MENGAPA KIMONO DIPAKAI?

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Kimono adalah sejenis pakaian rasmi tradisional Jepun yang terdiri daripada jubah sutera, pengikat pinggang dan pelbagai aksesori lain.

Kimono adalah mahal dan kompleks. Membeli dan memakai kimono adalah satu tugas yang mencabar. Ini kerana kimono biasanya datang dengan pelbagai jenis pilihan dengan setiap satunya mempunyai maksud simbolik yang berbeza dan konvensyen. Ianya perlu dipakai dengan betul kerana kimono ini terkenal dengan kesukaran untuk memakainya.

Walaupun memakai kimono adalah rumit, namun ianya berbaloi bagi kebanyakan orang yang tinggal di Jepun. Kimono adalah salah satu bahagian yang penting dalam ritual Jepun, majlis dan sambutan. Melihat orang yang memakai kimono adalah pemandangan yang biasa terutamanya ketika berada di bandar-bandar utama Jepun.

Terdapat beberapa sebab mengapa orang memakai kimono :

 

  1. Shichigosan

Ianya merupakan satu hari untuk meraikan umur yang bertuah bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Biasanya keluarga akan berdandan dan pergi ke kuil tempatan yang berdekatan dengan rumah mereka untuk menghadiri satu majlis ringkas. Selepas itu, mereka akan mengadakan parti yang kecil untuk keluarga. Shichi-Go-San biasanya merupakan hari dimana kanak-kanak perempuan di Jepun akan memakai kimono buat kali pertama pada usia 3, 5 atau 7 tahun. Kanak-kanak lelaki pula akan memakai sut.

 

  1. Majlis Tamat Belajar

Ketika di upacara majlis tamat belajar di universiti dan kolej, anda dapat melihat wanita akan memakai hakama dengan kimono. Hakama mempunyai imej yang ilmiah kerana guru-guru sekolah dan profesor samada lelaki atau wanita secara tradisional akan memakainya. Lelaki boleh memakai kimono dengan hakama untuk ke majlis tamat belajar mereka, tetapi kebanyakan daripada mereka lebih gemar memilih untuk memakai baju sut.

 

  1. Pengantin Wanita

Pengantin perempuan dan pengantin lelaki akan memakai kimono ketika di majlis perkahwinan tradisional Shinto. Upacara perkahwinan gaya barat juga amat popular di Jepun. Dalam kes seperti ini, pengantin perempuan boleh memakai gaun pengantin gaya barat dan baju kimono ketika di majlis perkahwinan mereka. Kimono Jepun untuk pengantin perempuan adalah lebih rumit dan mahal. Lapisan atas dikenali sebagai Uchikake. Pada asasnya baju ini amat berwarna-warni dan mempunyai hiasan yang bertuah. Uchikake diikuti dengan lapisan yang berwarna putih. Lapisan bawah kimono pengantin perempuan pula biasanya mempunyai kain sutera yang berwarna merah.

 

  1. Pengantin Lelaki

Di majlis perkahwinan Shinto, pengantin lelaki biasanya akan memakai kimono yang berwarna gelap dengan lima mercu keluarga yang dikenali sebagai kurotomesode. Walaupun ia kelihatan biasa, ini adalah pakaian yang paling formal untuk semua kimono. Pengantin lelaki juga akan memakai hakama yang formal.

 

  1. Tetamu Di Majlis Perkahwinan

Tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan boleh memakai kimono untuk ke majlis itu samada gaya barat dan Shinto. Ibu bapa pengantin perempuan atau pengantin lelaki juga boleh memakai pakain yang berwarna hitam atau kimono yang berwarna hitam formal. Wanita muda yang belum berkahwin boleh memakai furisode yang berwarna terang. Tetamu yang lebih tua pula biasanya akan memakai pakaian yang berwarna lebih gelap.

 

  1. Majlis Pengebumian

Kimono formal yang berwarna hitam boleh dipakai untuk malis pengebumian. Namun, kebanyakkan lelaki dan wanita yang menghadiri majlis ini lebih gemar memakai sut yang berwarna hitam. Wanita seringkali akan membeli sut yang berwarna hitam yang direka khusus untuk malis pengebumian. Mereka yang berpakaian kimono ketika di majlis pengebumian kelihatan semakin berkurangan.

 

  1. Kyudo

Kyudo merupakan aktiviti memanah Jepun yang lazimnya dilakukan ketika berpakaian kimono dan hakama.

 

  1. Kedai

Pekerja yang bekerja di kedai menjual barangan tradisional seperti wagashi biasanya akan memakai kimono.

 

  1. Ryokan

Bagi pekerja di ryokan (rumah penginapan tradisional Jepun), ia merupakan perkara yang biasa untuk memakai kimono. Ryokan juga turut menyediakan pakaian formal seperti yukata bagi para tetamu.

 

  1. Restoran

Restoran di Jepun seringkali mempunyai kod pakaian yang tersirat. Ia merupakan perkara yang biasa bagi pekerja dan tetamu untuk memakai kimono di restoran-restoran yang menyajikan hidangan makanan tradisional Jepun seperti kaiseki.

 

  1. Majlis Teh

Majlis Teh adalah aktiviti kebudayaan yang popular di Jepun yang bertujuan untuk menyempurnakan perbuatan merendah diri di dalam proses menyediakan, menghidangan dan menghargai teh. Mereka yang mengambil bahagian secara aktif dalam upacara minuman teh ini perlu memakai kimono. Malah lelaki yang seringkali memakai baju sut, perlu memakai kimono dalam acara ini. Bagi tetamu yang tidak megambil bahagian secara aktif dalam majlis ini, dibolehkan untuk berpakaian kasual.

 

  1. Ikebana

Ia merupakan perkara yang biasa untuk memakai kimono bagi latihan dan acara seni tradisional Jepun seperti gubahan bunga Ikebana.

 

  1. Hanami

Melihat bunga Hanami memberi inspirasi kepada sebahagian daripada rakyat Jepun untuk memakai kimono. Namun biasanya mereka lebih gemar memakai yukata.

 

  1. Persembahan Musik

Seperti di Barat, persembahan muzik tradisional juga dianggap sebagai majlis yang formal. Kimono biasa secara kasarnya dianggap sebagai pakaian yang formal sama seperti baju sut. Kimono hitam dengan mercu keluarga secara kasar juga dianggap sebagai pakaian yang formal sama seperti tuksedo.

 

  1. Ahli Gusti Sumo

Ahli gusti sumo dikehendaki untuk berpakaian dalam pakaian tradisional Jepun di khalayak ramai. Mereka biasanya akan memakai kimono yukata. Ahli gusti sumo juga boleh memakai kimono yang lebih formal untuk acara-acara khas.

 

  1. Geisha

Geisha dan Maiko memakai kimono dengan lapisan tambahan seperti lapisan dalaman terang yang dikenali sebagai hiyoku. Kimono luaran mereka biasanya merupakan kimono yang panjang dikenali sebagai susohiki yang terjurai di atas tanah. Bagaimana anda memakai dan melapiskan kimono anda mempunyai makna yang simbolik. Geisha dan Maiko mahir dalam perihal tersirat ini.

 

  1. Matsuri

Perayaan Jepun mungkin melibatkan persembahan atau perarakan orang yang pada asasnya memakai yukata atau kimono. Rakyat Jepun juga menghadiri majlis perayaan dengan memakai kimono.