Aokigahara adalah hutan seluas 35,000 kilometer persegi yang menjangkau dari kaki Gunung Fuji. Hutan ini telah wujud selama 1200 tahun. Sejak tahun 50-an, hutan ini menjadi tempat yang terkenal dengan kes bunuh diri. Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 40,000 ribu orang membunuh diri setiap tahun dan 400 daripadanya adalah di hutan Aokigahara ini.
Ada yang mengatakan bahawa suasana di dalam hutan ini sangat sunyi dan senyap. Kedudukan pokok-pokoknya yang rapat telah menghalang angin dan cahaya matahari dari memasuki ruang hutan. Selain itu, kompas juga tidak berfungsi dengan baik di dalam hutan ini. Kebanyakan pendaki yang meneroka hutan Aokigahara ini mendakwa agak sukar untuk menemui jalan keluar yang ingin ditujui disebabkan kawasannya yang gelap dan sunyi.
Cara kematian seseorang itu adalah dengan menggantungkan diri mereka di dahan pokok, meminum racun ataupun mengambil dadah secara berlebihan. Ada juga di antara pendaki yang menemui beberapa peninggalan si mati seperti sepasang kasut orang dewasa dan kanak-kanak, gambar-gambar dan dokumen, dompet dan anak patung perempuan.
Ramai yang percaya bahawa roh-roh si mati di Aokigahara telah mencipta aktiviti paranormal dan menghalang orang yang masuk ke dalam hutan itu dari menemui jalan keluar dan terus terperangkap di dalam hutan tersebut. Sebab-sebab mengapa mereka sanggup membunuh diri di hutan ini tidak diketahui. berkemungkinan disebabkan masalah kekeluargaan, masalah kerja ataupun masalah kesihatan.