Kenali Jenis-Jenis Bas di Jepun

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Sistem pengangkutan di Jepun boleh dikatakan merupakan antara salah satu aspek yang menjadi kebanggaan negara. Orang yang tinggal di Jepun kebanyakannya menjadikan kereta api, kereta bawah tanah, teksi dan bas sebagai pengangkutan utama mereka dan begitu juga pelancong yang melawat negara ini. Ini kerana sistem pengangkutan di Jepun antara yang terbaik di dunia!

1

Bas di Jepun, bersama-sama dengan sistem kereta api dan kereta api bawah tanah merupakan jenis pengangkutan awam yang paling banyak digunakan di negara ini. Walaupun sistem pengangkutan bas tidaklah begitu menepati masa seperti kereta api, namun ia masih boleh dipercayai, cekap, selamat dan bersih, seterusnya menjadikannya satu bentuk pengangkutan utama dalam kehidupan seharian di Jepun.

Terdapat tiga kategori utama bas di Jepun, ianya adalah bas persiaran, bas ekspres, dan bas transit tempatan.

1. Bas Persiaran

2

Bas Persiaran merupakan bas yang ditempah oleh individu atau kumpulan tertentu untuk mengikut jadual perjalanan yang telah ditentukan. Bas jenis ini banyak digunakan oleh sekolah-sekolah untuk tujuan lawatan atau kerja lapangan, oleh agensi-agensi perlancongan sebagai sebahagian daripada pakej perjalanan mereka dan oleh kedua-dua pelacong asing dan tempatan untuk melawat destinasi tertentu di negara ini.

3

Sebuah Bas Persiaran biasanya mempunyai dua barisan kerusi di kedua-dua belah sisi dan lorong tengah untuk laluan penumpang. Satu perjalanan boleh mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke destinasi, jadi disebabkan itu bas ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang selesa seperti kerusi berbaring untuk memberi keselesaan kepada penumpang. Terdapat juga bas persiaran mewah yang menawarkan ciri-ciri lengkap seperti kerusi kulit dan juga termasuk skrin TV individu untuk penumpang. Bas Persiaran mewah adalah sesuai bagi pelancong yang mempunyai bajet yang lebih untuk berbuat demikian.

4

5

Sesetengah Bas Persiaran kini ada juga menawarkan perkhidmatan bas yang mengambil penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain pada waktu malam. Penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas ini akan bertolak pada waktu malam dan tiba di destinasi mereka pada pagi yang berikutnya. Bas pada waktu malam harganya lebih murah berbanding daripada mengambil kereta api atau kapal terbang, menjadikan ia pilihan yang sesuai untuk pelancong.

2. Bas Transit Tempatan

6

Bas Transit Tempatan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian orang Jepun untuk pergi dan pulang dari tempat kerja, sekolah atau mana-mana destinasi. Bas ini mengikut laluan dan jadual waktu yang telah ditetapkan, dan penumpang boleh mendapatkan bas ini di perhentian bas tertentu dengan hanya membayar tambang bas mengikut destinasi yang dituju. Para penumpang boleh membayar dengan dua pilihan: sama ada dengan menggunakan Kad Pengenalan mereka seperti (Pasmo dan Suica) atau dengan wang tunai (genkin).

7

Sebuah bas transit tempatan di Jepun yang tipikal mempunyai dua pintu yang berasingan untuk naik (pintu hadapan) dan keluar(pintu belakang) bagi memastikan aliran lancar untuk penumpang. Bas pada masa kini dilengkapi dengan beberapa kamera CCTV di dalamnya untuk tujuan keselamatan. Penumpang juga boleh tambah nilai Kad Pengenalan mereka melalui pemandu bas.

Ciri-ciri

A. Kemudahan dalam bas

8

Bas transit tempatan boleh dikenali dengan beberapa ciri tertentu. Antaranya, terdapat tempat duduk khas diperuntukkan untuk orang tua (Yuusenseki 優先), ruang yang ditetapkan untuk kerusi roda dan troli bayi, hendal bar untuk dipegang semasa waktu puncak ramai orang, dan juga beberapa buzzers untuk memberi isyarat kepada pemandu menandakan destinasi anda sudah hampir tiba. Setiap perhentian diumumkan dan dipaparkan di skrin dalam kedua-dua bahasa Jepun dan Inggeris, yang sangat berguna untuk pelancong.

B. Kecekapan

9

Bas di Jepun adalah agak cekap dan terdapat beberapa sebab di sebalik itu. Antaranya, para penumpang dapat mengetahui masa bas akan tiba dengan memeriksa papan jadual waktu di perhentian bas atau cara yang lebih konvensional, dengan memeriksa maklumat pada telefon bimbit. Beberapa perhentian bas juga mempunyai paparan yang memberikan maklumat masa sebenar jika bas akan tiba tepat pada masanya dengan menggunakan GPS. Terdapat juga lorong khas bas yang berwarna merah sekiranya terdapat kesesakan jalan raya bagi mengelakkan daripada perjalanan bas tertunda terutama pada waktu kemuncak pagi dan petang.

C. Hybrid dan Mesra Alam

10

 

Pada masa kini, bas-bas di Jepun juga sudah menjadi hibrid dan mesra alam. Orang tua dapat menaiki bas ini dengan mudah kerana bas ini sekarang boleh dicondongkan ke satu sisi. Bas hibrid telah digunakan oleh syarikat-syarikat untuk mengurangkan pengeluaran CO2 bagi menangani isu alam sekitar.

