibina pada tahun 1938 yang terletak di Oyama-cho, Shibuya-ku, Tokyo. Pada tahun 1990 Masjid Tokyo atau dikenali juga dengan nama Masjid Camii ini telah diubahsuai. Selain itu, terdapat juga masjid-masjid yang lain di Jepun seperti masjid Nagoya, masjid Hira, masjid Fukuoka dan banyak lagi yang kini menjadi tempat beribadat bagi umat islam di Jepun.
Masjid Kobe atau dikenali sebagai ‘gerbang Tuhan’
Bahagian dalam masjid Kobe
Masjid Tokyo atau Masji Camii merupakan masjid terbesar di Jepun
Bahagian dalam Masjid Tokyo
Masjid Fukuoka satu-satunya masjid terletak di Pulau Kyushu
Masjid Hachioji masjid yang kedua dibina pada tahun 1938
Di Jepun, masjid mempunyai beberapa fungsi. Selain untuk solat berjemaah ia juga menjadi tempat untuk aktiviti-aktiviti keagamaan, sosial, pertemuan bahkan tempat untuk membincangkan perkara berkaitan ekonomi. Terdapat juga beberapa persatuan Islam telah dibentuk di Jepundengan tujuan untuk meluaskan kerjasama di antara sesama warga Islam Jepun dan juga memperbanyakkan koleksi buku-buku agama Islam untuk kegunaan warga Islam serta mengembangkan kebudayaan yang berteraskan Islam. Namun yang menjadi satu masalah utama yang dihadapi warga Islam Jepun adalah apabila kurangnya buku-buku fiqh dan hadis yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun.
C. Perkahwinan di Jepun
Sebuah contoh perkahwinan di Jepun telah berlangsung pada 2 Januari 2015, di antara seorang lelaki Jepun yang baru menjadi Muslim dan seorang wanita Jepun Muslim di Masjid Niihama-Jepun.BarakAllahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a baina kuma bilkhair.
「アッラーが(あなたの結婚において)あなたに祝福を与え、降り注いでくれますように。そしてあなた方二人をよきものにおいて、縁結びして下さいますように。」
Semoga Allah memberkati kamu dan pasangan kamu, dan semoga Dia menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.
バーラカッラーフ ラカ、ワ バーラカ アライク。ワ ジャマア バイナクマー フィー ハイル
Apa yang menariknya di sini ialah mereka betul-betul mengambil hikmah perkahwinan dalam islam yang sebenar iaitu bersederhana. Mengadakan majlis pernikahan dengan ringkas tetapi cukup syaratnya dari segi agama Islam.
Apapun tahniah diucapkan. Semoga mereka kekal bahagia hingga ke syurga. Lagi gambar majlis perkahwinan mereka yang ala kadar namun penuh keberkatan dikongsi di bawah:Orang-orang Muslim di Jepun, di sebuah negara yang mengamalkan kepercayaan animisme, yang tidak meletakkan Islam sebagai agama rasmi, yang mempunyai budaya yang sangat pelik2, lebih faham keindahan Islam itu sendiri berbanding orang yang lahir2 sudah Islam, di negara yang Islamnya agama rasmi namun lebih mengutamakan budaya kaum sendiri, budaya kaum sendiri yang dicedok dari kaum lain serta budaya barat berbanding agama Islam itu sendiri.
D. Restoran Halal di Jepun
Jika dahulunya amat susah untuk mencari restoran halal di Jepun kerana penduduk islamnya yang minoriti di sana. Namun pada masakini, restoran halal di jepun telah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Anda boleh sahaja mendapati restoran halal di Jepun di bandar-bandar utama seperti Tokyo, Kyoto dan Fukuoka. Berikut merupakan antara senarai restoran halal di Jepun :
Restoran Siddique di Tokyo..Makanan seperti indian curry, makanan pakistan ada dijual disini.
Restoran Marhaba, Tokyo yang menjual Nasi Arab
Restoran COCA, Fukuoka yang menjual makanan-makanan Thai
Restoran Ganko Sanjo Honten, Kyoto yang menjual makanan sushi yang halal
E. Jepun negara ‘islam’ yang tidak mempunyai orang islam
Negara Jepun merupakan seolah-olah “sebuah negara Islam tanpa adanya orang Islam (muslim)”. Kenyataan ini bermaksud kebanyakan ajaran Rasulullah SAW nampaknya dipraktikkan oleh orang Jepun walaupun mereka tidak beragama Islam. Lihat sahaja orang Jepun.
Antara sifat-sifat positif orang Jepun ialah seperti rajin dan tekun bekerja, menjaga kebersihan, bersopan santun, menjaga alam sekitar, menghormati jiran dan tetamu, menjaga kualiti hasil kerja, mentaati orang tua, isteri setia dan taat kepada suami, menepati masa, bersatu padu dan suka bergotong royong, semangat mengekalkan tradisi warisan dan lain-lain lagi. Sifat yang paling terkenal dikalangan orang Jepun ialah menjaga kebersihan.
Di Jepun dari kecil lagi sudah diajar mementingkan kebersihan
Gaya orang jepun mengucapkan selamat sejahtera antara satu sama lain:
Contoh gaya hidup makanan yang sihat di jepun :
Semua sifat-sifat ini diajarkan oleh Rasulullah tetapi malangnya ia sangat kurang dipraktikkan di negara umat Islam sendiri. Itulah sebabnya Jepun dikatakan sebagai “sebuah negara Islam tanpa adanya orang Islam (muslim)”.
“Aku menyaksikan nilai-nilai Islam tumbuh di negeri bukan Islam, namun aku tidak melihat Islam di negeri orang Islam sendiri”-Syeikh Muhammad Abduh