“Ookini” ataupun “dandan”, kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu “arigato” (terima kasih). Kepelbagaian ekspresi mengikut daerah sebegini disebut sebagai “hogen” (dialek) di dalam Bahasa Jepun. Penerangan di bawah akan memperkenalkan beberapa dialek utama di Jepun.
- Dialek Wilayah Hokkaido
Hokkaido dikenali sebagai Ebishi/Ezo di zaman Edo, sehinggalah ianya diubah menjadi “Hokkaido” pada zaman Meiji dengan penempatan Pesuruhanjya Pembagunan Hokkaido di sini. Antara contoh sebahagian daripada dialek di daerah Hokkaido ini adalah, “totemo” disebut sebagai “namara” , “gambaru” disebut sebagai “kepparu’, dan sebagainya.
- Dialek Wilayah Tohoku
Dialek di wilayah ini agak sukar difahami jika tidak didengari dengan teliti waima untuk warga Jepun sekalipun. Antaranya adalah, “okoru” (marah) disebut sebagai “goshagu”, “sawaru” (sentuh) disebut sebagai “chosu”, “hito mishiri suru” (pemalu) disebut sebagai “kameru”, dan sebagainya.
- Dialek wilayah kanto
Wilayah Kita-kanto terdiri daripada Ibaraki-ken, Tochigi-ken, dan Gunma-ken. Wilayah ini masih lagi mengekalkan adat lama serta alam semulajadinya, jika dibandingkan dengan kawasan metropolitan. Bahasa yang digunakan di kawasan metropolitan ini juga disebut sebagai “bahasa standard” yang merujuk kepada penggunaan Bahasa Jepun.
- Dialek wilayah Shin-etsu
Wilayah Shin-etsu terdiri daripada Niigata-ken, yang digelar jelapang padi Jepun kerana kaya dengan penghasilan padi, serta Nagano-ken, yang digelar bumbung Jepun kerana kaya dengan kawasan pergunungan. Contoh dialek yang digunakan di sini adalah seperti meletakkan “~sura” (terbuat sesuatu secara tidak sengaja) dihujung ayat, ataupun menggelar diri sendiri sebagai “ora”.
- Dialek wilayah Tokai
Wilayah ini terletak di tengah-tengah kepulauan Honshu. Dialek wilayah ini dikenali dengan Nagoya-ben (dialek Nagoya) seperti, “dagaya” (~desuyo), “dera” (totemo, yang bermaksud sangat), “ketta” (jitensha, yang bermaksud basikal). Selain itu terdapat juga Enshu-ben yang digunakan Shizuoka-ken seperti “~damonde” (~dakara, yang bermaksud oleh itu), “dara” (desho), dan lain-lain.