Kenapa Kanak-kanak Tadika Di Jepun “Behave”?

Kenapa Kanak-kanak Tadika Di Jepun "Behave"?

Pernah tengok kanak-kanak Jepun tak?

Tak kisah la sama ada di Malaysia atau Jepun, pernah tak tengok ‘attitude’ mereka?

MKJ pernah ditanya,

“Kenapa kanak-kanak di Jepun ‘behave’ ye kalau naik train?”

Bukan dalam train je, tapi kat mana-mana pun, mereka sangat ‘behave’ berbanding

kanak-kanak lain.

Macam mana boleh jadi macam tu ya?Jom MKJ kongsikan!

1. Ada peraturan sejak kecil

Kenapa Kanak-kanak Tadika Di Jepun "Behave"?

Kalau anda nak tahu, semua kanak-kanak di Jepun dah biasa dengan peraturan yang

‘parents’ mereka ajar sejak kecil.

Apa peraturan tu?

  • Hormat orang tua
  • Jaga disiplin masa
  • Sayang diri sendiri
  • Menghayati alam semula jadi
  • Ikut perat
  • Tahun pertama, kanak-kanak Jepun memang akan ‘follow’ semua peraturan ni.

So, tak peliklah kenapa mereka berdisiplin. Fuh, power!

2. Sekolah rendah tiada ‘exam’

Kenapa Kanak-kanak Tadika Di Jepun "Behave"?

Ok. Ni ‘point’ yang agak menarik.

Percaya tak, kanak-kanak Jepun diajar untuk ‘enjoy’ je di sekolah rendah.

Tak perlu ‘struggle’ untuk ‘score’ A dalam ‘exam’.

Syok kan?Kalau MKJ, ‘confirm’ lompat bintang hari-hari! Hihihi.

Yela, kita dah biasa di Malaysia wajib kena pergi sekolah untuk belajar.

Mana ada mak ayah kita pesan “Main betul-betul ya kat sekolah!” Hahaha.

Kalau macam tu la cara kita kat Malaysia, mesti MKJ orang pertama sampai sekolah.

‘Excited’ nak main dengan kawan! Hihihi.

So, apa yang diajar di sekolah rendah?

Ya, mereka diajar tentang nilai murni.

Senang cerita, 6 tahun pertama, belajar pasal adab dulu.

Dah ‘settle’ bab adab, barulah ‘focus’ dengan ‘study’

Mereka sanggup ketepikan ‘exam’ semata-mata untuk membentuk nilai murni dulu

dalam diri kanak-kanak Jepun.

Nanti, bila dah masuk sekolah menengah, barulah anak-anak Jepun ni akan ‘focus’ dan

‘study’ betul-betul dalam bidang akademik.

So, terungkailah rahsia kenapa kanak-kanak Jepun berdisiplin.

Memang kat sekolah pun dah diajar begitu.Hebat kan?

3. Ibu bapa sebagai ‘role model’

Kenapa Kanak-kanak Tadika Di Jepun "Behave"?

Ok. Ni ‘point’ terakhir yang MKJ boleh share dengan anda.

Kalau anda nak tahu, dalam budaya Jepun, ibu bapa akan berusaha sehabis baik jadi

‘role model’ untuk anak-anak.

Biasanya, kanak-kanak Jepun akan ‘extra’ rapat dengan ibu mereka.

Bunyi macam ‘over’ kan?

Tapi itulah budaya mereka.

Kanak-kanak akan ‘close’ betul-betul dengan ‘parents’ sampailah umur 6 tahun.

3 tahun pertama, ‘parents’ akan bawa anak-anak ke mana saja mereka pergi.

Jarang la kita nak tengok mereka hantar anak ke ‘daycare’.‘Point’ kat sini, masa dengan anak sangat penting untuk mereka.

Mereka ‘consider’ umur sebegini macam ‘golden age’ la untuk kanak-kanak yang baru

nak kenal dunia! Gitu.

So, dari situlah, ‘parents’ akan tunjuk contoh yang baik, ajar anak mereka ikut

peraturan, sampailah anak-anak mereka betul-betul berdisiplin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jom Melancong ke Jepun -MKJ

FREE QUOTATION & ITINERARY PERCUTIAN

Tips Penginapan Ke Jepun