Makna Di Sebalik Jenis Darah Bagi Orang Jepun

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

1Pernahkah anda terfikir mengapa orang Jepun suka bertanyakan soalan: “Apakah jenis darah anda?” Adakah kerana mereka bimbang tentang kesihatan anda? Adakah mereka bimbang bahawa anda mungkin memerlukan pemindahan darah? Tidak! Ia adalah kerana ramai daripada mereka percaya bahawa jenis darah menentukan pelbagai aspek tentang diri anda.

Jadi, apakah tanggapan orang Jepun terhadap jenis darah yang berbeza?2Sepertimana astrologi yang dapat dilihat di negara Barat, beberapa orang Jepun juga sangat obses terhadap jenis darah seseorang atau dipanggil sebagai (ketsuekigata). Personaliti, tingkah laku dan yang paling penting keserasian ( aishou ) dengan seseorang yang lain dari jenis darah yang berbeza sudah menjadi topik yang telah sebati dalam kehidupan seharian mereka tetapi perlu diambil serius terutamanya orang luar.

Jenis buku, pemakanan, cara senaman dan malah kondom juga telah disesuaikan mengikut setiap jenis darah. Saluran televisyen di Jepun mempunyai ramalan setiap hari bagi setiap jenis darah sama seperti horoskop yang dapat kita lihat dalam majalah-majalah atau surat khabar. Watak-watak dalam anime, manga atau permainan juga disesuaikan mengikut jenis darah.3Walau bagaimanapun, sesetengah orang Jepun mengambil serius dan menilai seseorang sama ada kawan-kawan atau orang yang baru sahaja dikenali hanya dengan melihat jenis darah mereka. Ia merupakan seperti membuat tanggapan sendiri jika anda bertanya kepada saya. Seharusnya, jika anda percaya sesuatu daripada seseorang, anda haruslah melihat dengan mata anda sendiri.4Jenis-jenis darah yang berbeza

1. Personaliti

Peratusan di Jepun daripada 4 jenis darah adalah 40% untuk A, 30% untuk O, 20% untuk B dan 10% untuk AB. Kajian korelasi antara jenis darah dan personaliti mula diterokai pada awal tahun 1900-an, dan tidak lama selepas itu ia diterima pakai oleh tentera Jepun walaupun ia masih tidak terbukti secara saintifik. Orang yang mempunyai jenis darah B misalnya mungkin menepati beberapa ciri-ciri yang dinyatakan B tetapi pasti tidak semua! Golongan darah A lebih kerap ditemui di benua Amerika dan Eropah, manakala taip B di Asia.

Mari kita lihat apa yang dikatakan mengenai personaliti seseorang mengikut jenis darah di Jepun:5Jenis A

Orang yang mempunyai darah jenis A dikatakan seorang yang pemalu, sopan-santun, penyabar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan. Jenis A mungkin seperti seseorang yang ulat buku. Walau bagaimanapun, Jenis A juga dikenali sebagai orang yang degil dan cemas.

Jenis B

Orang dengan jenis B adalah seperti Miley Cyrus: mereka tidak boleh dijinakkan. Mereka sepatutnya menjadi liar, kreatif, fleksibel dan pemikir bebas. Tetapi orang Jenis B orang juga kononnya sikapnya tidak menentu dan mementingkan diri sendiri.6Jenis AB

Mereka yang mempunyai jenis darah AB kebiasaannya berada di antara darah Jenis A dan Jenis B. Mereka seharusnya menjadi seorang yang bersosial pada masa yang sama sangat tenang dan berfikiran rasional. Tetapi orang Jenis AB juga boleh menjadi sangat menyendiri dan tidak bertanggungjawab.

Jenis O

Jenis darah O adalah agak unik. Orang yang mempunyai Jenis darah O dikenali sebagai “penderma universal,” kerana Jenis darah O boleh digunakan dalam apa-apa jenis pemindahan darah.

