- Instant Ramen Museum (Osaka)
Di sini, pelawat bukan sahaja boleh melihat sejarah ramen segera, tetapi juga boleh mencuba sendiri membuat Chicken Ramen dengan tangan mereka dari mula di dalam bengkel yang disediakan selama 90 minit, dengan harga yang dikenakan sebanyak hanya 500Yen (RM20). Pengunjung juga boleh memilih untuk membuat sendiri Cup Noodles mereka dengan harga 300Yen (RM12). Panduan audio dalam bahasa Inggeris juga turut disediakan untuk video yang ditunjukkan di dalam Research Shack dan Cup Noodle Drama Theatre.
http://www.instantramen-museum.jp/en/
- Nuchi-masu Salt Factory (Uruma City, Okinawa)
Nuchi-masu adalah garam yang dibuat di Okinawa yang begitu kaya dengan mineral, dan mereka pernah memasuki ke dalam Guinness World Records pada tahun 2000. Nuchi-masu dibuat sepenuhnya daripada air laut Okinawan yang diambil dari Lautan Pasifik dan pelawat kilang garam ini boleh melihat dan merasai sendiri pengalaman pembuatan perasa semula jadi ini.
Maklumat yang disampaikan di sini adalah menggunakan bahasa Jepun sepenuhnya dan memerlukan rakan atau seseorang yang fasih berbahasa Jepun dan Bahasa Inggeris untuk menterjemahkannya kepada anda.
Untuk menjaga kebersihan, pelawat tidak boleh pergi ke dalam bilik di kilang ini, tetapi mereka di benarkan untuk melihat proses-proses pembuatan garam ini melalui tingkap melihat yang besar. Anda boleh mengambil sebanyak mana masa yang anda suka. Tiada yuran penyertaan yang dikenakan. Muzium ini dibuka setiap hari pada pukul 9:00 pagi sehingga 5:30 petang.
www.nutima-su.jp/eu/index.html
- Kawasaki Good Times World (Kobe City, Hyogo)
Dengan nama seperti itu, ia sepatutnya menjadi tempat yang menarik untuk dilawati. Pelawat yang datang ke Kawasaki Good Times World akan dihidangkan dengan sebuah karya teknologi yang dibuat oleh Kawasaki Heavy Industries Group termasuklah kapal, peralatan pengangkutan, pesawat, dan motosikal.
Kawasaki Good Time World ini adalah termasuk bersama-sama dengan kemasukan untuk ke Muzium Maritim Kobe, yang berharga 600Yen (RM24). Ia dibuka dari pada pukul 10:00 pagi sehingga 5:00petang dan ditutup pada setiap hari Isnin.
http://www.khi.co.jp/kawasakiworld/english/index.html
- Chateraise (Hokuto City, Yamanashi)
Chateraise adalah syarikat pengeluar makanan yang terletak di Yamanashi yang membuat kek, ais krim, cream puffs, kuih gaya Jepun, serta wain. Bahan-bahan untuk produk manisan ini dibekalkan oleh petani kontrak tempatan. Anda boleh melihat sebahagian daripada proses untuk membuat manisan yang dibuat dengan menggunakan Hakushu segar, air semula jadi, dan juga merasai sampel ais krim.
Kilang ini juga mengeluarkan produk manisan yang bebas daripada perisa tiruan, pewarna, ejen stabil, dan lain-lain sebagai kesedaran untuk menjaga kesihatan kanak-kanak. Ibu bapa juga digalakkan untuk merasai produk-produk yang dibuat untuk kanak-kanak.
Lawatan dan pameran di sini dibuka pada pukul 10:00pagi dan 2:00petang pada setiap hari. Walaupun anda tidak perlu membuat tempahan untuk ke kilang ini, adalah disyorkan untuk anda membuat juga tempahan terlebih dahulu sebelum ke sini supaya lawatan anda ke kilang ini dapat dijalankan dengan lancar.
http://www.chateraise.co.jp/enjoy/02factory.php
- Toyota Factory Tour and Museums (Nagoya City, Aichi)
Pengeluar kereta terkemuka di Jepun, Toyota, mempunyai banyak kilang pengeluaran domestik di sekitar Nagoya. Ibu pejabat syarikat ini pula terletak di bandar Toyota, iaitu kurang daripada satu jam dari arah timur tengah Nagoya. Ibu pejabat mereka ini terletak di Muzium Kaikan Toyota, memaparkan model baru teknologi Toyota kepada orang ramai dan mereka juga membuat petunjukkan robot secara berkala disini.
Muzium Kaikan ini juga berfungsi sebagai titik pertemuan untuk lawatan kilang. Lawatan yang diadakan di sini hanya sekali sahaja pada setiap hari Isnin sehingga hari Jumaat yang sampaikan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Jika anda ingin menyertai lawatan, anda perlu membuat tempahan awal terlebih dahulu melalui internet atau melalui telefon. Lawatan ini berlangsung dalam masa kira-kira dua jam dan kemasukkan ke sini adalah percuma.
Bagi mereka yang tidak boleh membuat lawatan ke dalam kilang, anda boleh membuat lawatan ke untuk Muzium Toyota Techno (ia juga dikenali sebagai Muzium Peringatan Industri dan Teknologi) di pusat bandar Nagoya. Muzium ini memperkenalkan sejarah Toyota dari permulaannya sehingga sekarang.
Peminat kereta juga perlu melawat ke Toyota Automobile Museum, yang mempamerkan kereta Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat dari tahun 1800-an hingga tahun 1960-an.
- Toyota Kaikan Museum : dibuka pada pukul 9:30 pagi sehingga 5:00 petang, dan ditutup pada setiap hari ahad. Kemasukkan ke sini adalah percuma.
