Kronologi Sejarah Awal Jepun

1. Jepun Kuno – 400 AD

Budaya yang pertama kali diperkenalkan di Jepun adalah budaya Jomon, sekumpulan nomad yang dipercayai menyembah objek semula jadi. Budaya ini bertahan sehingga kira-kira 300 SM, apabila ia telah digantikan dengan budaya Yayoi yang berakhir sehingga kira-kira 300 AD. 57 AD merupakan hubungan pertama pernah direkodkan oleh negara Jepun dengan China, dan pada sekitar 300 AD suatu mesej teks Cina telah ditulis menggambarkan budaya Yayoi. Beras telah diimport ke Jepun kira-kira 100 SM, dan sejak pada itu Jepun telahmula menjadi sebuah masyarakat berasaskan pertanian. Besi dan ciptaan moden yang lain telah dibawa dari Korea ke Jepun. Kelas sosial mula berkembang ketika itu, dan pada sekitar 400 SM, zaman Yamato mula muncul.

1

Balang besar dari Wilayah Niigata.

Zaman Jomon pertengahan.

2

Dotaku yang diperbuat daripada gangsa.
Zaman Yayoi.

2. Jepun Yamato 400-700

Pada masa ini, perluasan kuasa mula berpusat di wilayah Yamato. Negara ini diperintah dibawah satu pemerintahan yang digelar maharaja, Yamato. Agama Yamato adalah Shinto, yang telah menjadi agama rasmi negara Jepun. Agama Buddha diperkenalkan pada tahun 500-an; tarikh tradisional adalah 552 atau 538. Pada masa yang sama, dalam tempoh selama 300 tahun ini teori-teori Confucianisme dan Taoisme, dan juga sistem tulisan Cina, telah dibawa masuk ke Jepun. Sebuah kerajaan dan sistem pentadbiran yang baru telah diguna pakai, yang kebanyakan idea diambil dari China.

3

Arca yang dipanggil Haniwa.
Zaman Yamato.

4

Shotoku-Kaishi. Zaman Yamato.

3. Zaman Nara 710-794

Ibu negara Jepun pertama yang kekal sehingga ke hari ini dibina di Nara pada tahun 710, walaupun ia telah dipindahkan ke Nagaoka pada tahun 784 dan akhirnya ke Heian pada tahun 794. Pemindahan pertama adalah kerana biara Buddha telah dibina di ibu negara, dan biara ini mendapat pengaruh yang kuat sehinggakan kedudukan maharaja dan kerajaan telah dikompromi. Agama Buddha mendapat populariti semasa zaman ini. Dua karya penting dalam kesusasteraan Jepun, Kojiki (Rekod Perihal Purba, mitos penciptaan) dan Manyoshu (‘The Ten Thousand Leaves’, sebuah buku puisi) telah disusun pada masa ini, Kojiki pada tahun 712 dan Manyoshu pada tahun 760.

5

Patung Budha yang masyur- Kuil Todaiji di Nara.

4. Zaman Heian 794-1185
Ideologis Cina masih lagi popular pada zaman Heian, tetapi telah diselitkan dengan beberapa pemikiran Jepun. Sistem tulisan yang ada telah diperhalusi lagi dan digantikan dengan sistem penullisan yang baru, membolehkan karya Jepun yang asli dan puisi dikarang. Masyarakat aristokrastik gemar mencipta syair dan penceritaan tentang kehidupan mereka sendiri, antara penceritaan yang terdapat dalam kesusasteraan Jepun yang terkenal seperti, Murasaki Shikibus Tale of Genji. Pada zaman itu, golongan Bangsawan dan wanita banyak menghabiskan hidup mereka dalam etika dan puisi.
Dari segi pemerintahan , bagaimanapun, adalah semakin sukar bagi zaman ini untuk mengekalkan ketenteraman dan undang-undang yang ada kerana tiada kuasa pusat di wilayah-wilayah. Ramai pemilik tanah mengupah samurai untuk melindungi harta mereka, yang menjadikan orang yang berpangkat tentera untuk menjadi lebih dan lebih berpengaruh pada masa itu, akhirnya membawa kepada perang saudara dan akhir zaman Heian. Shogun yang pertama kali muncul pada masa ini; Panggilan penuh beliau adalah Sei-i-tai-shogun, atau Jeneral Barbarian Teragung.

6

Murasaki Kishibu,
Seorang wanita tepelajar dan pengarang ‘The Tale of Genji’, novel panjang tertua di dunia.

5. Zaman Kamakuru -1185-1333
Zen Buddha telah diperkenalkan pada tahun 1191, dan mendapati populariti yang hebat di kalangan tentera, yang mana pada masa itu, merupakan elemen paling berpengaruh dan berkuasa di Jepun. Nilai-nilai ketenteraan menjadi keutamaan, dan tradisi seppuku telah diperkenalkan pada masa ini. Tetapi di pengakhiran zaman ini, nilai-nilai ini seperti tidak dipraktikkan lagi setelah perjanjian dimungkiri dan pertengkaran kecil muncul. Orang Mongol telah menyerang, menuntut penghormatan, dan kemudiannya memerintah untuk melemahkan kawalan tentera. Namum begitu keyakinan rakyat terhadap kerajaan terhakis, dan maharaja berjaya mendapatkan semula kuasa pemerintahan.

