KOMIK MANGA JEPUN

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Manga (komik) yang menggunakan gambar dan juga dialog untuk menceritakan sesebuah kisah, dibaca oleh semua warga Jepun dari peringkat umur kanak – kanak sehingga orang dewasa . Manga  juga dialih bahasa ke pelbagai bahasa lain dan mempunyai ramai peminat dari seluruh dunia.

  1. Asal-usul Manga

Di Jepun, asal-usul Manga dikatakan bermula pada abad sekitar ke-12 hingga ke-13. “Choju Giga” yang merupakan skrol bergambar yang dilukis menggunakan dakwat hitam, menggambarkan binatang-binatang yang bermain dengan berjalan menggunakan dua kaki seperti manusia. Berbeza dengan Manga moden ianya tiada “bingkai” dan juga beberapa ciri-ciri lain tetapi antropomorfisme atau watak percampuran manusia dan binatang juga telah dilihat mula diterima ramai dalam Manga moden.

 

  1. Osamu tezuka, dewa Manga

Osamu Tezuka berkecimpung sebgaai pelukis manga sejak 1950-an. Antara karya beliau yang terkenal adalah “Tetsuwan Atomu (Astroboy). Karya manga sekarang dikatakan banyak dipengaruhi poleh karya beliau. Malah beliau dipanggil sebagai dewa manga berdasarkan pencapaian beliau yang telah menghasilkan lebih daripada 600 buah negara.

  1. Membeli manga di Jepun

Kedai buku di Jepun menjual pelbagai jenis manga. Tetapi, manga yang diletak di sudut jualan manga semuanya ditulis dalam Bahasa Jepun. manga yang dialih ke Bahasa Inggeris kebiasaannya terdapat di kedai buku yang besar, disudut yang menempatkan buku Bahasa Inggeris.

 

  1. Manga amatur

Di Jepun, selain daripada pelukis manga profesional, terdapat juga pelukis manga yang melakukannya sebagai hobi. Terdapat pelbagai manga dihasilkan setiap hari, dengan menggunakan karakter manga kesukaan mereka, ada yang mengarang sendiri plot cerita, ada juga yang mencipta sendiri karakter dan mengarang sendiri plot cerita. Terdapat juga laman web untuk mereka yang melukis ilustrasi dan manga sebagai hobi berinteraksi sesama sendiri dan juga memuat naik hasil kerja mereka. Di samping itu, ada juga mereka yang menerbitkan manga sendiri dalam bentuk buku dan menjualnya.

 

  1. Manga yang terkenal di luar negara

Contoh manga yang terkenal di Jepun akan diterjemah dan dijual di luar negara. “Doraemon” (karya Fujiko F Fujio), “Crayon Shin Chan” (karya Usui Yoshito) dan sebagainya yang merupakan manga kebangsaan terkenal juga di seluruh dunia, dialih Bahasa kepada Bahasa masing-masing sebelum disiarkan. manga untuk kanak-kanak lelaki seperti “Dragon Ball” (karya Torishima Akira), “Naruto” (karya Kishimoto Masashi), dan manga untuk kanak-kanak perempuan seperti “ Sailormon pahlawan cantik” (karya Takeuchi Naoko), “Kad Captor Sakura” (karya CLAMP) juga terkenal.

 

  1. Laman sesawang manga

Di Jepun, penerbitan manga di laman web semakin meningkat hasil dari perkembangan pesat telefon pintar. Terdapat peningkatan laman web yang membolehkan manga dibaca bukan diatas kertas. Terdapat juga laman web yang boleh dibaca secara percuma. Berbeza dengan bentuk bacaan dari kanan ke kiri, terdapat juga manga yang dibaca dari atas ke bawah bersesuaian dengan paparan di telefon pintar.