(Update Terkini 2023)
Siapa ‘food hunter’ kat sini?
Angkat tangan! Haha.
Yes, anda sama ‘geng’ dengan MKJ!
MKJ pun jenis yang ‘food hunting’ juga tau.
So, nak tahu tempat untuk beli makanan halal?
Jom MKJ kongsikan tempat makan halal di Tokyo!
1. Restoran Ayam-Ya Ramen
Okay, ni restoran pertama yang MKJ nak kongsi dengan anda!
Nama restoran ni, Restoran Ayam-Ya Ramen.
Kat mana tu?
Tempatnya di 4 Chome-10-1 Taito, Taito City, Tokyo!
Haaa. Anda ‘search’ je nama jalan tu okay. ‘Confirm’ jumpa punya!
Kalau anda nak tahu, restoran ni popular tau dalam kalangan pelancong Muslim.
So, tak pelik pun kalau anda nak makan kat sini.
‘Enjoy’ dan nikmatilah kesedapan ramen di sini okay!Mesti anda tertanya-tanya, apa menu yang ada?
Haa. Ni yang ‘excited’ MKJ nak bagi tahu!
So, kalau nak tahu, kat sini ada jual:
1. Spicy Ramen
2. Tori Ramen
3. Noko Tori Ramen
4. Kara Age (Ayam Goreng)
Kalau anda datang sini pada musim sejuk, lepas tu anda ‘order’ pula ramen panas, fuh
memang terangkat beb!
Padu betul rasa dia.
Bukan ramen je tau, Kara Age pun sama.
Anda boleh ‘try’ makan Kara Age (ayam goreng) dengan nasi putih.
Rasanya sedap dan rangup gitu.
Kalau anda jenis yang minat pedas, anda boleh juga nak ‘order’ spicy ramen.
Fuh, memang kenalah dengan tekak orang Melayu!
So, berapa harga makanan kat sini?
Pada MKJ, harganya berpatutan untuk ‘tourist’ macam kita ni.
Harga bermula dari harga 150 Yen ke 950 Yen.
Oh, ya!
Lagi satu, restoran ini guna mesin layan diri tau untuk tempah makanan.
Selepas ada ‘order’, bagi je resit bayaran tu kepada pelayan restoran kat situ okay!
So, jangan risau!
Restoran yang MKJ ‘recommend’ ni, mesti kena punya dengan selera anda.
Silap haribulan, anda ‘repeat’ lagi makan sini! Hihihi.
2. Luke’s Lobster
“Ada lagi ke restoran halal di Tokyo, MKJ?”
“Ada!”
Jom MKJ kongsikan restoran ke-2 yang ‘famous’ untuk cari makanan halal!
Okay, nama restoran ni, Luke’s Lobster.
Haa. Restoran ni, senang je nak cari tau!
Tahu sebab apa?
Sebab restoran ni ada enam cawangan di Tokyo!“Betul ke halal, MKJ”
“Ya betul”
Kalau anda nak tahu, di Luke’s Lobster, mereka hanya guna ‘garlic oil’ dan rebusan
sahaja untuk masakan ‘seafood’ tau!
So, jangan bimbang.
Mereka tak guna sebarang minyak yang berunsur ‘pork’.
Apa menu utama kat sini?
Ya, ni paling penting kita nak tahu!
So, menu utama kat sini ialah Lobster Roll.
Menu ni memang jadi menu ‘favourite’ rakyat Malaysia yang datang sini tau!
Walaupun harga Lobster Roll mencecah RM30 duit Malaysia, tapi ‘mostly’ orang
Malaysia sanggup je bayar sebab berbaloi!
Lobster Roll ni ada dua saiz tau.
1. Sederhana (980 yen)
2. Besar (1580 yen)
“Takde ke yang murah sikit, MKJ?”
“Ada!”“Kalau nak murah sikit, anda boleh je pilih Luke’s Lobster yang guna roll isi udang atau
ketam.”
“Betul ke ni MKJ?”
“Ya, betul! Murah sikitlah berbanding roll atau sandwich isi udang karang (lobster)”
Mesti ada yang nak tahu tentang rasa, betul tak?
Pada MKJ sendiri, rasa dia sesuai dengan popular dia.
Kalau nak tahu, isi udang karang sangat segar dan manis tau!
Lepastu, kalau nak sedap lagi, anda boleh je campur dengan chilli flakes dan sos cili.
Fuh, memang padu!
3. Gyumon
Okay, ni kedai ke-3 yang MKJ boleh ‘suggest’ kepada anda!
