41. Sangenjaya
Sangenjaya adalah kejiranan rumah-rumah lama yang padat dan dekat dari Shibuya.42. Tsukiji
Tsukiji adalah rumah untuk pasaran ikan terbesar yang menjual ¥2.8 bilion ikan setiap pagi. Pasar ini bersaiz 44 padang bola sepak dan dikendalikan oleh lebih daripada 60,000 orang.43. Gotanda
Gotanda merupakan kawasan perniagaan yang lama dan juga tempat di mana orang yang makan gaji berhibur yang tidak pernah berubah selama lebih 30 tahun.44. Ochanomizu
Ochanomizu adalah kawasan di tengah Tokyo yang terkenal dengan universiti yang banyak dan kedai peralatan musik.45. Nippori
Nippori telah diubah pada zaman Edo oleh Shogun yang membuat keputusan untuk mengalihkan kuil ke pinggir Tokyo kerana terdapat acaman kebakaran. Hari ini, ia masih lagi rumah kepada banyak kuil-kuil dan juga merupakan salah satu tanah perkuburan tertua di Tokyo.46. Nakano
Nakano merupakan kawasan perumahan di kota Tokyo yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi di bandar ini.47. Takadanobaba
Merupakan kejiranan kepada universiti berhampiran Shinjuku yang dipenuhi dengan pusat membeli-belah yang murah dan kedai-kedai makan untuk pelajar. Ia juga merupakan rumah fiksyen kepada Astroboy, watak kartun yang berjaya di peringkat antarabangsa yang pertama di Jepun.
Panduan Eksklusif 8 Persediaan Wajib Sebelum Bercuti Ke Jepun
Akses percuma ini hanya ada pada masa yang terhad. Klik button di bawah untuk akses.