Terdapat beberapa jenis Kit Kat yang boleh dibakar dijual di Jepun. Rupa-rupanya, tidak ramai daripada kita yang tahu mengenai kit kat ini. Kit Kat khas ini juga boleh dimakan terus tanpa perlu membakarkannya terlebih dahulu. Jadi dari manakah idea ini datang?
- Latar Belakang
Nestle Jepun telah bekerjasama dengan Japanese confectioner Takagi untuk menghasilkan Kit Kat yang boleh dibakar ini di dalam perisa puding kastard yang telah diperkenalkan pada Mac 2014 dengan slogan “Have a bake, have a Kit Kat”. Selepas itu, kit kat yang boleh dibakar ini kemudiannya diperkenalkan dengan perisa lain seperti rasa kentang manis dan rasa kek keju.
Terdapat ramai orang yang tidak boleh membaca bahasa Jepun, jadi sudah pasti ramai yang tidak tahu terdapat Kit Kat yang direka untuk dibakar terlebih dahulu bagi meningkatkan rasanya. Pasti mereka akan keliru pada mulanya kerana ramai yang berfikir bahawa Kit Kat ini tidak boleh dibakar.
Anda tidak perlu berasa bimbang kerana rasa Kit Kat ini sangat sedap. Ini kerana seperti yang anda sendiri tahu coklat boleh dimakan sama ada dibakar ataupun tidak. Walaupun anda mungkin berasa takut untuk mencuba pada mulanya, namun kami pasti setelah anda mencuba Kit Kat ini anda pastinya akan bertukar fikiran.
- Bagaimana Untuk Membakar Kit Kat ini?
Di belakang bungkusan coklat Kit Kat ini, terdapat arahan mengenai cara untuk membakar coklat tersebut. Pertama sekali, anda perlu meletakkan Kit Kat anda pada atas kertas aluminium foil di dalam dulang pembakar.
Kedua, bakar coklat tersebut pada 2 hingga 2 setengah minit, dan kemudian keluarnya daripada pembakar apabila warnanya bertukar menjadi coklat keperangan.
Anda disyorkan untuk menggunakan pembakar roti yang berwatt 1000W untuk membakarnya. Anda tidak perlu untuk memanaskan oven atau pembakar roti terlebih dahulu kerana ia akan menyebabkan coklat akan cair dan hasilnya bentuk coklat tersebut setelah dibakar tidak akan cantik.
Apabila anda membakar coklat ini, anda juga harus melihat permukaan coklat bertukar warna dengan teliti, kerana coklat tersebut mudah hangus jika ia telebih bakar. Pastikan coklat anda tidak hangus atau terbakar!
Kami berharap anda berseronok untuk membakar Kit Kat ini dan memakannya! Pasti ianya merupakan cara yang terbaru dan menarik untuk menikmati coklat Kit Kat yang terkenal ini. Adakah di antara anda pernah mencubanya? Adakah rasanya lebih sedap apabila dibakar atau tidak dibakar?