Kenali Pebagai Jenis Kanzashi : Perhiasan Rambut Tradisional Jepun

1

Kanzashi adalah perhiasan rambut yang indah digunakan dalam gaya rambut tradisional Jepun. Lazimnya, kanzashi diperbuat daripada bahan-bahan seperti emas, sutera, perak, atau kulit kura-kura. Selain tujuannya untuk menghias rambut, ia juga turut dipercayai telah digunakan sebagai senjata pertahanan diri pada masa dahulu. Kanzashi yang berlainan juga boleh dipakai pada bulan yang berbeza sepanjang tahun.

Terdapat pelbagai jenis kanzashi yang digunakan dan dipakai pada masa dahulu dan ada yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Di bawah merupakan sebahagian daripada jenis kanzashi yang biasa anda akan lihat:

1. Mimikaki Kanzashi

2

Kanzashi ini pada dasarnya kelihatan seperti pengorek telinga kerana ideanya memang diambil daripada situ. Kebiasaannya ia mempunyai hiasan di hujung supaya ia boleh berfungsi sebagai pengorek telinga mahupun aksesori rambut! Pada masa yang sama, ia juga boleh digunakan untuk menggaru kulit kepala yang gatal selepas penggayaan rambut. Mimizaki kanzashi sangat popular di kalangan rakyat biasa pada masa dahulu.

2. Matsuba Kanzashi

3

Matsuba dalam bahasa Jepun bermaksud jarum pin. Ia juga merupakan contoh variasi yang mudah sama seperti mimikazi kanzashi. Kanzashi ini diperbuat daripada kulit kura-kura (asli dan palsu) dan reka bentuknya adalah sama dengan jarum pin jatuh. Ia sangat popular digunakan oleh oiran, iaitu seorang yang dianggap sebagai pelacur yang mempunyai status sosial kelas atas.

3. Tama Kanzashi

4

Tama dalam bahasa Jepun bermaksud bebola, jadi kanzashi ini mempunyai bebola yang biasanya diperbuat daripada batu karang atau jed, walaupun banyak bahan-bahan lain juga turut digunakan. Tama kanzashi adalah salah satu jenis kanzashi yang paling popular dan datang dalam beberapa saiz yang berbeza. Tama merah secara tradisinya dipakai pada bulan Oktober hingga Mei, manakala tama hijau dipakai pada bulan Jun hingga September.

4. Hirauchi kanzashi

5

Hirauchi kanzashi biasanya mempunyai batang besi yang nipis, diperbuat daripada perak atau emas dan dihasilkan dengan reka bentuk yang bulat rata. Mereka juga diperbuat daripada kayu atau kulit kura-kura, dan sering dihiasi dengan simbol-simbol atau corak bunga. Biasanya, hirauchi kanzashi akan dipakai oleh senior maiko di bahagian belakang gaya rambut ofuku mereka.

5. Hana kanzashi

6

Hana dalam bahasa Jepun bermaksud bunga, dan kanzashi ini sangat popular di kalangan geisha dan maiko yang memakai kanzashi yang berbeza mengikut musim atau bulan. Ia dibuat menggunakan kaedah tenunan dikenali sebagai tsumami dan mempunyai ciri-ciri tali bunga yang tergantung diperbuat daripada kain sutera. Lazimnya, kanzashi jenis ini dipakai secara berpasangan.

6. Birabira kanzashi

7

Dikenali kerana gayanya yang tergantung atau berkibar, kanzashi ini biasanya mempunyai perhiasan seperti rantai panjang yang menghasilkan bunyi gemerincing, bentuk burung kecil atau rama-rama. Ia kebanyakannya diperbuat daripada logam dengan bahagian atasnya berbentuk kipas. Kadangkala, reka bentuknya mempunyai rantai bunga sutera yang panjang dan berbunyi gemerincing dikenali sebagai shidare.

7. Kogai kanzashi

8

Dua bahagian kanzashi diperbuat daripada Bekko (kulit kura-kura atau buatan) dan bahan-bahan lain seperti seramik atau logam yang mempunyai corak reka bentuk di setiap penghujungnya. Kogai dalam bahasa Jepun bermaksud pedang dan merujuk kepada bentuk dua bahagian yang membentuk kanzashi ini (pedang dan sarungnya). Ia sering dijual sebagai satu set besertakan dengan sikat kushi.

8. Kushi kanzashi

9

Kushi adalah sejenis sikat kanzashi yang lazimnya mempunyai bentuk bulat atau segi empat tepat. Mereka biasanya diperbuat daripada kulit kura-kura atau kayu lacquered. Tulang belakang sikat biasanya luas supaya ia mempunyai lebih banyak ruang untuk reka bentuk. Antara variasi reka bentuk yang popular ialah hanagushi atau sikat bunga yang sesuai dipakai bersama pakaian tidak formal.

9. Kanoko Dome kanzashi

10

 Kanoko dome kanzashi biasanya mengambil bentuk bulat tetapi bentuk lain seperti bunga dan rama-rama juga agak popular di kalangan rakyat Jepun. Ia mempunyai ciri-ciri aksesori perhiasan seperti emas, mutiara, dan batu permata di hujungnya. Junior maiko lazimnya akan memakai kanoko dome ini di belakang gaya rambut wareshinobu mereka.

10. Ogi kanzashi

11

Kanzashi jenis ini juga sering dirujuk sebagai gaya seorang puteri raja. Ia berbentuk kipas dengan pita aluminium. Maiko biasanya memakai ogi kanzashi tepat di bahagian atas dahi mereka. Bagi seorang Maiko baru pula, mereka akan memakai dua ogi kanzashi pada hari mereka membuat penampilan pertama mereka (misedashi).

11. Tachibana kanzashi

12

 Tachibana kanzashi adalah sejenis kanzashi dengan dua pin perak yang dilihat dipakai oleh maiko dengan gaya rambut wareshinobu mereka. Ia mempunyai manik merah dan hijau yang merupakan buah-buah pokok mandarin yang melambangkan nasib bertuah pada awal-awal tahun.

12. Chirimen tegarami

13

Ini adalah sejenis perhiasan rambut yang dipakai oleh maikos apabila mereka mengenakan gaya ofuku pada rambut mereka itu. Ia dipanggil Tegami chirimen, kerana bentuknya seperti sekeping kain berbentuk segi tiga yang digunakan oleh silap mata di bawah topi (bun) mereka itu.

Jadi, jenis kanzashi yang mana kelihatan paling menarik bagi anda? Orang Jepun lebih sukakan kogai kanzashi, tetapi kami tidak pasti jika ia boleh disesuaikan dengan gaya rambut biasa. Malangnya, kami tidak pernah melihatnya dijual di mana-mana di Malaysia!