Di Jepun, bekerja, bermain, makanan, budaya dan kehidupan, berjalan pada kitaran bermusim yang memberikan tahun rentaknya tersendiri. Musim adalah penting untuk merancang perjalanan anda ke Jepun. Namun, tiada masa yang betul atau salah untuk melawat Jepun. Setiap musim mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Musim-musim di Jepun termasuklah :
- Empat musim
Kebanyakan kawasan di Jepun adalah berbeza apabila tibanya musim sejuk, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Ia adalah satu mitos biasa yang menghairankan di kalangan orang Jepun ini bahawa negara Jepun adalah satu-satunya negara yang mempunyai empat musim. Musim di Jepun dilihat sebagai aspek yang unik di negara ini yang telah membantu untuk menentukan budaya mereka.
- Makanan Bermusim
Jepun mempunyai beratus-ratus hidangan untuk setiap musim. Oleh itu, ia dianggap ganjil untuk menyediakan hidangan yang berada di luar musim. Hidangan pada musim sejuk adalah lazat dan panas. Hidangan pada musim bunga pula termasuklah bahan-bahan bermusim seperti kelopak sakura. Hidangan pada musim panas biasanya lebih ringan dan sejuk. Hidangan pada musim luruh mencerminkan warna-warna musim luruh dan menggunakan bahan-bahan dari tuaian musim luruh.
- Musim Buah
Jepun mempunyai buah-buahan yang unik. Buah-buahan Jepun biasanya boleh didapati di mana-mana pasar raya Jepun pada harga yang berpatutan. Memetik buah-buahan adalah aktiviti yang paling popular dan ia merupakan salah satu cara yang baik untuk berhubung dengan budaya pertanian Jepun. Berikut adalah antara buah-buahan bermusim :
BUAH-BUAHAN | MULA | BERAKHIR |
Satonishiki Cherries | Mei | Julai |
Ume | Jun | Julai |
Tembikai | Jun | Ogos |
Peaches | Jun | September |
Kyoho Grapes | Julai | Ogos |
Blueberry | Julai | Ogos |
Epal Fuji | September | Disember |
Nashi Pears | September | Oktober |
Sudachi | Oktober | November |
Mikan | Oktober | Januari |
Yuzu | Novemer | Disember |
Kaki | November | Febuari |
Strawberi | Disember | Jun |
- Musim Demam Rumput Kering (Februari – Mei)
Lebih 25 juta orang di Jepun mempunyai alahan kepada debunga cedar. Anda dapat melihat ramai orang akan memakai topeng apabila tiba masa debunga yang paling tinggi (puncak musim adalah pada bulan Mac dan April).
- Musim Sakura (Februari – Mei)
Apabila sakura mekar semasa musim bunga semua orang mahu berada di luar di bawah pokok. Parti Hanami pula akan berlangsung di seluruh Jepun. Sakura pertama yang mekar adalah mengikut wilayah. Musim sakura berlangsung selama seminggu atau lebih selepas sakura yang pertama mekar.
- Musim Hujan (Mei – Julai)
Dalam bahasa Jepun, hujan mempunyai 50 perkataan yang berbeza. Negara ini pada umumnya mendapat kuantiti hujan yang banyak dalam tempoh setahun.
Musim hujan Jepun adalah masa di mana negara ini akan mengalami waktu yang paling mendung pada tahun itu dan mendapat sejumlah hujan yang lebih banyak daripada biasa. Yang menghairankan, ia bukanlah waktu hujan yang paling lebat pada tahun itu. Masa untuk musim hujan bergantung pada Agensi Meteorologi Jepun setiap tahun.
- Musim Taufan (Mei – Oktober)
Jepun boleh dilanda taufan dari bulan Mei hingga Oktober. Walau bagaimanapun, puncak kepada musim ini adalah pada bulan Ogos dan September. Taufan major benar-benar boleh mengganggu rancangan perjalanan anda. Okinawa dan kawasan selatan yang lain di Jepun adalah tempat yang paling terdedah kepada taufan. Walau bagaimanapun, Tokyo juga kerap berada di dalam keadaan huru-hara disebabkan oleh taufan. Jepun boleh dilanda sedozen atau lebih taufan di dalam setahun.
- Musim Pantai (April – Oktober)
Kebanyakan pantai utama di Jepun mempunyai musim rasminya yang tersendiri. Ia cukup hangat untuk berenang tetapi tidak ada seorang pun yang melakukannya kecuali pelayar, kerana bukan musim rasminya. Walaupun bukan musim rasmi untuk ke pantai, antara faktor-faktor lain untuk mempertimbangkan anda untuk ke pantai adalah ketika cuti sekolah dan obor-obor. Musim ini berbeza dari wilayah ke wilayah. Berdekatan dengan Tokyo, kebanyakan pantainya dibuka pada pertengahan bulan Julai dan berakhir pada bulan Ogos. Di Okinawa pula, pantai biasanya dibuka pada bulan April dan berkahir pada bulan Oktober.
- Musim Obon
Obon adalah percutian musim panas secara besar-besaran. Ia dipercayai membawa pulang orang yang telah mati ke alam bumi ini pada waktu itu. Biasanya orang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut nenek moyang mereka. Ia adalah musim pelancongan yang paling sibuk pada tahun itu. Ia juga merupakan musim perayaan yang sibuk.
- Musim Boneikai (Disember)
Bonenkai (yang membawa maksud: lupakan parti tahunan) adalah diadakan oleh pihak pejabat pada setiap akhir tahun. Kebanyakan pekerja di pejabat akan menghadiri beberapa bonenkai di syarikat, jabatan dan peringkat pasukan. Hasilnya, bulan Disember adalah bulan yang paling sukar untuk mendapatkan tempahan secara kumpulan di restoran dan izakaya (bar) popular.
- Musim Bermain Ski dan Luncur Salji
Jepun adalah sebuah negara pergunungan yang bersalji paling banyak dalam setahun. Musim bermain luncur salji adalah pada bulan Januari sehingga bulan Mac. Walau bagaimanapun, waktu yang paling lewat untuk bermain luncur salji adalah pada bulan Mei di beberapa tempat.