Mengapa Orang Jepun Menyukai Budaya Comel atau Kawaii?

1Pengenalan kepada kawaii

Jika ada satu perkataan yang anda tidak mungkin sehari tanpa mendengarnya di Jepun, ia adalah perkataan kawaii (か わ い い). Malah tidak kira di mana sahaja anda berada, pasti kedengaran orang menyebut kawaii.

Kawaii, yang bermaksud “comel” atau “seperti kanak-kanak”, adalah istilah yang sering digunakan oleh orang Jepun apabila mereka melihat sesuatu perwatakan, patung, makanan, barang permainan, barangan rumah atau fesyen yang kelihatan comel. Di Jepun, ia telah menjadi lebih daripada sekadar fenomena budaya, yang berakar umbi dalam kehidupan seharian mereka.2Daripada maskot hinggalah makanan yang paling disukai , semuanya tidak terkecuali daripada sifat “comel” ini. Budaya kawaii berada di mana sahaja. Dan sejujurnya, Jepun tidak mempunyai makna tanpanya.

Jadi, sebelum memperkenalkan kawaii kepada anda, apa kata kita ketahui sejarahnya dahulu.

Sejarah kawaii

Istilah moden ‘kawaii’ muncul pada tahun 1970-an apabila remaja Jepun, terutamanya perempuan, mula menggunakan gaya penulisan yang “comel” dan tidak formal. Gaya baru ini lebih mengikut ala barat daripada tradisional Jepun, dengan menggunakan format tulisan dari kiri ke kanan dan juga banyak istilah bahasa Inggeris. Tulisan itu kemudiannya dihiasi dengan emotikon-emotikon comel seperti bentuk hati, smiley dan tanda seru berbilang. Gaya penulisan dan percakapan yang “comel” tidak diterima baik oleh kebanyakan orang dewasa dan telah pun diharamkan di sesetengah sekolah, yang dilihat sebagai pemberontakan terhadap budaya tradisional Jepun (Kinsella).3Pada tahun 1980-an, “kawaii” mendapat populariti yang luar biasa, mendominasi budaya pop Jepun sepanjang dekad ini. Ramai orang muda merasakan bahawa orang sudah dewasa ini terlalu banyak tekanan dan tanggungjawab; mereka melihatnya sebagai hilang suatu kebebasan. Daripada memberontak dengan melakukan pencerobohan atau menjadi provokatif seksual seperti di Barat, mereka memberontak dengan berperwatakan comel dan berkelakuan seperti kanak-kanak, tidak matang.

Syarikat-syarikat seperti Sanrio (pembuat Hello Kitty) dan beberapa yang lain telah memilih untuk mengambil kesempatan daripada ini, dan mula membuat eksperimen dengan menghasilkan produk yang akan menarik perhatian daripada generasi muda ini.4Banyak barangan-barangan yang comel dijual secara meluas untuk menambah keseronokan dan kebahagiaan kepada barangan rumah yang biasa. Tidak cukup dengan itu, pakaian yang comel juga dikeluarkan untuk membuat orang dewasa kelihatan lebih seperti kanak-kanak dan makanan seperti ais krim, gula-gula dan kek mendapat populariti, kerana mereka dikaitkan dengan kanak-kanak (Kinsella). Penggunaan karakter kawaii juga digunakan untuk menghidupkan suasana ceria seperti di pejabat doktor pergigian atau pakej perubatan (Roach)

Produk-produk kawaii ini akhirnya menjadi satu kejayaan besar dan merupakan permulaan bagi industri baru yang sangat besar di Jepun.

Sejauh manakah faktor kawaii ini mempengaruhi kehidupan seharian di Jepun? Mari kita lihat.

Karakter Kawaii

Jepun terkenal dengan pelbagai jenis karakter yang comel, malah kebanyakan daripadanya sudah menjadi popular di luar Jepun, seperti Hello Kitty dan Pikachu.5Hello Kitty sebagai maskot Owakudani bersama-sama dengan “telur hitam”
mereka yang terkenal.

Dikenali sebagai “Kitty-chan” di Jepun, Hello Kitty boleh didapati di mana-mana sahaja di Jepun.6Barangan Pikachu juga turut popular di Jepun. Gambar menunjukkan imej comel pikachu yang terdapat pada baju, buku dan barangan lain.7Studio Ghibli’s Totoro merupakan satu lagi karakter comel yang boleh didapati di seluruh Jepun.

8Walaupun bukan berasal daripada Jepun, barangan Disney tetap diminati ramai terutamanya daripada golongan kanak-kanak. Orang jepun suka meletakkan pelbagai gaya karakter ini sendiri pada barangan mereka.

