KEDAI YUKATA DI TOKYO

1. Uniqlo

1

Idea menjual yukata di Uniqlo bermula dengan mahu menyediakan pelanggan mereka dengan jubah tidur mewah. Uniqlo sedikit sebanyak tahu dengan idea ini mereka boleh berjaya menjual yukata kepada pelanggan mereka. Yukatas yang dijual disini diperbuat daripada 100% kain kapas dan reka bentuknya diilhamkan oleh salah satu pergerakan seni tradisional Jepun, “Bijin-ga” atau artis terkenal seperti Yumeji Takehisa dan Junichi Nakahara.

www.uniqlo.com/jp/

2. AEON

2

Terdapat banyak reka bentuk yang boleh didapati di sini di AEON. Anda akan dimanjakan dengan pilihan dan ianya langsung tidak membantu kerana semua reka bentuk di sini comel-comel dan dijual pada harga yang benar-benar murah. Apabila AEON mula-mula melancarkan barisan yukata mereka, reka bentuknya hanya tertumpu kepada rama-rama, bunga dan reka bentuk yang biasa. Setelah masa berlalu, reka bentuk mereka menjadi lebih berani dan AEON mula melakukan transfomasi pada reka bentuk tradisional seperti titik polka, bunga api dan kekwa, dan membuatkannya lebih menyerlah dan moden.

www.aeonretail.jp/

3. Ito-Yokado

3

Yukata-yukata istimewa yang ditawarkan di Ito-Yokado adalah kerjasama khas dengan kumpulan pop Jepun, ahli-ahli AAA, Misako Uno dan Chiaki Ito. Berdasarkan gambar ini, anda dapat melihat bahawa reka bentuknya adalah menarik perhatian. Baris pertama menunjukkan ianya dilipat dan disusun dengan bunga matahari, telah direka oleh Misaki manakala baris bawah yang mempamerkan palet bunga yang lebih lembut telah direka oleh Chiaki.

www.iy-net.jp/information/20150714CP_yukata/index.html

4. Kimono Yamato

4

Anda tidak perlu ke Tokyo hanya untuk membeli Kimono Yamato kerana ia juga boleh didapati di bandar-bandar utama lain. Anda juga boleh mendapatkan yukata cantik mereka di atas talian. Mereka mempunyai banyak reka bentuk yang ditawarkan dan jika anda melayari laman web mereka, mereka akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk padankan yukata dengan aksesori untuk membuat pakaian anda lengkap. Anda pasti akan mendapat ilham dari reka bentuk yang moden.

www.kimono-yamato.co.jp/

5. Chikusen

5

Chikusen telah wujud sewaktu zaman Edo dan sejarah mereka bermula di tengah-tengah Asakusa. Selepas beberapa tahun kemudian, mereka memindahkan ibu pejabat mereka ke Nihonbashi, tetapi kedai itu masih menjadikannya sebagai kedai kimono tertua di Tokyo. Mereka terkenal dengan corak mati yang unik dimana tiada pembuat yukata lain boleh meniru. Di antara reka bentuk mereka, anda pasti akan jatuh cinta dengan corak Edokomon mereka. Golongan muda hari ini tidak takut memakai reka bentuk tradisional turun temurun.

www.chikusen.co.jp/

6. Wataro

6

Wataro adalah sebuah kedai yukata yang disayangi terletak di Itabashi dan apa yang pelanggan paling suka adalah Wataro mempunyai kimono yang sempurna dan yukata untuk setiap acara. Anda akan mendapati banyak yukata yang cantik dan beberapa reka bentuk yang sangat unik di sini. Ini adalah salah satu tempat untuk anda pergi untuk mendapatkan yukata bagi acara perayaan bunga api musim panas atau musim panas di Jepun.

www.wataro.jp/

7. Kururi

7

Kedai utamanya terletak di Minato Ward Omotesando. Pelanggan mereka adalah orang-orang yang mengambil kimono dan yukata mereka secara serius. Yukatas di sini adalah dibuat dari bahan halus dan reka bentuknya anda tidak boleh cari di tempat lain. Jika anda sedang mencari yukata yang berkualiti tinggi, datanglah ke sini untuk melihat apa yang mereka tawarkan dan minta cadangan dari kakitangan mereka. Mereka lebih bersedia untuk memberikan khimad mereka pada yukata dan kimono anda.

http://kururi.net/

8. Tsudaya

8

Kedai kimono ini bermula di Ushigome Ward sekitar tahun 1925 tetapi kemudian dipindahkan ke Ginza, dimana mereka dapat berkhidmat dengan baik sebagai langkah perniagaan yang bijak apabila penempatan semula itu memberikan peluang kepada mereka untuk menutup mendapakan peluang dari teater kabuki dan National Theatre of Japan. Mereka baru-baru ini membuka sebuah lagi cawangan di Shinjuku yang menawarkan pelbagai kimono dan yukata yang cantik dan aksesori.

