KEDAI BARANGN TERPAKAI TERBAIK

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Terdapat fenomena yang jarang diketahui di Jepun bahawa pengunjung tidak mengetahui bahawa Jepun cenderung pada penjagaan yang teliti terhadap perkara yang mereka beli! Apabila mereka menjual sesuatu ke kedai terpakai, ia sering dalam keadaan yang luar biasa. Dengan selesa, Tokyo mempunyai pilihan kedai-kedai barangan terpakai yang baik untuk ditawarkan.

Oleh itu, adalah mungkin untuk membeli-belah untuk apa sahaja yang anda mahukan dan membelinya pada harga yang sangat berpatutan. Di Tokyo terdapat satu kedai yang popular iaitu Komeyho. “Membawa barang yang tidak lagi digunakan untuk seseorang yang memerlukannya” adalah moto mereka dan peringatan yang baik untuk tidak membazir.

Anda boleh mencari Komehyo di Tokyo Shinjuku, Ginza, dan Aoyama, tetapi mereka juga mempunyai 30 kedai di seluruh Jepun, termasuk Osaka dan Nagoya. Satu perkara yang perlu anda ingat apabila memasuki kedai ini anda akan berasa keliru kerana di negara-negara lain, kedai-kedai terpakai akan kelihatan buruk tetapi bila memasuki Komehyo, anda masuk seperti kedai biasa.

Komehyo di Shinjuku adalah tidak mudah untuk berkunjung ke Tokyo. Anda akan bermata rambang di seluruh kedai 9 tingkat seperti yang anda boleh melihat semua dari pelbagai barang di tingkat pertama untuk hiasan di tingkat ketiga dan keempat. Hampir 2,000 utas jam tangan sahaja sudah berada di tingkat pertama, belum lagi di tingkat yang lain. Anda mungkin perlu satu hari untuk meneroka segala-galanya yang mereka menjual!

Khidmat pelanggan mereka adalah luar biasa dan kebanyakan produk yang mereka jual seperti barang baru. Walau bagaimanapun,aspek yang paling penting adalah barang yang dijual bukanlah barang palsu tapi barang original. Mereka menggunakan pakar membeli untuk menjamin barang tersebut.

Jika anda berasa tidak yakin dengan harga barang, jangan risau. Komeyho menawarkan perkhidmatan bebas cukai.  Jika anda membawa passport anda, visa pelancong, mungkin sesetengah barang anda dapat bebas daripada cukai. Anda perlu tahu, hanya sesetengah barang sahaja boleh dikecualikan daripada Perkhidmatan Bebas Cukai.

Komeyho adalah tempat yang sempurna untuk anda cari barang terpakai dengan harga rendah dan perkhidmatan bebas cukai. Percayalah, anda mungkin masuk dengan tangan kosong tapi sebaik sahaja anda keluar, puluhan beg berada di tangan anda.