MENGAPA KEDAI 100 YEN DISUKAI RAMAI

Jika anda pergi ke Jepun, pasti anda akan menjumpai kedai dengan tanda yang tergantung di pintu masuk yang ditulis “100” dengan simbol-simbol bahasa Jepun iaitu  100 円 シ ョ ッ プ, atau yang bermaksud kedai 100 yen.

Kedai 100 yen adalah kedai gaya Jepun (seperti kedai rm5 di Malaysia) yang menjual pelbagai jenis barangan untuk harga ¥108 (JPY 8 adalah cukai) dan ini adalah bersamaan dengan kira-kira RM4. Kedai ¥ 100 yang popular di Jepun termasuklah Daiso, Can Do, Watts dan Seria. Daiso kini sedang mengembangkan rangkaian perniagaannya bukan sahaja di Jepun tetapi di beberapa tempat lain di Asia.

Apa yang begitu menarik dengan kedai-kedai 100 yen ini?

Tidak dapat dinafikan kedai-kedai 100 yen amat berjaya di Jepun, tetapi apa yang begitu hebat tentang kedai-kedai ini?

Mari kita lihat :

 

  • Pilihan yang meluas

 

Kedai 100 yen terutamanya yang terdapat di bandar-bandar besar, pada dasarnya merupakan kedai sehenti atau “one stop shops”. Apa-apa sahaja dari makanan ringan, peralatan dapur, pakaian, bekalan pejabat dan juga mainan, anda sebut sahaja, pastinya kedai ¥ 100 menjualnya. Sesetengah kedai 100 yen ini begitu besar sehingga boleh memenuhi sebuah bangunan enam tingkat!

 

  • Harga barang yang berpatutan

Kedai 100 yen ini menjual hampir kesemua barang-barang dengan harga hanya 100 yen ditambah dengan 8yen sebagai cukai penggunaan. Jumlahnya adalah agak kecil jika dibandingkan dengan pembelian di kedai-kedai “department store”.

 

NOTA PENTING: Perlu diingat bahawa beberapa barangan yang dijual di kedai-kedai 100 yen mungkin tidak mempunyai kualiti yang terbaik dan / atau tidak sesuai untuk beberapa tujuan. Barangan 100 yen secara umumnya mempunyai kualiti yang baik apabila anda kurang memilih, tetapi anda tidak boleh mengharapkan item 100 yen untuk menjadi sebagai item yang tahan lasak seperti barangan yang lebih mahal.

 

Untuk berada di dalam perspektif, anda hanya perlu memikirkan cara ini : bekalan pejabat untuk ¥100 pada umumnya adalah baik, tetapi anda tidak boleh katakan benda yang sama untuk kuali menggoreng ¥100.

 

  • Banyak penemuan barang yang menarik.

Orang Jepun dikenali dengan memberikan perhatian kepada setiap perincian, jadi tidak hairanlah mengapa perkakas yang terdapat di dalam kedai 100 yen turut mempunyai sifat yang sama.

Pelbagai produk untuk pengasingan dan penyusunan boleh didapati di kedai 100 yen, sebagai contoh penyusun duit syiling (dan ya, walaupun sekecil sekeping duit syiling mempunyai penyusunnya tersendiri), pemegang dokumen rumit, laci mini, fail yang berwarna-warni, dan terlalu banyak alat tulis “kawaii “.

 

  • Kedai 100 yen berada di mana-mana!

Ini mungkin berbunyi seperti keterlaluan tetapi betul, di bandar-bandar utama, anda boleh menunggang basikal untuk pergi ke kedai 100 yen di sekitar Jepun.

 

Kesimpulan

Kedai 100 yen telah menjadi satu bahagian penting di dalam kehidupun di Jepun jadi jangan lupa untuk mengunjungi ke kedai 100 yen yang terdekat dengan penginapan anda sekiranya anda pergi ke Jepun untuk membeli-belah.