KHIDMAT PELANGGAN

Dalam banyak-banyak pusat maklumat pelancong yang terdapat di Jepun, saya akan memperkenalkan 5 fasiliti pilihan yang mendapat pengiktirafan daripada Japan National Tourism Organization (JNTO). Pasti pelancongan anda menjadi lebih menarik apabila segala maklumat mengenainya berada dalam genggaman.

  1. JNTO TIC

Tourist Information Centre (JNTO TIC) adalah pusat maklumat pelancong yang diuruskan oleh JNTO. Terdapat pelbagai risalah tentang tempat menarik di Jepun disediakan di dalam premis, dan pekerja yang boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa asing yang akan membantu menjawab segala pertanyaan serta bekerjasama merancang aktiviti para pelancong. Selain itu, para pelancong juga boleh mencari sendiri maklumat yang diperlukan dari komputer yang tersedia dalam premis. Terdapat juga perkhidmatan menyewa router mudah alih (berbayar) yang amat berguna semasa melancong. TIC ini terletak 5 minit berjalan kaki dari stesen kereta api Tokyo dan Yurakucho.

 

  1. TIC TOKYO

TIC TOKYO terletak di pintu keluar arah utara Yaesu di stesen kereta api Tokyo. Terdapat staf yang boleh berbahasa Jepun, Inggeris, Perancis dan Cina ditempatkan di sini. Mereka akan membantu para pelancong mengenai tempat menarik di Jepun dan cara untuk ke sana, menempah hotel dan ryokan (rumah tumpangan ala jepun), serta pakej pelancongan khas untuk pelancong luar negara. Para pelancong juga boleh menggunakan komputer dan Wi-Fi secara percuma di sini. Sewaan router Wi-Fi dan jualan SIM kad prabayar untuk telefon pintar juga dilakukan. Kad telefon antarabangsa atau kad prabayar juga boleh dibeli.

 

  1. Pusat maklumat pelancong di Bangunan Kerajaan Tokyo

Pusat ini terletak di tingkat 1 dan 2 dalam bangunan kerajaan di Shinjuku yang diuruskan oleh kerajaan Tokyo. Pekerja di sini boleh berbahasa Inggeris, Cina dan Korea. Terdapat risalah dan peta yang boleh didapati dalam banyak bahasa di sini. Para pelancong boleh mendapatkan pelbagai maklumat tentang Tokyo termasuklah pulau-pulau terpencil di sini. Terdapat juga kedai yang menjual cenderamata seperti seni kraftangan, kedai kopi dan bilik pemerhatian di tingkat 45 yang dibuka secara percuma di sini.

 

  1. Pusat maklumat budaya & pelancong Asakusa di Taito, Tokyo

 

Pusat maklumat ini terletak berhadapan dengan pintu kuil Asakusa iaitu “Kaminarimon” yang mengambil masa seminit dengan berjalan kaki dari stesen kereta api Asakusa. Para pelancong boleh mendapatkan maklumat tentang kebudayaan kawasan setempat di sini. Terdapat juga kedai pengurup wang, kedai makan dan teres pemerhatian di dalam bangunan yang mempunyai 8 tingkat dan 1 tingkat bawah tanah. Bangunan ini mengaplikasikan bahan semulajadi serta mempunyai reka bentuk yang menarik yang mesti dilihat kerana direka bentuk oleh arkitek terkenal di seluruh dunia iaitu Kengo Kuma.

 

  1. Kaunter maklumat di bangunan Sony

Pusat maklumat pelancong yang berada di lokasi strategik kerana terletak di tengah bandar membeli-belah di Ginza. Terdapat 2-3 orang staf yang akan memberikan maklumat dan bantuan terutamanya berkenaan kawasan di sekitar Ginza. Di “Multi Communication Window” seperti skrin gergasi dan risalah yang disediakan membolehkan para pelancong mendapat maklumat terkini mengenai setiap kawasan di Jepun.