Maskot Bandar Kawaii

Jepun tidak hanya terhad pada mewujudkan karakter komersial yang disukai sahaja, malah mereka juga telah mencipta satu siri karakter maskot comel untuk setiap bandar di seluruh Jepun.9Maskot karakter yang lebih dikenali sebagai “Wataru” adalah seronok jika anda dapat bergambar dengannya.10“Koya-kun” yang sempurna, lagi comel sebagai karakter yang menggambarkan Gunung Koya, ibu pejabat bagi agama Buddha Shingon.11Comel sering dianggap subjektif, terutamanya dalam kes maskot Nara “Sento-kun”, yang secara umumnya ramai mendapati ia agak menakutkan.
Lurang Pembetungan Bandar Kawaii
Bahkan lurang pembentungan juga dibuatkan comel di Jepun. Kebanyakannya mempunyai rekabentuk comel yang menggambarkan ciri-ciri bandar tersebut.12Lurang pembentungan Kobe memberikan pengunjung merasai keunikan yang dapat bandar Kobe tawarkan.13Lurang pembentungan di Ueno menampilkan ukiran bunga yang cantik.

Papan Tanda Kawaii
Poster pada dinding bas, papan iklan dan juga penanda amaran kelihatan lebih comel daripada biasa di Jepun.14‘Keio Bus’ dengan poster Domo dan kawan-kawannya.15Sebuah bas Hachiko yang melalui bandar Shibuya…16Watak- watak kartun anime comel di papan tanda kedai.1718Papan tanda amaran di Pasar Tsukiji yang dilukis dalam gaya anime comel dengan dialog melucukan

Kepercayaan Agama Kawaii
Di Jepun, walaupun item keagamaan tidak terkecuali daripada kecomelan.19Gambar mitos arnab putih yang comel pada Shinto ema yang dikatakan memberikan kejayaan beserta nasib yang baik.20Patung Jizo boleh ditemui dengan berpakaian beserta hiasan.21Lagi Ema dalam bentuk musang comel di kuil Fushimi Inari yang terkenal

Barangan Rumah Kawaii
Anda pasti tidak pernah membayangkan bahawa barang dapur dan juga pembersihan boleh menjadi comel, bukan? Jepun sentiasa mencari jalan untuk membuat apa-apa sahaja menjadi comel.22Perkasas membersih, semua dengan pelbagai ekspresi muka yang berlainan.23Penyangkut tuala dengan karakter ‘Hello Kitty’

Aksesori Kawaii
Daripada barang kemas hinggalah aksesori telefon , anda akan mendapati tiada satupun daripadanya yang tidak comel.24Bow Hello Kitty yang dicelup dalam coklat? Ia hanya terdapat di Jepun! Aksesori telefon seperti ini agak popular sejak kebelakangan ini.25Seperti perkasas membersih, bahkan klip rambut juga menjadi lebih comel dengan imej bunny.26Apabila anda mahu melakukan seni lukis kuku di Japan, manikur itu akan bertanya seberapa kawaii anda mahu kuku anda sebelum memilih contoh corak desain.

Pakaian Kawaii

Dalam sebuah negara yang obses dengan aksesori comel, pasti ada juga pakaian comel yang sepadan dengan anda untuk dijumpai.27Pakaian Kimono sentiasa nampak cantik, tetapi Yukata yang ringan adalah lebih comel dan ceria terutamanya ketika perayaan musim panas Matsuri.28Remaja perempuan dalam pakaian pembantu rumah yang comel di sepanjang jalan Akihabara.29Ingin berpakaian seperti karakter kegemaran anda yang comel? Dengan Kigurumi anda boleh!

Makanan Kawaii

Ah, siapa pencinta makanan Jepun di sini? Di Jepun, penampilan makanan adalah sama penting dengan rasanya. Kadangkala makanannya terlalu comel untuk dimakan!31Kek keju bunny yang comel dan biskut.

Tiger pancake? Ya sila!32Bahkan Mister Donut menjual donat yang dibentuk comel setiap hari.33Roti melon Monsters Inc. Mike Wazowski34Panda Pocky.35Mesin layan diri Hello Kitty di kawasan Osaka.

Budaya kawaii adalah sangat menarik untuk diterokai dan sudah menjadi trend di Jepun. Kita boleh mengatakan kawaii telah melakukan yang terbaik untuk menjadikan dunia ini tempat yang aman dan comel. Hakikatnya banyak lagi perkara comel yang anda akan temui sekiranya anda melancong ke Jepun dan saya tidak dapat berkongsikan semuanya kepada anda. Sekiranya anda berminat, silalah ke Jepun!