Makanan Yang Diperbuat Daripada Kacang Soya

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Kacang soya merupakan tanaman penting di Amerika Syarikat dimana ia merupakan sumber minyak dan makanan ternakan utama. Di Asia, kacang soya adalah penting bagi penghasilan barangan makanan seperti kicap, tempe dan tauhu. Kacang soya yang disediakan dengan cara ini merupakan makanan snek popular di Hawai’I, Jepun, China, dan Korea. Kacang soya untuk membuat makanan seperti miso, natto, tauhu, douchi, dan lain-lain membentuk sebahagian besar diet permakanan.

Berikut adalah 5 makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang anda pasti akan lihat sepanjang berada di Jepun.

  1. Susu soya

Susu soya diperbuat dari kacang soya yang direndam di dalam air dan kemudian dikacau sehingga keluar cecair putih, cecair yang dipisahkan daripada pepejal, dipanggil Okara. Susu soya merupakan suatu alternatif kepada susu lembu dan oleh itu adalah cara yang mesra untuk menikmati kopi. Anda boleh mencari ini di kedai runcit dan kedai serbaneka di seluruh Jepun, walaupun dalam kotak jus kecil untuk melengkapkan makan tengah hari anda dengan bento.

 

  1. Natto

Natto adalah makanan tradisional orang jepun yang diperbuat dari kacang soya. Hidangan ini biasanya dimakan pada waktu pagi. Ia biasa dihidang bersama kicap, mustard dan daun bawang. Natton mengahasilkan baud an rasa yang kuat dan juga melekit. Natto dipenuhi dengan pelbagai vitamin yang menegangkan kulit anda, dan menguatkan tulang anda. Ia sangat membantu dalam proses pencernaan.

 

  1. Tofu

Tauhu adalah sebahagian besar daripada diet Jepun dan diimport dari China pada Zaman Nara (710-794).  tauhu dibuat dalam beberapa proses sehingga terhasilnya tauhu. Tauhu mempunyai rasa yang halus dan boleh digunakan dalam hidangan berperisa dan manis. Juga boleh digoreng dan dicicah dengan kicap.

 

  1. Minyak kacang soya

Bercakap tentang goreng, jika anda yang suka kepada menggoreng, terdapat peluang yang baik anda menggunakan minyak kacang soya ini. Minyak kacang soya adalah salah satu daripada minyak masak yang paling banyak digunakan di dunia, tetapi biasanya hanya dilabel minyak sayur-sayuran. Dengan takat yang tinggi, minyak ini boleh menahan haba yang tinggi tanpa pembakaran, menjadikannya sangat sesuai untuk menggoreng.

 

  1. Kicap

Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap sacara amnya adalah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.