MAKANAN DAN MINUMAN UNIK

Semua orang pasti tahu kalau Jepun adalah negara yang maju teknologinya, manusianya moden namun Jepun menjadi salah satu negara yang penuh dengan element mengejutkan di dunia ini. Sama ada kamu percaya atau tidak , banyak sekali benda – benda unik yang terhasil dari kreativiti orang Jepun . Mungkin juga kerana persaingan mereka terpaksa mencipta sesuatu yang lain dan unik untuk menarik pelanggan.

Tak percaya? Jom, intip 13 makanan dan minuman paling unik yang berasal dari Jepun.

 

  1. Gula-gula sotong

Bagi Jepun , makanan olahan laut adalah hal yang begitu istimewa seperti gula-gula sotong ini . Jika anda ke Jepun , anda boleh mencari makanan ringan ini ketika festival tradisional di Jepun . Walaupun rasanya tidak manis dan cenderung pedas, tetapi banyak juga penggemarnya .

 

 

 

  1. Pepsi Rasa Timun

Sama seperti perniagaan makanan ringan, Jepun juga mempunyai idea minuman ringan yang begitu unik. Bahkan kilang minum kelas dunia , Pepsi juga mencipta rasa-rasa baru yang khusus hanya di Jepun seperti Pepsi rasa Yoghurt , Shiso (campuran selasih dan mint) dan rasa timun!

 

  1. Air Limau Kari

Terfikir bagaimana jika kari dan limau disatukan ? Ya, anda tidak perlu berfikir bahawa ini adalah salah satu makanan cabaran Fear Factor . Ini benar-benar wujud di Jepun. Oleh kerana terdapat satu tempat di Jepun orang rela menghirup air limau dan kari. Dan mungkin rasanya sangat pelik kan.

  1. Air Soda Belut

Dicipta oleh syarikat Tobbacco Jepun, minuman ini mempunyai idea yang tidak masuk akal. Belut telah menjadi salah satu daripada bahan-bahan kegemaran dalam masakan Jepun, tetapi idea membuat belut minuman bergas pastinya idea hebat bukan?

 

  1. Ais Krim Dakwat Sotong

Ais krim yang hitam ni adalah perisa dakwat sotong.Perisa Ini ada kat Jepun kerana mereka sangat taksub dengan makanan laut..Selain dakwat sotong ini ada jugak perisa lain macam udang dan ikan paus.

 

  1. Susu Manusia (Susu Ibu)

Kami sering mendengar bagaimana susu ibu  makanan yang terbaik untuk bayi, tetapi bagaimana jika anda tidak boleh atau tidak mahu menggunakan  susu anda sendiri? Di Jepun produk ini dikenali sebagai “Susu Ibu” menawarkan apa yang boleh menjadi pengganti susu anda. Produk ini hanya menimbulkan persoalan di manakah mereka mencari wanita-wanita ini untuk menghasilkan susu?

 

  1. Makanan Kitar Semula

Konsep ini diilhamkan pengilang, Vegetech Co dan rakan kongsi, Kanto Orto Co dgn kesungguhan untuk mengurangkan sisa makanan. Produk ini termasuk jus, makanan dan pencuci mulut. Produk-produk ini dibuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditolak dari kedai-kedai .Maka langkah seterusnya adalah untuk campuran buah-buahan dan sayur-sayuran dan membuat mereka ke dalam bentuk pati. Produk mereka menjadi pemakanan tambahan yang menarik.