7

Minamoto no Yoritomo,
Zaman Kamakura.

8

Guardian Deity, Kuil Todaiji Nara

6. Zaman Ashikaga – 1333-1603
Pada Zaman Ashikaga, Mubaligh Jesuit dan pedagang Portugis memperkenalkan senjata api dan agama Kristian kepada Jepun pada tahun 1542. Drama Noh dan ikebana, atau dikenali istiadat gubahan bunga, menjadi popular, dan puisi serta seni yang lain turut berkembang sama. Tidak seperti yang lain, zaman ini mengalami banyak perang saudara.

9

Francis Xavier , Zaman Ashikaga

7. Zaman Edo – 1603-1868
Pada tahun 1633, Shogun telah melarang sesiapa daripada melancong ke luar negara, mengharamkan kemasukan buku luar dan hubungan perdagangan adalah sangat terhad. Walau bagaimanapun, di sebalik semua itu, Jepun semakin berkembang dan seni dan budaya mulai diberi perhatian. Hasil seni seperti kabuki dan ukiyo-e menjadi popular di kalangan orang Jepun. Tetapi secara beransur-ansur, kedudukan kerajaan semakin lemah. Ditambah pula dengan Jepun mengalami bencana alam dan kebuluran yang teruk. Pada zaman ini juga, merupakan kali terakhir Gunung Fuji meletus.

Pada akhir abad ke-18, negara-negara lain memberi tekanan kepada Jepun untuk membuka laluan perdagangan. Akhirnya, pada tahun 1853 dan 1854, Commodore Perry memaksa kerajaan untuk membuka Jepun bagi tujuan berdagang. Kesan daripada ini, pengaruh Barat merubah Jepun dalam pelbagai cara antaranya senjata api digunakan secara meluas, dan beberapa tumbuhan baru seperti tembakau dan kentang telah diperkenalkan.

10

Tokugawa Leyasu,
Menubuhkan Tokugawa Shogunate di Edo (kini Tokyo).

11

Statu Matsuo Basho, seorang pengarang syair puisi

12

Matthew Calbraith Perry

8. Zaman Meiji – 1868-1912

Pada Zaman Meiji, Jepun bekerja keras untuk menjadikan ianya sebuah negara moden. Ibu negaranya telah dipindahkan ke Tokyo dalam usaha untuk membangunkan negara moden. Sekolah-sekolah telah telah dicorakkan mengikut gaya Eropah dan pasukan tentera telah ditubuhkan. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, agama tradisional Jepun dan falsafah hidup mereka tetap diberi penekanan.

Pada tahun 1889, Perlembagaan Jepun baru telah ditulis, salah satu daripada isi perlembagaan tersebut mengesahkan kedaulatan maharaja dan memperkenalkan parlimen bi-cameral yang sama dengan Parlimen British. Perang China-Jepun telah berlaku pada masa ini dari tahun 1894-1895, dan Perang Rusia-Jepun pada tahun 1904-1905. Korea akhirnya berjaya dirampas pada tahun 1910. Semua operasi ketenteraan ini telah membawa semangat baru ke arah nasionalisme di Jepun.

13

Maharaja Meiji

14

Restorasi Meiji

9. Imperial Japan – 1912-1945

Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama pada mulanya hanya memainkan peranan dengan mengikut arahan pihak Bersekutu, kemudian atas dasar ingin memantapkan ekonomi barulah Jepun membuat keputusan untuk menyertai pihak Bersekutu sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ia tidak memainkan peranan yang begitu besar. Pasukan tentera mula mengawal negara ini, mendapat hampir sepenuhnya kuasa ke atas kerajaan. Selepas itu, Jepun mula cuba memperluaskan kuasanya ke bahagian lain di Asia. Pada tahun 1915, Jepun membentangkan senarai dua puluh satu syarat ke atas China; dan jika syarat-syarat ini dipenuhi, China pada dasarnya akan menjadi sebahagian daripada Jepun.

Perang China-Jepun kedua telah meletus, dan akhirnya Jepun berjaya menakluki beberapa wilayah di Asia. Pada tahun 1941, Jepun telah menyerang Pearl Harbor, tetapi tidak berjaya dan akhirnya terpaksa menyerah diri kepada Amerika pada tahun 1945 selepas peristiwa serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki yang mengorbankan banyak nyawa.

15
Maharaja Taisho perang dunia pertama.

16

Serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.

10. Jepun Moden – 1945- Sekarang

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Jepun telah dikuasai oleh pihak Bersekutu dari tahun 1945 hingga 1952. Negara ini telah diberikan perlembagaan baru yang menghadkan kuasa tentera dan mungkin yang paling penting – pengurangan kuasa Maharaja. Tidak lama selepas berakhirnya penjajahan itu, ekonomi Jepun mula berkembang. Hubungan dengan Kesatuan Soviet telah kembali normal pada tahun 1956, dan begitu juga hubungan dengan China pada tahun 1972. Pada tahun 1970, ekonomi Jepun beralih tumpuan kepada industri teknologi hinggalah kini.

17

Raja Showa

18

Jepun Kini yang serba moden dan membangun