KERETA JEPUN YANG TERKENAL SEPANJANG ZAMAN

Jenama kereta Jepun memasuki ke pasaran Amerika Syarikat semasa krisis minyak pada tahun 1970-an. Model kereta Jepun yang kecil dan enjin yang efisyen ini mula mendapat sambutan yang baik daripada pemandu di negara tersebut.

Namun begitu, pada mulanya kereta Jepun ini diperkenalkan ianya telah diperkotak-katikan sebagai timbunan sampah (berkualiti rendah). Walau bagaimanapun, lama-kelamaan masyarakat di Amerika mula menyamakan kereta Jepun ini seperti kereta model Amerika dan Eropah.

Hari demi hari, pengeluar kereta Jepun ini mula mempelbagaikan jenis kereta yang mereka keluarkan (pada asalnya mereka hanya mengeluarkan kereta ekonomi) seperti kereta bersaiz penuh, van mini, sport, mewah, SUV dan model trak. Mereka akhirnya mendapat kejayaan di dalam semua pasaran ini.
Berikut adalah 10 model kereta Jepun yang mendapat kejayaan yang paling besar.

1. Toyota Corolla
Toyota Corolla adalah kereta jualan terbaik dalam sejarah. Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, setiap model Corolla telah dijual dalam masa setiap 40 saat (secara purata).

Sehingga kini Toyota Corolla telah melalui 10 kali reka bentuk semula terhadap komponen utama. Kebanyakan model yang dikeluarkan adalah menakjubkan dan dipercayai.12. Toyota Prius
Toyota Prius adalah kereta pertama di dunia yang menggunakan petrol-elektrik hibrid (1997) secara meluas. Ia direka sebagai kereta yang mesra kepada alam sekitar bagi merevolusikan industri automotif. Pada tahun 2008, Toyota Prius telah dijual ke 70 buah negara dan lebih daripada 1 juta unit kereta ini telah terjual.

Toyota Prius ini telah menjadi simbol status yang mewakili keprihatinan terhadap alam sekitar. Selain itu, pemandu Toyota Prius juga berbangga dengan keupayaan kereta ini terhadap tidak bergantung kepada minyak semata-mata. Selebriti dan ahli politik juga turut membeli kereta Toyota Prius ini.23. Mazda RX-7
Mazda RX-7 ini adalah kejayaan cemerlang bagi model kereta sport Jepun.

Ia telah diperkenalkan pada tahun 1978 dengan enjin yang unik iaitu enjin rotary 1146 cc (twin-rotor). Enjin Rotary adalah sangat kuat, ringan dan kecil. Mazda RX-7 ini ditawarkan dengan harga yang berpatutan.34. Honda Accord
Honda Accord bermula sebagai sebuah kereta compact. Tetapi kini Honda Accord adalah kereta bersaiz penuh.

Honda Accord adalah kereta Jepun yang pertama dikeluarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1982. Ia adalah kereta Jepun yang terlaris di Amerika Syarikat selama 15 tahun berturut-turut (1982-1997). Honda Accord juga mempunyai reputasi yang baik setelah sekian lama mendapat sambutan sebagai salah satu kereta yang paling boleh dipercayai.45. Lexus LS400
Lexus LS400 adalah kereta Lexus yang pertama dikeluarkan pada tahun 1989 setelah kemasukan kereta Toyota ke dalam pasaran kereta mewah Amerika. Ia adalah satu kejayaan yang singkat.

Reka bentuk kereta ini yang inovatif telah memenangi beberapa anugerah. Pada ketika jenama kereta mewah Eropah terlalu selesa dengan penguasaan mereka dalam pasaran, kemunculan Lexus LS400 adalah satu ancaman yang serius. Ia merangsang persaingan dan inovasi di seluruh dunia.56. Nissan Leaf (LEAF)
Nissan adalah jenama kereta pertama yang memasarkan kereta elektrik pada tahun 2010. Ia telah mengesahkan status inovatif di dalam industri automobil Jepun. LEAF memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah European Car of the year (2011).67. Datsun 240Z
Ia merupakan model kereta sports yang popular dipasarkan oleh Nissan di Amerika Syarikat sebagai Datsun 240Z dari tahun 1970 hingga tahun 1978. Kereta Datsun 240Z ini seronok untuk dipandu dan murah. Walaupun ia mempunyai populariti yang tinggi dan jualan yang mendapat sambutan, ianya telah hampir hilang dari jalan raya Amerika pada pertengahan tahun 1980-an (kerana ia boleh berkarat dengan mudah).78. Subaru Legacy
Subaru adalah model kereta yang kompetitif dan menguntungkan selain Honda Accord dan Toyota Camry di pasaran bersaiz sederhana di Amerika Utara. Model Standard (iaitu sedan dan wagon) menawarkan all-wheel drive (AWD) dan enjin boxer. Reka bentuknya yang anggun ini memenangi hati peminat dikalangan peminat papan salji, peminat perkhemahan dan sesiapa sahaja yang mencari model AWD yang murah.89. Honda Civic
Ia merupakan model compact yang dipercayai diperkenalkan pada tahun 1972 iaitu satu tahun sebelum krisis minyak tahun 1970-an.

Honda Civic ini sangat popular dengan pengubahsuaian dan penyesuaian yang dilakukan oleh masyarakat sendiri. Selain itu, kereta ini juga digunakan untuk perlumbaan. Ia juga merupakan kereta keluarga yang popular.910. Acura Integra
Kereta compact berprestasi tinggi yang mewah ini telah memenangi anugerah kereta yang terbaik yang tidak terkira banyaknya.10