JENIS-JENIS STICKY NOTE

MKJ percaya ramai diantara kita yang selalu menggunakan sticky note sebagai nota tambahan di buku ataupun dimana-mana sahaja untuk menanda sesuatu yang penting kan? Lebih-lebih lagi pelajar dan suri rumah. Apa kata kita semak beberapa jenis sticky notes yang ada di Jepun ni.

 

  • Cocofusen

 

Produk ini menawarkan beberapa versi yang sangat menarik dan salah satunya adalah cocofusen CARD yang dating dengan pemegang sticky note yang berbentuk seperti kad serta mempunyai ketebalan 1.5 mm serta boleh memegang 210 keping sticky note nipis atau 105 keping sticky note biasa.

 

Menariknya, anda boleh mengisi semula kad tersebut dengan lebih banyak sticky note yang dibeli secara berasingan.

 

Cocofusen juga menawarkan sticky note didalam paket kecil serta boleh dilekatkan di atas apa-apa permukaan seperti gambar dibawah.

 

  • Flower Sticky Notes

Peminat bunga sila bergembira kerana anda boleh membeli sticky note berbentuk bunga ini di Jepun.  Setiap kelopak bunga ini secara individunya adalah sticky note dan anda boleh melekatkan bunga ini di atas pen anda untuk dijadikan sebagai aksesori.

 

Sticky note bunga ini boleh didapati dalam empat warna iaitu biru, merah jambu, ungu, dan kuning.

 

  • Leaf-it

Sticky note in berbentuk daun yang mempunyai corak yang sangat realistik! Anda boleh melekatkannya di sekitar komputer atau dinding anda. Ia akan kelihatan seperti anda mempunyai rimbunan pokok di computer anda

 

Terdapat enam variasi daun yang ada iaitu ginkgo, maple, oak, ivy, ceri berbunga dan birch.

 

  • Ginkgo

 

  • Maple

 

  • Oak

 

  • Ivy

 

  • Birch

 

  • Ceri Berbunga

 

 

Anda boleh membeli sticky note ini di laman web Appree atau laman web Koncent.

 

  • List-it

Sticky note ini pastinya akan menjadi sesuatu yang sentiasa anda mahukan kerana apabila anda tidak mempunyai kertas untuk mencatat perkara yang anda perlu ingat, pastinya anda berakhir dengan menulisnya di seluruh tapak tangan.

 

Jelas terdapat banyak masalah yang timbul dengan menggunakan cara tersebut, termasuklah anda tidak dapat membasuh tangan anda atau mengambil bahagian dalam acara sukan tanpa risiko memo penting yang anda catatkan di tangan anda akan hilang. List-its sticky note ini adalah sticky note kalis air supaya anda boleh pergi berenang bersama-sama dengan memo yang anda tulis di atas lengan anda!

 

 

Anda boleh membeli sticky note ini di kedai Mojimoji.