Jika orang yang mempunyai darah jenis A adalah Clark Kent, orang Jenis O adalah Superman. Orang yang mempunyai darah Jenis O dikatakan periang, yakin dan berminat dengan personaliti yang dominan. Dikatakan bahawa tokoh masyarakat kebiasaannya darah Jenis O, seperti ahli-ahli politik dan pemain besbol.

2. Pasangan7Jenis A

Lelaki + Perempuan

A + A :
Mereka mempunyai banyak ciri yang sama; Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka adalah sangat bergantung harap pada orang lain, jadi mereka mungkin mudah untuk membenci satu sama lain.

A + B :
Jenis darah A mengagumi personaliti ‘sentiasa ceria’ orang jenis darah B. Walau bagaimanapun, mereka bimbang mengenai personaliti lain orang jenis darah B.

A + AB :
Orang Jenis AB boleh dipercayai untuk jenis A, seseorang yang mereka boleh berpaling untuk meminta nasihat yang baik dan memberi bantuan. Mereka boleh mempunyai hubungan cinta yang stabil.

A + O :
Jenis O adalah orang yang memberi perlindungan kepada jenis A. Walau bagaimanapun, jika jenis A suka bercakap tentang setiap perkara remeh, hubungan mereka boleh menjadi tidak baik.

Jenis B

Lelaki + Perempuan

B + A :
Orang Jenis A sentiasa sudi untuk membantu orang jenis B; Walau bagaimanapun, mereka mudah bosan dengan satu sama lain. Jenis A sering mengadu masalah kepada Jenis B.

B + B :
Kedua-dua daripada mereka adalah tidak berhati-hati, jadi jika tidak sehaluan mereka mungkin melakukan perkara-perkara yang berada di luar landasan.

B + AB :
Mereka mudah tertarik antara satu sama lain dan mereka mungkin boleh memulakan hubungan dengan segera. Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain.

B + O :
Mereka boleh memahami antara satu sama lain dengan mudah. Orang Jenis O melengkapi keburukan yang ada pada orang jenis B. Mereka merupakan padanan yang hebat untuk persahabatan.8Jenis AB

Lelaki + Perempuan

AB + A :
Orang Jenis AB menghormati orang Jenis A, dan mereka mempunyai perasaan yang tinggi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, mereka kerap bergaduh.

AB + B:
Mereka sangat sepadan dan mudah untuk berhubung antara satu sama lain.

AB + AB:
Hubungan mereka sentiasa berjalan selari. Mereka tidak boleh membuka minda mereka untuk satu sama lain. Ia adalah terbaik untuk tidak terlalu rapat antara satu sama lain, dan tidak juga terlalu jauh.

AB + O :
Mereka boleh berjaya dalam perniagaan dan dalam pelbagai aktiviti jika bersama-sama. Mereka boleh menghasilkan sesuatu yang baru bersama-sama dengan mudah.

Jenis O

Lelaki + Perempuan

O + A :
Orang Jenis O sentiasa ingin memimpin orang jenis A. Mereka merupakan kombinasi yang baik.

O + B :
Mereka boleh bercakap secara terbuka tanpa mencurigai satu sama lain dan mempunyai hubungan yang selesa. Walau bagaimanapun, kadangkala orang jenis O keliru dengan personaliti muram orang jenis B yang tidak menentu.

O + AB :
Pendapat mereka adalah serasi. Walau bagaimanapun, jika mereka berada dalam ‘arena’ yang sama, mereka memberi persaingan yang hebat antara satu sama lain.

O + O :
Mereka tidak dapat memahami antara satu sama lain pada dasarnya, dan mereka mudah rasa terasing . Ia adalah yang terbaik untuk tidak terlalu rapat.