3. Bas Ekspress

11

Bas Ekspress (bas kosoku) adalah alternatif bagi kereta api yang murah untuk jarak perjalanan yang jauh atau sederhana di Jepun. Bagi jarak yang lebih jauh, banyak bas ekspress yang melakukan perjalanan semalaman. Walaupun bas cenderung lebih perlahan daripada kereta api ekspres, namun biasanya harganya jauh lebih murah. Terutama di laluan yang berdaya saing, diskaun untuk tambang bas boleh jatuh ke tahap yang sangat rendah. Terdapat juga Pas Bas Jepun yang digunakan untuk perjalanan bas yang sangat murah.

12

Terdapat wujud berpuluh-puluh syarikat bas ekspres di Jepun, termasuk syarikat utama negeri JR Bus, syarikat bas serantau dan pengusaha bas diskaun. Malangnya, kebanyakan pengusaha bas tidak mewujudkan sebuah laman web rasmi syarikat mereka dalam bahasa Inggeris menjadikan ia agak sukar untuk pelancong asing yang kurang mahir dalam bahasa Jepun. Antara syarikat-syarikat yang mudah digunakan oleh pelancong asing adalah ‘Willer Express’ dan ‘JR Bus’.

Tiket

A. Tiket Biasa

13

Kebanyakan laluan, terdapat tiga jenis tiket disediakan: tiket sehala, tiket pergi balik dan buku kecil pelbagai tiket:

Tiket pergi balik biasanya sekitar 10% lebih murah daripada dua tiket sehala. Walau bagaimanapun, perjalanan balik itu perlu dibuat dalam tempoh masa yang tertentu, biasanya dalam enam hingga sepuluh hari selepas perjalanan pergi.

Buku kecil pelbagai tiket (kaisuken) biasanya terdapat empat atau lima tiket yang boleh digunakan dalam mana-mana arah dan didiskaunkan kira-kira 10% berbanding tiket tunggal. Tiket perlu digunakan dalam tempoh masa yang tertentu, biasanya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pembelian.

Diskaun juga kebiasaanya disediakan untuk kanak-kanak (umur 6-12), pelajar dan sekumpulan orang. Sejak kebelakangan ini, beberapa syarikat bas telah mula menawarkan diskaun ke atas tiket yang dibeli jauh lebih awal, sebagai contoh lebih daripada 7 atau 21 hari sebelum tarikh perjalanan.

B. Cara Pembelian

14

Tiket bas lazimnya boleh dibeli di terminal bas utama, melalui telefon, di kedai runcit (menggunakan terminal dengan arahan dalam bahasa Jepun), melalui ejen pelancongan atau melalui laman web mereka. Laman-laman web oleh Willer Express dan Jepun Bus Online membolehkan tempahan online dalam bahasa Inggeris, manakala tiket bas lebuh raya JR juga boleh dibeli di kaunter tiket stesen JR seluruh Jepun.

C. Tempahan Tempat Duduk

15

Kebanyakan bas jarak jauh, terutama bas semalaman, memerlukan tempahan tempat duduk terlebih dahulu. Adalah disyorkan untuk membuat tempahan awal bagi laluan popular dan semasa musim kemuncak untuk melancong. Walau bagaimanapun, jika bas itu tidak menyediakan tempahan, kebiasaannya mungkin anda perlu membeli tiket sebelum berlepas di terminal bas. Untuk beberapa laluan bas yang lebih pendek, tempahan tempat duduk tidak disediakan.

D. Pas Bas Jepun

16

Pas Bas Jepun adalah satu tawaran yang hebat untuk pelancong dengan bajet rendah. Pas ini boleh mengurangkan kos pengangkutan ke tahap yang sangat rendah bagi mereka yang bersedia untuk menghabiskan masa semalaman di dalam bas. Pas boleh didapati untuk versi 3 hari dan 5 hari. Ia tidak boleh digunakan oleh penduduk tempatan Jepun.

D. Bas Sewa

17

Bas Sewa adalah perkhidmatan bas yang direka untuk orang tua. Tidak ada laluan tetap untuk sistem Bas Sewa kerana ia akan menjemput warga tua di mana shaja mereka berada dan dibawa ke destinasi pilihan mereka. Bas Sewa boleh dipohon melalui sama ada telefon, faks, internet atau menggunakan aplikasi telefon pintar. Tiada bayaran yang perlu dibayar oleh penumpang warga tua sekiranya bas itu dikendalikan oleh majlis perbandaran tempatan di bawah program kebajikan.

18

Sistem pengangkutan jenis ini menyokong orang tua di Jepun dengan membantu mengekalkan hak kebebasan mereka dengan agenda peribadi mereka seperti keluar untuk membeli-belah atau ke klinik. Sesetengah orang tua di Jepun masih mahu melakukan perkara-perkara sendiri secara bebas tanpa bergantung harap kepada sesiapa terutamanya keluarga terdekat mereka. Ini menjadikan orang tua di Jepun sangat dihormati dan disegani.

19

Akhir kata, bagi pelancong yang merancang untuk melancong ke Jepun, disarankan untuk anda menaiki bas bagi sesetengah perjalanan daripada menggunakan kereta api. Ia mungkin mengambil lebih banyak masa untuk sampai ke destinasi anda, tetapi dengan menaiki bas anda boleh melihat pemandangan sekitar Jepun dan kehidupan seharian mereka. Paling penting sekali ia pasti lebih murah!