Terdapat sistem pengecualian cukai barangan, khas untuk warga asing yang datang melawat Jepun. Disini kami menjelaskan mengenai kedai yang terlibat dalam pengecualian cukai.
- Apakah itu sistem bebas cukai untuk warga asing yang melawat Jepun?
Di Jepun, terdapat sebuah sistem yang mengecualikan cukai barang dan perkhidmatan ke atas barangan yang dijual untuk warga asing yang melawat Jepun. Dengan syarat, ia cuma terhad kepada kedai bebas cukai dan melingkungi jumlah pembelian yang tertentu untuk menggunakan sistem ini, oleh itu anda perlu mengambil perhatian yang sewajarnya.
- Kedai bebas cukai semakin berkembang di Jepun
Kebanyakan kedai bebas cukai mempamerkan pelekat atau papan “tanda simbol kedai bebas cukai” di pintu masuk kedai. Bukan sahaja di lapangan terbang, malah di dalam bandar juga terdapat banyak kedai sebegitu. Terdapat juga laman web yang anda boleh layari untuk mencari dan meneliti info tentang kedai bebas cukai.
- Hyakkaten (gedung serbaneka) yang lengkap dengan segala-galanya
Hyakkaten di Jepun kebanyakannya dibuka di kawasan stesen, dan di situ terdapat pelbagai jenis barangan berkaitan pakaian, makanan dan sebagainya dijual. Ia adalah bangunan membeli belah yang mempunyai daya tarikan barangan berkualiti dan servis layanan pelanggan yang baik. Oleh kerana terdapat banyak barangan mewah, ada atau tiada pengecualian cukai sangat bergantung kepada harga barang.
- Farmasi
Semua jenis barang berkaitan dengan kehidupan seharian seperti barang keperluan bayi, barangan runcit dan sebagainya ada dijual, tidak terhad kepada produk ubat-ubatan dan kosmetik sahaja. Oleh kerana bukan semua kedai merupakan kedai bebas cukai, maka lebih elok memeriksa terlebih dahulu sama ada kedai tersebut adalah kedai bebas cukai atau pun tidak apabila membeli barang secara pukal.
- Terkenal dengan pelbagai jenis dan kualiti barangan! Kedai barangan elektronik
Daripada sebuah komputer hinggalah ke barangan elektrik harian, ia adalah kedai runcit berskala besar yang menjual segala jenis produk elektrik. Ia banyak dibuka di kawasan stesen atau sepanjang jalan utama di pinggir bandar. Disebabkan oleh produk baru berkualiti baik boleh dibeli tanpa dikenakan cukai barang dan perkhidmatan, ia mendapat sambutan hangat di kalangan pelancong dari luar negara.