1. Canmake
Anda boleh lihat jenama kosmetik Canmake di jual diseluruh Jepun dan harganya juga amat murah. Anda boleh membeli sebuah eye shadow dengan harga ¥600 (RM24). Setanding dengan harganya, kualiti Canmake juga amat baik.
2. Daiso
Daiso adalah sebuah kedai 100yen. Ini bermakna semua produk yang dijual di dalam kedai ini dijual dengan hanya 100yen sahaja. Barangan kosmetik dari Daiso (terutamanya jenama Elfa pearl eye shadow) mempunyai reputasi yang tinggi di laman web kajian kosmetik Jepun.3. Can★Do
Can★Do juga merupakan kedai 100yen, dan juga mempunyai reputasi yang tinggi di dalam laman web kajian kosmetik Jepun.4. Cezanne
Cezanne merupakan jenama kosmetik yang dapat dilihat dijual di kebayakkan kedai-kedai ubat atau farmasi. Produk-produk jenama Cezanne ini sesuai untuk dipakai setiap hari kerana kualitinya yang amat tinggi dan harganya pula amat murah.5. Coffret D’or
Coffret D’or terkenal kerana menggunakan pelakon terkenal seperti Satomi Ishihara, Masumi Nagahara, Hiromi Nagasaku dan sebagainya sebagai model jenama mereka. Coffret D’or make-up sesuai untuk kegunaan setiap hari.6. KATE
KATE kosmetik biasanya dipakai ketika keluar pada hujung minggu ataupun untuk menghadiri acara-acara tertentu. Jenama kosmetik ini agak tidak sesuai untuk dipakai setiap hari kerana harganya yang sedikit mahal.7. MAJOLICA MAJORCA
Majolica Majorca adalah jenama kosmetik yang menyeronokkan dengan hanya melihat melalui laman web rasmi mereka. Setiap produk mempunyai cerita pendeknya yang tersendiri. Biasanya ia sering bertemakan fantasi dan kegembiraan. Harga produk kosmetik ini tidaklah begitu mahal, jadi anda pasti mampu memilikinya.8. Hada Labo
Hada Labo merupakan jenama kosmetik untuk toners dan losyen kecantikan. Ia amat terkenal dengan produk Goku-jun, seperti yang ditunjukkan di bawah.9. Tsubaki Oil, Ooshima Tsubaki
Produk dari jenama ini adalah sedikit mahal, tetapi pastinya berbaloi dengan wang yang telah anda keluarkan. Minyak Tsubaki adalah minyak bunga kamelia. Minyak Oshima tsubaki adalah 100% daripada bunga kamelia, yang boleh menjadikan rambut anda yang rosak kembali sihat, bersinar dan halus.
10. Mujirushi
Produk jenama Mujirushi kosmetik antara jenama yang akan memberikan kesan yang baik kepada anda. Anda disyorkan untuk mencuba toners dan minyak jojoba mereka.11. Abura Tori Gami, Yojiya
Aburatorigami bermaksud kertas menyerap minyak. Dengan mengunakan kertas ini, anda boleh hilangkan minyak di muka anda tanpa perlu bimbang make-up anda rosak.
12. Kotoshina
Kotoshina merupakan produk penjagaan kulit semulajadi dan diperbuat daripada bahan yang organik. Ianya berasal dari Kyoto. Semua produk daripada jenama ini memasukkan elemen teh hijau di dalam setiap produk-produk mereka. Produk ini amat disyorkan kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif.13. MAQuillAGE
Produk dari maquillage kebiasaannya mempunyai warna yang menyerlah dan bungkusan yang cantik. Harga produk ini mungkin agak mahal jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain di atas, tetapi pastinya berbaloi kerana kualiti produknya yang tinggi.14. SHISEIDO
Pastinya semua orang telah mendengar jenama ini sekurang-kurangnya sekali. Produk ini agak terkenal di Jepun dan juga di negara-negara lain.15. SK-Ⅱ
SK-Ⅱ merupakan produk untuk anti-penuaan. Ianya terkenal dengan toner kulitnya yang dikatakan sangat berkualiti tinggi. Harganya sangat mahal, tetapi dengan penggunaan yang berterusan menghasilkan keputusan yang dramatik terhadap kulit anda.