Kepentingan Konbini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Di Jepun, ‘konbini’ telah menjadi satu keperluan penting untuk masyarakat Jepun mahupun pelancong dari setiap negara. Konbini atau lebih dikenali sebagai ‘convenience shop’ dibuka 24 jam sehari dan 7 kali seminggu. Konbini dibuka tidak kira di kawasan pedalaman mahupun kawasan bandar. Konbini bukan hanya pasaraya kecil saja malah ianya mempunyai beberapa kepentingan yang lain.

 

  1. Membayar bil

Di konbini kita boleh membuat pembayaran bil elektrik, gas, telefon dan lain-lain. Bahkan untuk pembayaran belian secara online dan cukai kenderaan juga boleh membuat bayaran di konbini. Bayaran di konbini tidak dikenakan sebarang caj tambahan dan anda hanya perlu membayar bil mengikut jumlah yang tertulis sahaja.

 

  1. Membeli tiket

Pembelian tiket melalui mesin konbini dikatakan lebih murah berbanding membeli tiket secara terus di kaunter. Anda juga boleh membeli tiket bas ataupun pengangkutan awam yang lain di konbini. Kemudahan untuk membeli tiket ke taman tema seperti Tokyo Disneyland ataupun Universal Studio Japan juga disediakan di konbini.

 

  1. Pejabat mini

Kemudahan-kemudahan seperti mesin cetak, fotostat, mesin fax atupun mesin scanner turut disediakan di konbini. Ini dapat memudahkan lagi urusan kerja seseorang. Malahan konbini juga boleh dijadikan sebagai salah satu destinasi untuk menghantar barangan bagi seseorang yang membuat bisnes secara online.

 

  1. Mesin ATM

Bagi pelancong yang melancong ke Jepun, anda tidak perlu risau jika kehabisan wang yen. Anda boleh membuat pengeluaran wang yen sama ada menggunakan kad debit mahupun kredit sehingga 24 jam. Kebanyakan mesin ATM di konbini juga mempunyai pilihan bahasa English. Namun, perlu pastikan terlebih dahulu kad kredit mahupun debit yang anda gunakan mempunyai jaringan antarabangsa atau tidak dan perlu juga bersedia dengan caj perkhidmatan yang sedikit mahal.

 

  1. Kawasan rehat

Ramai yang menjadikan konbini sebagai destinasi untuk berehat sewaktu perjalanan jauh. Di konbini juga menyediakan meja makan untuk menikmati perjalanan sebelum meneruskan perjalanan semula. Tandas dan kawasan meletak kenderaan juga amat selesa untuk pengguna.