KAFE HAIWAN YANG PERLU ANDA LAWATI DI TOKYO

1. Temari no Ouchi (Kichijoji)
Kafe kucing Temari no Ouchi di Kichijoji ini mewujudkan satu suasana “ruang santai” berbanding hanya tempat untuk bermain dengan kucing selama tiga puluh minit sahaja. Di sini, anda boleh bersantai sambil menjamu koktel, atau memilih pelbagai jenis teh herba dan minuman berasaskan kopi. Kafe kucing ini juga menyediakan pelbagai pilihan pencuci mulut dan makanan ringan. Ruang kafenya yang luas dapat menampung berpuluh-puluh pelawat pada satu-satu masa.temari-no2. Kafe Mimi (Ikebukuro)
Kafe Mimi yang terletak di Ikebukuro adalah salah satu kafe arnab yang paling mesra dan santai di Tokyo. Haiwan arnab di kafe ini sangat jinak dan mudah menyesuaikan diri dengan pelawat. Tidak seperti kafe arnab lain yang hanya akan melepaskan seekor atau dua arnab pada satu-satu masa sahaja, kafe Mimi menyediakan ruang bermain tanpa mengehadkan jumlah arnab di situ. Tiket masuk selama satu jam itu, pelawat dibekalkan semangkuk makanan arnab dan boleh memilih satu jenis minuman yang disediakan sama ada kopi atau teh.mimi3. Zoo Burung (Chiba)
Bertempat di Chiba Kashiwa, pengunjung boleh merasai kemeriahan lebih dari seratus ekor burung nuri dan burung tropical yang lain. Pekerja kafe akan membantu anda dalam sesi perkenalan dengan burung-burung di situ dengan meletakkannya di bahu atau kepala anda. Sepanjang berada di kafe itu, pengunjung hendaklah mematikan cahaya kamera ketika mengambil gambar bersama-sama haiwan di situ.800-kashiwa-birdzoo124. Pusat Ular Tokyo (Harajuku)
Terletak di Harajuku dan mula beroperasi pada Ogos 2015, kafe ular ini semakin terkenal dan menarik perhatian ramai. Pengunjung boleh memilih seekor ular untuk dijadikan teman di meja makan. Pelayan kafe akan memberi sedikit maklumat ringkas tentang etika dan peraturan kafe di situ kepada pengunjung. Ruang kafenya yang dipenuhi dengan hiasan berkonsepkan ular, menjadikannya tampak mewah dan eksklusif.25. Kedai Teh Subtropika Yokohama (Yokohama)
Salah satu kafe haiwan yang berada di Yokohama adalah kedai teh subtropika Yokohama. Dipenuhi dengan pelbagai jenis haiwan reptilia seperti cicak, kura-kura dan ular serta haiwan amfibia yang lain sekaligus menjadikannya sebagai tarikan utama kafe ini.4