Jika melancong ke Jepun , anda pasti ingin membelikan anak anda permainan yang menarik untuk menceriakan anak anda. Di Tokyo terdapat pelbagai permainan murah untuk kita kunjungi. Berikut adalah senarai kedai Gundam termurah di Tokyo, Jepun.
- Mandarake di Nakano Broadway
Pengenalan kedai Mandarake, kedai ini terkenal dengan barangan terpakai dan permainan yang unik yang boleh mencecah sehingga 1 juta yen(30 ribu ringgit. Untuk pengetahuan, barangan terpakai Jepun adalah sangat elok sama seperti barang baru dengan harga yang berpatutan serta murah.
Untuk ke Mandarake, ianya berada di tingkat 4 dan tidak jauh dari Stesen Keretapi Nagano. Terdapat pelbagai barangan Gundam yang murah disini. Master Grade atau MG boleh didapati dengan harga 1500yen. High Grade atau HG boleh didapati dengan harga 600yen.
- Mandarake di Akihabara
Untuk makluman, Akihabara terkenal sebagai tempat penggemar anime serta pengumpul action figures. Di Akihabara, Mandarake mempunyai bangunan tersendiri setinggi lapan tingkat yang mempunyai pelbagai pilihan selain dari membeli patung Gundam.
- Sofmap Di Akihabara
Sofmap mempunyai pelbagai stok baru yang baru sahaja dipasarkan. Di Sofmap, anda dapat membeli barangan Gundam dengan harga yang murah serendah 720yen. Lokasi kedai Sofmap tidak jauh dari Mandarake di Akihabara. Jika anda berbelanja melebihi 10ribu yen, cukai untuk setiap pembelian barangan tersebut adalah percuma.
- Yodobashi Camera Di Akihabara
Di Yodobashi Camera terdapat pelbagai barangan baru dan murah. Kedainya berdekatan dengan kedai Sofmap di Akihabara.