KAWASAN KEJIRANAN DI DALAM TOKYO (BAHAGIAN 1)

1Kawasan-kawasan perumahan di Tokyo dikenal pasti melalui stesen-stesen kereta api berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Apabila seseorang bertanyakan soalan kepada anda, di mana anda tinggal di Tokyo, mereka memaksudkan di mana stesen kereta api yang paling terdekat dengan rumah anda.

Tokyo merupakan satu negeri yang sangat besar. Terdapat lebih daripada 1000 stesen kereta api di Tokyo, yang membawa maksud, terdapat lebih 1000 kawasan perumahan yang terdapat disini.
Terdapat sedikit kesukaran untuk mengenalpasti kejiranan Tokyo ini. Jika anda merancang untuk menginap di Tokyo, panduan ini boleh membantu. Di bawah ini adalah senarai kawasan-kawasan perumahan Tokyo yang paling terkenal dan ia merupakan kawasan-kawasan perumahan yang diketahui oleh semua penduduk tempatan.

1. Shibuya
Shibuya merupakan kawasan yang paling banyak dilawati oleh pelancong di Tokyo. Di sana terdapat lampu yang terang dan bandar yang besar. Di sini terdapat pelbagai tempat untuk berhibur, makan dan membeli-belah yang utama. Shibuya juga terkenal dengan Shibuya Crossing iaitu lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia.22. Shinjuku
Shinjuku adalah kejiranan terbesar di Tokyo. Shinjuku merupakan satu kawasan yang begitu besar, sehinggakan banyak kawasan-kawasan perumahan yang berbeza-beza terdapat di sini. Salah satu daripadanya adalah daerah lampu merah terbesar di Asia.33. Ginza
Ginza merupakan satu kawasan membeli-belah barangan mewah yang terbesar dimana ia menawarkan beratus-ratus lokasi kedai runcit yang utama. Di dalam perniagaan fesyen, membuka sebuah kedai di Ginza memberikan maksud bahawa anda telah berjaya dalam bidang ini.

44. Omotesando
Omotesando adalah pusat untuk membeli-belah dan ruangan makan yang mewah. Jalan utamanya adalah Boulevard, dipenuhi dengan pokok-pokok yang besar dimana ia sering dibandingkan dengan Champs-Élysées di Paris.55. Odaiba
Odaiba adalah sebuah pulau buatan manusia terletak di Tokyo Bay yang telah menelan belanja duit kerajaan sebanyak lebih berjuta yen untuk membina infrastruktur ini. Pada masa kini, ia merupakan satu tempat riadah dan hiburan dimana anda boleh melihat pemandangan indah Tokyo.66. Akihabara
Akihabara adalah kejiranan teknologi di Tokyo. Jika anda ingin membina robot dan memerlukan barangan untuk membina robot, ini adalah tempat yang terbaik untuk anda. Ia juga merupakan tempat yang hebat untuk anda mencari kafe pembantu rumah dan kedai otaku.77. Asakusa
Asakusa pernah menjadi daerah untuk keseronokan besar-besaran suatu ketika dahulu. Namun kini ia dikenali sebagai sebahagian daripada bandar lama yang dipenuhi dengan kuil-kuil, ryokan yang menarik dan kedai-kedai.88. Harajuku
Harajuku adalah kawasan membeli-belah berorientasikan belia dan remaja yang terkenal dengan fesyen jalanan Jepun.99. Shimbashi
Shimbashi merupakan kawasan perniagaan yang besar dan terkenal dengan restoran yang menarik dan kehidupan malam. Ia adalah tempat riadah untuk pekerja yang makan gaji di Tokyo.1010. Ikebukuro
Ikebukuro adalah satu lagi kejiranan Tokyo. Ia adalah kawasan kedua yang palng banyak dilawati oleh pelancong selepas Shinjuku. Ikebukuro terkenal dengan bangunan berhantu pencakar langit dan kedai untuk wanita.1111. Shimokitazawa
Di Shimokitazawa ia memaparkan keadaan Jepun, jika ia diuruskan oleh hipsters. Ia adalah satu kejiranan lama yang menarik penuh dengan kafe, restoran, bar, kedai dan dewan untuk konsert.1212. Marunouchi
Marunouchi adalah kawasan perniagaan terbesar di Jepun. Ia adalah tempat yang menarik untuk dilawati pada malam hari-hari biasa, namun sebaliknya pada malam hujung minggu.1313. Gaienmae
Gaienmae adalah sebuah daerah fesyen yang dipenuhi dengan pejabat-pejabat agensi model, jenama fesyen dan jurugambar.1414. Ebisu
Ebisu dikenali dengan suasana yang menyenangkan untuk kafe dan restoran.1515. Yoyogi
Yoyogi adalah kejiranan yang tenang diapit di antara Shinjuku dan Shibuya. Ia adalah rumah kepada Tokyo’s wildest park.1616. Kichijoji
Kichijoji adalah kejiranan di mana suri rumah biasanya akan membeli-belah dengan rakan-rakan mereka pada waktu petang hari bekerja. Ia adalah rumah kepada Inokashira Park, salah sebuah taman terbaik di Tokyo. Ia juga merupakan bandar kepada universiti dengan kehidupan malam yang meriah.1717. Ueno
Ueno dikenali dengan taman yang besar, pasar yang berwarna-warni dan pelbagai tarikan kebudayaan. Terdapat lebih daripada sedozen tarikan utama di kawasan itu termasuk Zoo Ueno dan beberapa jumlah seni dan sejarah muzium. Ueno terletak di Imperial Palace’s demon gate. Jadi kawasan ini dianggap membawa nasib malang dan ini menjadikan kawasan sewa di Ueno agak rendah.1818. Koenji
Koenji diibaratkan kawasan yang terselamat daripada ledakan bom 50 tahun yang lalu. Ini kerana ia dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama yang menarik minat pemilik perniagaan yang muda. Hasilnya terdapat banyak kedai offbeat, kafe dan bar di sini.1919. Yurakucho
Ia merupakan satu kawasan perniagaan pusat bandar yang tidak banyak berubah sejak selepas Perang Dunia II. Terkenal dengan restoran kecil yang tersekat di bawah landasan kereta api.2020. Nakameguro
Nakameguro terkenal dengan pokok sakura yang terdapat di sepanjang sungai Meguro. Terdapat dinding batu sungai yang tinggi berbentuk seperti terusan bandar di sini. Sungai ini mempunyai sejarah yang gelap tetapi telah menjadi salah satu tempat yang terbaik untuk hanami di Tokyo.

21