Tapi, MKJ nak ingatkan dulu.
Kedai ni kecil je tau.
So, kalau nak datang ramai tidak digalakkan ye.
Selalunya memang akan ‘full house’ dengan orang Malaysia! Hihihi.
Tapi, yang bestnya, kedai ni senang nak ‘access’.
Anda boleh jalan kaki je dari Station Shibuya.
Lebih kurang 800 meter je dari ‘station’ tu.Kalau anda tak jumpa restoran ni, anda boleh je ‘search’ kat ‘google maps’ nama
restoran ni, Gyumon Shibuya.
“Apa menu yang kita boleh ‘try’ kat sini, MKJ?”
“Haa. Kalau anda nak cuba “Yakiniku Jepun” yang original, inilah tempatnya tau!”
“Wah betul ke?”
“Ya, betul. Kat sini ada banyak pilihan bahagian daging lembu dan ayam.”
“Mereka ‘serve’ untuk kita, atau kita kena layan diri, MKJ?”
“Kat sini semua layan diri je. Yang bestnya, anda boleh bakar hidangan anda sendiri
tau!”
Persoalannya, mahal ke murah?
Pada MKJ sendiri, harganya masih mampu beli.
Dengan hanya 1,000 Yen, anda boleh ‘order’ semangkuk daging lembu halal, sup dan
salad tau!
Untuk set makan malam pula, harganya bermula dari 2,500 yen sahaja.
Oh ya. Sebelum terlupa, restoran ini ada jual minuman beralkohol.
Jadi, anda jangan tersilap order minuman ya!
4. Asakusa Sushiken
MKJ nak cadangkan restoran ke-5 pula guys!
Anda okay tak tu?
Atau dah pening nak makan kat mana? Haha.
Anda kena ‘try’ tau. Baru anda tahu restoran mana yang kena dengan selera.
Restoran kali ni, MKJ cadangkan, korang WAJIB try guys!
Seriously.Tahu kenapa?
Sebab macam rugilah kalau anda datang Jepun, tapi tak rasa sushi mereka.
Sushi ni makanan ‘ruji’ orang Jepun tau.
Macam kita, makan nasi kat Malaysia.
So, kenapa MKJ ‘suggest’ restoran ni pada anda?
Sebab Restoran Asakusa Sushi-Ken ni ialah restoran sushi yang pertama diperakui
halal di Tokyo.
Menariknya, mereka akan ‘serve’ depan anda.
Bahan-bahan yang mereka guna, semua segar tau!
Paling penting, setiap hidangan yang ada kat sini halal, termasuk kicap dan nasinya
(yang biasanya ditambah dengan mirin).
So, apa menunya?
Okay, kat sini ada set sushi dan menu lain juga tau. Contohnya tendon, mangkuk nasi
donburi dengan tempura makanan laut dan sayuran.Berapa harganya?
Tentang harga, anda jangan risau okay! Menu makan tengah hari dijual pada harga
1,200 Yen hingga 2,200 Yen sahaja.
So, tunggu apa lagi?
Nikmatilah pelbagai jenis sushi kat sini tanpa ragu-ragu!
5. Restoran Halal Aliya Ikebukuro
Okay, ni restoran ke-5 yang MKJ rasa anda patut ‘try’ juga!
Restoran ni serius cantik.
Dah la cantik, besar pula tu!
Memang sesuai kalau nak makan dengan ‘family’ atau kawan-kawan.
So, apa nama restoran ni?
Nama restoran ni, Restoran Halal Aliya Ikebukuro.
Kat mana tu?
Restoran ini terletak di Nishiikebukuro, Toshima-ku.
Apa makanan yang ada?
Okay, kat sini disediakan masakan Cina asli tau!
Menariknya, makanan kat sini semuanya mesra Muslim.
Anda akan jumpa semua makanan ruji serantau.
Dari Tauhu Mapo, sate kambing hinggalah ke nasi goreng udang.
Bukan setakat tu je, tapi reka bentuk dalamannya pun sangatlah ‘related’ dengan
budaya Cina Muslim!Tapi, anda kena tahu satu perkara.
Restoran ni sesuai untuk makan ramai-ramai tau!
Saiz hidangannya memang banyak dan mewah.
Kenapa tak boleh makan sorang?
Sebab ‘target’ dia, memang ‘portion’ untuk kita berkongsi ramai-ramai.
So, anda dah boleh ‘decide’ untuk makanan kat mana.
Yang penting, cari betul-betul yang halal okay!
Jom Cari Makanan Halal Jepun! -MKJ