www.ginza-tsudaya.jp/

9. Araiya Kimono

9

Salah satu sebab mengapa ramai yang menyukai Araiya Kimono adalah kerana yukata mereka mudah untuk dipakai. Bukan seperti yukata biasa, yukata Araiya mempunyai dua bahagian. Separuh bahagian bawah kain dipakai seperti membalut kain sarung. Balutan di bahagian bawah sekelilingi anda perlulah ketat. Separuh bahagian lagi kemudiannya dipakai dan diikat di sekeliling anda. Untuk mereka yang pertama kali memakai yukata, membeli yukata di sini pastinya berbaloi. Anda tidak perlu bimbang jika tidak mengetahui bagaimana untuk memakainya.

http://araiya.mobi/?mode=f4

10. Ichiroya

10

Ichiroya pada mulanya menjual kimono vintaj untuk pelanggan mereka dari luar negara di atas talian. Sekarang, mereka telah membuka pasaran mereka di Jepun juga. Anda akan diberikan pilihan apabila melayari laman web mereka kerana anda dapat melihat kira-kira 10,000 rekaan vintaj mereka dan kimono terpakai. Oleh kerana mereka bermula sebagai sebuah kedai di alam maya untuk warga asing, anda akan mendapati laman web mereka mudah untuk dilayari dan digunakan.

www.ichiroya.com/

11. Vintage Kimono Fuku Fuku

11

Fuku Fuku mempunyai kedai-kedai di sekitar bandar utama di Tokyo seperti Asakusa, Shinjuku, Akasaka, Kagurazaka dan Kawagoe. Mereka pakar dalam vintaj dan kimono terpakai dan jika anda tidak mempunyai masa untuk pergi ke sini, anda boleh juga melayari laman sesawang mereka mereka. Mereka memulakan perniagaan degan sifat merendah diri dan kedai pertama mereka adalah sangat kecil tetapi itu tidak menghalang mereka daripada menyediakan pelanggan mereka dengan pelbagai jenis kimono vintaj. Kini, mereka sangat terkenal dan pelanggan melayari laman sesawang mereka untuk melihat kimono yang dijual.

www.rakuten.co.jp/fukukimono/

12. Koenji Hirari

12

Ini adalah kedai yang perlu untuk anda pergi jika anda mencari hanya untuk menyewa kimono atau yukata untuk hari tersebut. Kedai ini menawarkan kimono vintaj dan terpakai dan yukata untuk dijual dan disewa. Ia terletak di Koenji di Tokyo Suginami Ward. Harga sewaan bermula dari ¥3150 dan benar-benar berpatutan. Anda boleh menuju ke kedai ini dan mendapatkan pedandan Jepun dan keluar kelihatan seperti anak patung cantik Jepun.

http://ameblo.jp/hirari2013/

13. Hana Goyomi

13

Hana Goyomi adalah sebuah kedai sewa kimono yang anda akan dapati di Roppongi dan Shinjuku. Mereka mempunyai pelbagai yukata untuk dipilihsehinggakan banyak berfikir ia sebagai satu tempat sewa yukata lebih daripada kimono. Ia dibuka sepanjang tahun dan anda boleh membawa aksesori anda sendiri untuk dipadankan dengan kimono yang anda mahu sewa. Anda akan terkejut bagaimana mereka boleh menawarkan harga yang rendah kepada pelanggan mereka.

www.87-goyomi.com/hanagoyomi.html

14. Aki Kimon Rental

14

Aki mempunyai 4 kedai di tempat-tempat utama iaitu Shibuya, Ginza, Ikebukuro dan Yokohama. Mereka mempunyai lebih daripada 5000 produk yang boleh dipilih! Anda akan dimanjakan dengan pilihan daripada semua sandal cantik Jepun dan beg. Terdapat banyak pakej yang ditawarkan. Anda boleh memilih untuk pakej penuh yang akan membuat anda berasa seperti raja. Mereka akan bantu untuk menyiapkan anda, membuat rambut anda dan mendandan anda dan juga mengambil gambar untuk anda!

https://kr-aki.co.jp/

15. Atelier Anfan

15

Sebenarnya ini adalah sebuah studio foto di dalam Tokyo Nakano Ward. Penduduk tempatan datang ke sini untuk mengambil gambar studio untuk hari Shichi-Go-San mereka atau pada hari Coming-of-Age. Studio ini menawarkan pakej yang datang dengan perkhidmatan rambut dan dandanan. Anda boleh datang ke sini untuk menyewa yukata yang cantik hanya pada harga ¥1900! Ia adalah satu tawaran yang tidak boleh dilepaskan.

www.atorieanfan.com/