3. Diet Pemakanan9Diet yang disyorkan untuk jenis A

Disyorkan makanan untuk orang jenis A adalah karbohidrat seperti nasi dan bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan kerana jenis A berasal dari kaum pertanian yang kebanyakannnya makan makanan daripada tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun, jenis A biasanya tidak mencerna produk tenusu dengan mudah, jadi adalah lebih baik untuk mengambil yogurt.

Selain itu, daging adalah sukar untuk dihadam dan bertukar menjadi lemak dengan mudah untuk orang jenis A, jadi ia adalah lebih baik makan kacang dan ikan untuk protein. Makanan tradisional Jepun seperti sup miso, natto, tauhu, dan sebagainya adalah makanan yang terbaik untuk orang jenis A.

Diet yang disyorkan untuk jenis B

Orang jenis B mempunyai keupayaan untuk mencerna pelbagai makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging, bijirin dan produk tenusu kerana jenis B berasal dari kaum nomad yang makan pelbagai makanan untuk terus hidup dalam persekitaran yang ekstrem. Adalah lebih baik untuk mengambil pelbagai jenis makanan, terutama protein, jika tidak, orang jenis B mudah rasa terganggu dan letih.

Daging yang rendah lemak, terutama daging lembu dan kambing, adalah bagus kerana ia mudah untuk dicerna dan membuat metabolisme lebih cepat bagi orang jenis B. Walau bagaimanapun, ayam, bijan, jagung, mi soba dan gandum membuat orang jenis B gemuk.10Diet yang disyorkan untuk jenis AB

Orang jenis AB mempunyai ciri-ciri kedua-dua jenis A dan jenis B. Sebagai contoh, orang jenis AB tidak mempunyai asid perut yang cukup untuk mudah mencerna beberapa jenis daging seperti jenis A. Protein daripada kacang soya adalah bagus untuk orang jenis AB, bagi beberapa produk tenusu.

Oleh itu, ia adalah yang terbaik untuk mengambil protein daripada ikan dan kacang soya, dan pelbagai makanan yang lain seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, yogurt, dan sebagainya, dengan seimbang. Gandum, ayam, jagung, bijan dan soba mi tidak bagus untuk berdiet.

Diet yang disyorkan untuk jenis O

Orang jenis O dapat mencerna daging lebih mudah berbanding jenis darah lain. Walau bagaimanapun, mereka juga mudah letih jika kekurangan protein kerana orang jenis O berasal dari suku kaum yang memburu binatang dan bercucuk tanam kacang, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Mereka makan daging yang rendah lemak, daging lembu dan kambing yang rendah sangat sesuai untuk orang jenis O. Terutamanya ikan dengan asid lemak Omega-3 adalah sumber protein terbaik untuk mereka.

Pengambilan sayur-sayuran segar dan buah-buahan adalah disyorkan. Mereka pada awalnya tidak makan bijirin dan produk tenusu, jadi makanan-makanan itu adalah sukar untunk dihadam bagi orang jenis O. Gandum dan produk tenusu membuat orang jenis O mudah menjadi gemuk.

 

Bagaimana Jenis Darah Dilihat di Jepun11Setelah trend ini semakin meluas, ia sudah menjadi satu adat bagi orang Jepun untuk menyatakan jenis darah mereka di laman web temu janji ataupun forum media yang lain. Borang permohonan kerja juga mungkin mengandungi bahagian jenis darah bagi “menilai calon yang lebih sesuai” kepada syarikat.

Secara umum, minoriti kumpulan B dan AB dilihat sebagai kambing hitam yang lebih menonjol daripada masyarakat normal Jepun. Tindakan diskriminasi oleh sesetengah pihak mengikut jenis darah dipanggil sebagai ‘burahara’. Siapa yang menyangka bahawa genetik mempunyai begitu banyak pengaruh dalam masyarakat!12Kesimpulannya, sama ada kepercayaan karut ataupun tidak, ia adalah menarik untuk melihat sejauh mana kepercayaan masyarakat serta kesannya terhadap sifat manusia dan kehidupan mereka.