KASUT TRADISIONAL JEPUN

Kasut tradisional Jepun kebanyakannya adalah variasi daripada sandal thong. Secara sejarahnya, Jepun memakai sandal di dalam salji, hujan dan sewaktu panas terik. Ini adalah jauh lebih praktikal daripada apa yang di dengar.

Sandal adalah kasut yang sesuai untuk dipakai di Jepun kerana rumah-rumah dan bangunan Jepun memerlukan anda untuk menanggalkan kasut anda dan meletakkan ia kembali secara kerap. Sandal juga sesuai dipakai bersama kimono. Ia adalah perkara yang sukar untuk mengikat kasut apabila anda memakai beberapa lapisan jubah sutera yang dibalut secara ketat.

Kasut tradisional Jepun termasuk :

  1. Geta

Geta adalah sandal kayu yang tinggi dengan gigi di bahagian bawah. Kasut ini praktikal kerana dapat memastikan kimono anda tidak terseret di atas tanah. Ini amat berguna ketika keadaan bersalji dan hujan.

 

  1. Zori

Zori adalah sandal thong yang boleh dibuat daripada kayu, kulit, sutera dan bahan-bahan lain. Bentuk kasut ini secara meluas dikaitkan dengan flip-flop yang murah di Barat. Walau bagaimanapun, Zori boleh menjadi kasut formal yang sesuai dipakai untuk ke majlis-majlis seperti majlis perkahwinan.

 

  • Okobo

Okobo adalah sandal platform yang diperbuat daripada blok kayu daripada pokok willow dengan tali di atasnya. Ia kerap kali dipakai oleh Geisha di dalam latihan.

  1. Jikatabi

Jikatabi adalah but dengan ibu jari kaki dipisahkan. Ia mempunyai kain di badannya dan setunggal getah. Jikatabi amat popular dikalangan pekerja-pekerja binaan Jepun, tukang kebun dan petani.

Secara sejarahnya ia menyerupai kasut yang dipakai oleh Samurai, petani dan buruh. Orang barat seringkali mengenal pasti bentuk ini sebagai “Kasut Ninja”. Walau bagaimanapun, bentuk kasut ini adalah tidak unik kepada Ninja.