- Toyota Plant Tours : dibuka pada pukul 11:00 pagi sehingga 1:00 petang, dan ditup pada setiap hai sabtu dan ahad. Kemasukkan ke sini adalah percuma namun tempahan perlu dilakukan dahulu sebelum ke sini.
- Toyota Techno Museum : dibuka pada pukul 9:30pagi sehingga 5:00petang (kemasukan terakhir adalah pada pukul 4:30petang) dan ditutup pada setiap hari Isnin. Kemasukkan ke sini adalah sebanyak ¥500 (RM20).
- Toyota Automobile Museum : dibuka pada pukul9:30pagi sehingga 5:00petang (kemasukan terakhir adalah pada pukul 4:30), dan ditutup pada setiap hari Isnin. Kemasukkan ke sini adalah sebanyak ¥1000 (RM40)
- Unagi Pie Factory (Hamamatsu City, Shizuoka)
Shunkado “Unagi Pie”, yang dikenali di seluruh Jepun, adalah satu gula-gula belut berperisa yang merupakan simbol kepada Hamamatsu. Baru-baru ini ia telah menjadi popular di kalangan warga asing, kerana mereka suka untuk membelinya sebagai cenderahati. Di Unagi Pie Factory, pengunjung yang berminat boleh melihat bagaimana Unagi Pie dibuat, mempelajari rahsia di sebalik keenakan makanan ini, dan belajar mengenai sejarah Shunkado, yang ditubuhkan pada tahun 1887. Sejak penubuhannya di Hamamatsu pada tahun 1961, Unagi Pie mempunyai telah menjalani satu proses perubahan yang tidak banyak berubah sejak beberapa tahun dahulu. Ekstrak belut, bawang putih dan lain-lain perasa telah dicampur bersama-sama dengan mentega segar yang dipilih dengan teliti untuk membuat gula-gula ini. Pada masa kini, produk spin-off daripada Unagi Pie, seperti “Unagi Pie dengan kacang” dan “Unagi Pie V.S.O.P.”, telah mendapat sambutan yang meluas dari semua orang di seluruh peringkat umur.
Unagi Pie Factory ini dibuka pada pukul 9:30pagi sehingga 5:30petang, dan kemasukkan ke sini adalah percuma. Untuk pertanyaan dan tempahan anda boleh layari di laman sesawang di bawah.
unagipie-factory.english@shunkado.co.jp
- Shiroi Koibito Park (Sapporo City, Hokkaido)
Shiroi Koibito Park adalah sebuah taman tema oleh Ishiya, sebuah syarikat coklat tempatan. Produk utama syarikat ini ialah Shiroi Koibito cookie, yang terdiri daripada dua biskut mentega nipis dan satu lapisan coklat putih di antaranya. Ia adalah salah satu cenderahati yang paling terkenal dari Hokkaido.
Taman ini terdiri daripada kawasan bebas dengan kedai, kafe dan restoran dan kawasan yang dibayar dengan pelbagai pameran berkaitan coklat dan yang paling menarik adalah di kawasan ini terdapat beberapa tingkap-tingkap besar di mana pelawat boleh memerhatikan proses pengeluaran biskut ini di kilang. Anda juga boleh membuat biskut anda sendiri di dalam bengkel hands-on. Satu lagi bahagian di dalam Koibito Park Shiroi ini adalah satu padang bola sepak yang berfungsi sebagai tempat berlatih untuk Consadole Sapporo iaitu pasukan bola sepak Liga-J tempatan.
Kilang ini dibuka pada setiap hari pada pukul 9:00pagi sehingga 6:00petang (kemasukan terakhir adalah pada pukul 5:00petang), dan harga untuk masuk ke sini adalah sebanyak ¥600 (RM24).
http://www.shiroikoibitopark.jp/english/index.html
- Royce Chocolate World (Chitose City, Hokkaido)
Royce Chocolate World adalah terletak di Lapangan Terbang New Chitose. Ia adalah kilang coklat pertama dan muzium yang terletak di lapangan terbang.
Kilang ini menyediakan pameran dan peluang untuk memerhatikan sendiri bagaimana proses pengeluaran pembuatan coklat melalui tingkap pameran coklat. Singgah dan lihat sendiri bagaimana produk Royce’ ini dibuat. Syarikat ini bertujuan untuk menyampaikan kualiti makanan bersama dengan keselamatan yang terjamin dan rasa makanan yang hebat dan juga memberikan pengguna ketenangan fikiran.
Kilang ini dibuka pada pukul 9:00pagi sehingga 5:30petang.
https://www.royce.com/contents/english_rcw/
- Cup Noodle Museum (Yokohama City, Kanagawa)
Cup Noodles Museum adalah sebuah muzium interaktif di Minato Mirai di Daerah Yokohama ini amat menyeronokkan dan ia menunjukkan sejarah mi ramen segera yang menggunakan gabungan pameran aneh dan hands-on di bengkel. Muzium ini telah dibuka oleh syarikat Nissin Food, iaitu pengasas yang mencipta mi ramen segera pada tahun 1958 sebagai makanan yang cepat dan mudah. Ia adalah muzium mi cawan kedua di Jepun (yang pertama adalah Momofuku Ando Instant Ramen Muzium di Osaka).
Muzium ini dibuka pada pukul 10:00pagi sehingga 8:00malam (kemasukan terakhir adalah pada pukul 5:00petang), dan muzium ini ditutup pada setiap hari selasa. Harga untuk masuk ke muzium ini adalah sebanyak ¥500 (RM20)
http://www.cupnoodles-museum.jp/english/index.html