Jepun mungkin kelihatan seperti sebuah negara yang tenang dari jauh. Lagipun, kita semua melihat gambar taman di Jepun yang tenang, hutan buluh dan bahasa Geisha yang dituturkan secara lembut.
Realitinya ialah Jepun adalah bising (pencemaran bunyi adalah perkara biasa dan meluas).
“Selamat pagi ini adalah kerajaan”.
Kerajaan tempatan di Jepun mempunyai rutin kebiasaan pada setiap pagi iaitu membuat pengumuman yang kerap dengan menggunakan pembesar suara awam. Pengumuman ini biasanya berkaitan benda yang remeh. Sebagai contoh, ia adalah masa untuk kanak-kanak sekolah pulang ke rumah, ada kebakaran kecil di beberapa bahagian bandar, ada perubahan kepada jadual kutipan sampah dan lain-lain.
Pengumuman dilakukan dari pukul 7:00 pagi sehingga 10:00 malam di bandar-bandar. Ia dilakukan pada hujung minggu dan hari-hari bekerja.
Ahli-ahli politik
Terdapat banyak peringkat pilihan raya di Jepun iaitu tempatan, wilayah dan negara. Kesemua ini berlaku pada masa-masa yang berlainan sehinggakan anda akan berasa seperti selalu ada beberapa pilihan raya yang sedang berlangsung. Ahli-ahli politik dan penyokong mereka akan memandu van dengan pembesar suara untuk menyebarkan mesej mereka kepada orang ramai.
Organisasi politik seperti kumpulan sayap kanan Jepun melakukan perkara yang sama sepanjang tahun.
Ulat Tiket
Seringkali terdapat ulat pelelong tiket di luar stesen yang sibuk di Jepun. Contohnya, ulat pelelong bagi restoran dan bar, salun rambut, kafe pembantu rumah dan lain-lain.
Kedai-kedai runcit seperti kedai ubat dan kedai-kedai elektronik akan menggaji pekerja untuk mengumumkan hidangan istimewa secara harian kepada pejalan kaki semasa mereka berjalan. Pekerja ini biasanya mempunyai suara yang serak kerana mereka menjerit.
Irrashaemase
Kedai Jepun dan pekerja restoran mestilah sentiasa mengalu-alukan pelanggan mereka dengan suara mereka sekuat mungkin iaitu “Irrashaemase!”. Terdapat beberapa kata-kata ungkapan yang diulangi oleh perkerja sepanjang hari pada setiap hari. Ia boleh menjadi perkara yang sukar untuk berbual di sebuah restoran dengan jeritan perkerja yang berterusan.
Motosikal
Terdapat banyak motosikal kecil di Jepun. Walaupun saiznya kecil, kebanyakan daripada motosikal ini boleh mencabar tahap bunyi jet penumpang yang ingin berlepas.
Industri
Jepun adalah sebuah negara purba yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Perindustrian biasanya berlaku dengan cepat. Perancangan bandar dan zon tidak pernah menjadi keutamaan. Ia bukanlah perkara yang biasa untuk mempunyai sebuah kompleks perindustrian di sebelah bangunan kediaman. Jika jiran anda memutuskan untuk memulakan perniagaan dari rumah dengan memotong paip logam sepanjang hari, tidak banyak yang anda boleh lakukan berkenaannya.
Daya tarikan
Kebisingan Jepun boleh menjadi menarik pada masa-masa tertentu. Sebagai contoh, apabila anda memasuki restoran dan 15 perkerja restoran menjerit “Irrashaimase!” kepada anda. Ia adalah sejenis keseronokan.
Pengumuman dari dewan bandar menambahkan lagi irama kepada kehidupan seharian supaya ramai orang menikmatinya.
Harapan untuk masa depan
Pada tahun 1996, Kementerian Alam Sekitar Jepun telah menaja pertandingan 100 Soundscapes of Japan. Orang ramai telah menghantarkan bunyi berkaitan kehidupan di Jepun. 100 bunyi yang terbaik telah dipilih dan senarai itu telah disiarkan secara meluas di dalam media Jepun. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bunyi yang aman tetapi telah lenyap kerana pencemaran bunyi.