Sewaktu di dalam tempoh Heian, iaitu yang berlangsung kira-kira dari 9 sehingga abad ke-12, terdapat satu standard yang sangat unik dan menarik mengenai kecantikan. Salah satu aspek yang penting dalam kecantikan bagi wanita Jepun di dalam tempoh Heian iailah mempunyai rambut yang sangat panjang. Memiliki rambut yang sangat panjang telah menjadi kegilaan dan impian bagi setiap wanita pada ketika itu!
- Rambut Panjang, Tiada masalah
“Semakin panjang rambut, semakin cantik seseorang wanita tersebut” , ini merupakan antara pepatah di dalam tempoh Heian. Kononnya, gaya rambut ini berasal daripada sebaliknya iaitu ia lebih pendek daripada gaya rambut orang Cina pada waktu tersebut. Gaya Cina biasanya adalah mereka akan mengikat rambut mereka ke belakang terutamanya apabila ia terlibat untuk mengikatnya seperti “buns” dan “ponytails”.
Gambar, novel, dan karangan pada tempoh Heian turut menggambarkan bagaimana hampir setiap wanita yang menjadi bangsawan kepada sukan adalah mempunyai keturunan rambut yang sangat panjang, dimana biasanaya rambut mereka sendiri lebih panajang berbanding dengan ketinggian mereka.
Dikatakan bahawa Yoshiko, merupakan seorang wanita bangsawan, mempunyai rambut yang paling panjang di dalam tempoh Heian. Panjang rambutnya dianggarkan kira-kira 7 meter! Anda pastinya akan tertanya-tanya bagaimana mereka bergerak dengan rambut panjang mereka tergantung di atas lantai, kerana mungkin mereka secara tidak sengaja akan memijaknya sepanjang masa.
Rambut yang berada di atas lantai atau menyapu lantai juga kelihatan tidak bersih. Syukurlah, mereka mempunyai jalan penyelesaian untuk masalah ini iaitu “Junihitoe” (sepasang pakaian kimono formal untuk wanita yang mulia ketika itu) telah direka untuk menjadi cukup panjang bagi melindungi rambut daripada menyentuh lantai.
- Cerita dongeng Genji
Cerita dongeng Genji adalah sebuah buku yang sangat popular di Jepun yang ditulis oleh penulis perempuan Murasaki Shikibu semasa kemuncak zaman Heian, yang dianggap sebagai sebuah karya.
Ia mengenai kisah cinta dan watak utamanya adalah Hikaru Genji, anak kepada Maharaja. Menurut cerita tersebut, lelaki Heian kononnya tidak berminat dengan penampilan seseorang wanita dan mereka idak mempunyai banyak peluang untuk melihat wanita-wanita tersebut pada ketika itu.
Satu-satunya aspek fizikal seorang wanita yang diminati oleh lelaki adalah rambut. Rambut wanita tesebut mestilah tebal, malah ia harus lebih panjang daripada wanita lain. Daya tarikan rambut yang panjang ini merupakan sebab kepada pemilihan wanita untuk menjadi seorang biarawati yang telahd diambil secara lebih serius, kerana rambut tidak boleh tumbuh dengan panjang yang maksimum lagi.
Oleh itu, Genji tidak membenarkan isterinya Murasaki mencukurkan kepalanya (amalan agama bercukur rambut) apabila dia tidak sihat. Kami cadangkan kepada anda untuk membaca keseluruhan cerita ini jika anda ingin tahu bagaimana ia berakhir…
Jika anda baru pertama kali melihat gaya rambut ini, kami pasti anda akan merasakannya kelihatan sedikit menakutkan. Ini kerana ia disebabkan oleh pengaruh filem seram Jepun, di mana hantu perempuan biasanya mempunyai rambut hitam yang sangat panjang.
Walau bagaimanapun, ia adalah satu budaya khas dan trend kepada kecantikan. Oleh kerana fesyen boleh datang dan pergi, gaya rambut yang sangat panjang mungkin boleh kembali semula suatu hari nanti, setidak-tidaknya di atas pentas “runway”!