Donburi atau don (secara amnya “mangkuk”), merupakan hidangan Jepun berupa nasi yang disajikan dalam mangkuk dengan makanan atau lauk diatasnya. Lauknya boleh terdiri daripada ikan, daging, sayur-sayuran atau bahan-bahan lain yang diadunkan bersama dan di hidangkan di atas nasi.Donburi mula muncul sekitar tahun (1603-1837) pada zaman Edo di Jepun. Donburi pertama yang diperkenalkan adalah don Unagi; belut panggang diletakkan dalam mangkuk dan dimasak bersama nasi. Pada awalnya, hidangan Donburi ini dimakan pada saat menghadiri pertunjukkan teater. Akan tetapi, oleh kerana Donburi amat mudah disediakan dan mempunyai rasa yang lazat, konsep Donburi dengan cepat tersebar ke seluruh Jepun dan menjadi sangat popular. Ia kini merupakan hidangan kegemaran isi rumah bagi kebanyakan keluarga di Jepun.
Donburi wujud dalam pelbagai jenis, berbeza pada topping mereka. Senarai di bawah merupakan antara beberapa hidangan Donburi yang popular:
1. OyakodonNama hidangan Donburi ini datang daripada perkataan “oya” yang bermaksud “ibu bapa” dan “ko” yang bermaksud “anak”. Ia juga dikenali sebagai “don ibu dan anak” disebabkan dua bahan utamanya, ayam dan telur. Sementara itu, anda juga boleh menjumpai Oyakodon yang menampilkan salmon dan Ikura (telur salmon). Namun begitu, ia jarang sekali berlaku.
2. KaisendonJika anda seorang penggemar makanan laut, kaisendon adalah pilihan tepat untuk anda. Ia adalah makanan laut Donburi, nasi yang di hidangkan bersama dengan pelbagai jenis makanan segar, kebanyakannya adalah mentah. Makanan laut yang dihidangkan bersama kaisendon mungkin berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain dan mengikut musim. Walau bagaimanapun, sesetengah makanan laut yang lazimnya dihidangkan adalah tuna (maguro), udang (ebi), salmon telur (Ikura), landak laut (uni) dan ketam (kani).
3. GyudonGyudon, merupakan hidangan Jepun terdiri daripada semangkuk nasi bersama dengan daging lembu dan bawang yang diperam dalam sos manis berperisa dengan dashi (ikan dan stok rumpai laut), kicap dan mirin (sake manis). Walaupun begitu terdapat gyudon yang halal yang menggantikan mirin(sake manis) dengan jus anggur seperti di kafe Mie University, Japan. Jadi, sila semak sebelum membuat pesanan! Ia juga sering dihidangkan bersama mi shirataki, dan kadangkala dihias dengan telur mentah atau telur rebus yang lembut (tamago onsen). Gyudon sangat popular sebagai sejenis makanan segera yang murah dijual di kedai-kedai di seluruh negara.
4. TendonTempura adalah salah satu hidangan tradisional Jepun yang mana makanan laut yang digoreng tepung, atau sayur-sayuran. Tempura amat mudah dijumpai di restoran-restoran di Jepun. Seperti yang anda lihat dalam gambar, sayur-sayuran dan makanan laut (kebiasaannya udang) digoreng tepung dihidangkan di atas nasi. Ia dihidangkan dengan sos lazat terutamanya bagi tempura, dan sos ini sangat sebati dimakan bersama nasi!
5. UnadonUnadon adalah kombinasi perkataan Jepun daripada perkataan “Unagi,” yang bermaksud “belut”. Ya, daripada perkataan itu sendiri, ia adalah sejenis Donburi dalam mangkuk besar berisi nasi putih kukus dan diatasnya terdapat filet belut. Filet belut dipanggang dalam gaya yang dikenali sebagai ‘kabayaki’, yang serupa dengan teriyaki. Unadon adalah jenis hidangan nasi Donburi pertama yang dicipta pada Zaman Edo, semasa era Bunka itu (1804-1818).
6. TamagodonTamagodon merupakan hidangan nasi bersama telur hancur bercampur dengan sos Donburi manis di atasnya. Donburi jenis ini amat sesuai bagi mereka yang sedang mencari makanan yang cepat dan mudah untuk disediakan. Anda boleh mendapatkan bahan-bahannya di mana sahaja, atau sekurang-kurangnnya menggantikannya dengan sesuatu yang serupa. Sos ia diperbuat daripada dashi, mirin (tidak halal, boleh digantikan bersama jus anggur) dan kicap pasti akan membuat anda memakan setiap butir nasi yang tinggal!
7. KonohadonKonohadon adalah nasi dihidangkan bersama telur dan Kamaboko (ikan) dihiris nipis serta cendawan shiitake dan daun bawang di atasnya. Ia adalah hidangan yang tipikal di wilayah Kansai. Telur ini ditaburkan mentah di atas pinggan dan (hampir) dimasak disebabkan kepanasan nasi. Oleh kerana bahan-bahannya adalah mudah dan murah, ia menjadi hidangan popular bagi keluarga di Jepun.
Di Osaka dan Kobe, beberapa abura (tauhu goreng) mungkin ditamba ke dalam hidnagan. Sebagai topping, beberapa nori dihiris nipis juga mungkin digunakan. Nama ini berasal hasil daripada perbandingan Kamaboko yang dihiris dengan daun pokok (Konoha).
8. KaredonKaredon ialah sejenis hidangan yang popular di Jepun. Ia merukan sejenis Donburi, nasi yang dihidangkan bersama dengan kari ayam. Namun begitu, ada beberapa restoran menjual menggunakan daging khinzir (opps!) atau ayam , jadi sila berhati-hati ketika membuat pesanan! Pelbagai jenis sayur-sayuran dan daging digunakan untuk membuat kari Jepun. Sayur-sayuran asas adalah bawang, lobak merah, dan kentang. Untuk daging, daging lembu, dan ayam adalah yang paling popular. Terdapat juga restoran yang menggunakan daging yang halal, oleh itu pastikan daging tersebut halal.
9. TekkadonTekka Don merupakan hidangan semangkuk nasi bersama tuna Sashimi yang diperap di atasnya. Ia adalah hidangan yang sangat mudah untuk disediakan jika anda mempunyai gred kualiti Sashimi tuna yang tinggi (tuna mentah yang dijual untuk dimakan mentah). Walaupun hidangannya tidaklah begitu rumit, Tekka Don mempunyai rasa yang sedap dan mungkin lebih istimewa daripada hidangan Donburi yang biasa seperti Oyakodon. Tekka (“besi panas”) dikatakan diambil nama daripada warna merah terang tuna mentah itu.
10. ChukadonChukadon secara amnya bermaksud “Hidangan tradisional mangkuk nasi Cina” yang terdiri daripada semangkuk nasi dengan sayur-sayuran goreng, bawang, cendawan, dan kepingan daging nipis di atas. Hidangan ini adalah sama seperti ‘Chop suey’, dan dijual dengan murah di Restoran Cina di Jepun.
11. TenshindonTenshindon adalah sejenis hidangan istimewa China-Jepun, yang terdiri daripada semangkuk nasi bersama dengan telur dadar ketam .Hidangan ini datang dari bandar selatan negara China tetapi juga sangat popular di Jepun. Ia dinamakan sempena nama tempat ‘Tianjin’ di China.